Berkurun aku cuba untuk meredakan hati yang panas
Panas… panas….
( x panas di neraka lagi maaaa )
Baik. Pagi ni aku nak kongsi untuk semua.
Ceritanya begini :( Bulan 5 )
Setelah 2 hari aku tidak boleh menggunakan no internet
celcom postpaid aku,
Aku pon pergi ke Kedai Celcom dekat area Bandar Uda ni
Alasannya untuk menanyakan status no internet aku tu,
Rupanya pembayaran aku pada bulan lepas tidak masuk lagi
dalam kiraan bil mereka
Jadi, x pasal2 aku dikira 2 bulan berhutang, ( sedangkan dah
bayar lagi 1 bulan )
Hal ni mungkin disebabkan aku dah terlewat bayar dari tarikh
kiraan mereka
Hurm x pelah kan..
Pastu masa tu ade pula promotion sim kad internet baru yang
lebih murah
Murah rm 10 dari postpaid aku sebelum ni, dan gb yang lebih
besar sikit
Ejen yang melayan aku pon, sibuk promote, dan berjanji,
aktif saja boleh terus guna
Paling lewat 24 jam kak ……!
Yup, memang aku ingat muka ejen
tu, nama dia dan no die pon aku masih simpan.
Lalu, dia kata, apa kata kita
teminated yg lama, kita daftar no baru ni
Aku Tanya, boleh ke buat macam tu
di sini ? teminated n daftar sekali
Ejen tu membalas penuh keyakinan,
boleh kak. Saya boleh buat, kalau akak nak.
Dan, aku dengan penuh nafsu n
percaya pada kaum aku sendiri, mengatakan OK!
3 hari berlalu, tenet x boleh
guna langsung. Cuma kol dan mesej sahaja yg boleh
Dan.. yg paling penting ada pula
orang lain kol no baru aku mengatakan tu no dia !
Walhal xde sapa tahu lagi no
tersebut.
Hari ke-4, aku pergi ke ejen tu
balik, mintak die teminated jer, sebab dah pening kepala
Pening kepala sebb tiada internet
dan diganggu orang lain.
Dan dia kata okey, nanti dia
buatkan. Dan sim tu pon dah diserahkan kembali pada dia
Berlalu la kisah sedih ku.. dan
aku cek no tu minggu berikutnya, dan ada empunya tuan
Yang baru….
Tup. Tup…. Khamis lalu, bapak aku
kol, adik, ade surat untuk adik
Celcom bagi, dari peguam bela
kata ada baki tertunggak
RM 254.00 +/- ????????
INI KISAH AKU SENDIRI, PENGALAMAN AKU SENDIRI
AKU NI TAKLAH TUA DAN TAKLAH MUDA
AKU RASA BERTANGGUNGJAWAB NAK KONGSI
SEBAGAI PERINGATAN KEPADA PENGGUNA YANG LAIN
BUKAN UNTUK MENGUTUK, TETAPI SEBAGAI PENGGUNA BIJAK
SEMUA PENGGUNA KENA ALERT!!!
BAWAH NI, RINGKASAN YANG AKU NAK INGATKAN :
Kebaikan menggunakan celcom :
1. Bagi aku, line dia memang ok di tempat aku berada dan juga di kampung.
2. Layanan dekat Celcom Centre tak kiralah di mana-mana, memang tip top.
3. Pekerja dekat Celcom Centre memang terbaik dan lawa, dan sabar melayan.
4. Layanan ejen di branch2x Celcom atau di kedai2 celcom yang kecil2, pon ok baik dalam menjual barang-barang.
5. Tawaran2 baru Celcom memang lebih baik, dan eloklah sentiasa alert dengan perubahan tersebut yang semakin lama dia jual semakin murah dan gb lagi besar.
Peringatan untuk pengguna Celcom :
1. Sentiasa bayar, tanya atau uruskan apa2 perkara yang berkaitan di Celcom Centre sahaja.
2. Jangan cepat terpedaya dengan jualan sebarang ejen kerana tu kerja mereka untuk menjual. ( termasuklah ejen baju, pampers, ejen no bertuah dll )
3. Kalau berurusan dengan mana2 branch pastikan ada hitam putih dan anda kena simpan. SIMPAN! Kalau x, hidup ko asyik kene bayar hutang yang ko x guna pon ! Dunia ni, takde hitam putih, semua salah kita.
4. Tolong pakcik dan makcik yang lebih tua dari aku, janganlah nak teminated sebarang no di kedai2 kecil. jangan cepat percaya ejen2 tersebut.. ( sedih oohh.. aku bayangkan kalau bapak aku kene macam aku )
Memang, pekerja di Celcom Centre tu sendiri kata, aku takde hitam putih
Jadi, dia tak boleh bantu aku untuk bebas dari hutang yang bukan salah aku
hurm,, tu memang salah aku agaknya, ( tak byar zakat ke, x cukup sedekah ke, x cukup ilmu tentang ni ke)
Tapi, satulah, catatan kali ni aku buat atas niat membantu orang lain sedar, jangan terkena
Dan, harap2 ni satu sumbangan aku yang sikit
Dan, sememangnya semua orang bekerja ada tugas dia masing2, perlu jual barang ke, mengajar ke
Tapi, jangan duk naya orang cukuplah.. kesian orang..
wahhualamm....
notamulut : SEBARANG MASALAH BERKAITAN NO CELCOM (POSTPAID), CEPAT2 PERGI KE CELCOM CENTRE !!!!