Selasa, November 8

PERKEMBANGAN BAYI UMMU AQILAH 5 BULAN


Alhamdulilah.. 

Anugerah terindah dalam hidup aku 

sudah mencapai umur 5 bulan.



Jadi, hari ni aku rajin sikit untuk update perkembangan beliau

Agar suatu hari nanti gua x lupa

sebab sekarang memang aku pelupa sejak mengandung sampai 

sekarang hahaha (sindrom mak2 macam aku kot! )


UMMU SEMASA 3 BULAN :

  • tiada perasaan untuk mengiring
  • masuk sahaja 3 bulan lebih, terus mengiring
  • dalam masa 2 hari, ummu dah meniarap
  • dalam masa 3 hari ke 5 hari, dia dah pandai terlentang sendiri tetapi on off

UMMU SEMASA 4 BULAN :

  • boleh meniarap dengan jayanya
  • boleh terlentang dengan jayanya
  • boleh kawal leher dan kepala
  • tidur mengiring dan meniarap sendiri
  • mengesot sedikit

UMMU 5 BULAN 2 HARI :

  • mengesot jauh ke depan ke kiri ke kanan atau ke belakang dengan cara menggolekkan badan.
  • mengangkat bontot dengan menolak lutut ke lantai.
  • berdiri tegak bila didirikan, tetapi akan lembekkan kaki bila penat dan mengantuk
  • selalunya sangat suka senyum bila didirikan, walau tengah menangis.
  • dah boleh diagah untuk senyum
  • menangis bila jumpa atau dipegang dengan orang tidak dikenali ( makcik2 pakcik dia sendiri)
  • ada juga orang yang luar bila pegang akan okey.
  • gatal gusi, sebab gigi dah nampak putih di gusi.


Ahad ni, checkup ummu 5 bulan

aku paling risau berat badannya sebab satu masalah utama UMMU

tak mahu puting tiruan, jadi dia kurang minum susu

sepanjang aku kerja

dan menyusu badan pun sekejap saja tapi tahan dalam tempoh lama


ALHAMDULILAH, doakan anak aku sehat membesar,

jadi anak solehah, baik hati, pandai dan lain2.


Kepada ibu belum ada rezeki, aku sekeluarga mendoakan semua wanita 

akan mempunyai rezeki itu kelak. dan percayalah

Bahagianya bila ada anak, mengandung, melahirkan, menyusukan, dan membesarkan.

Nikmat Allah, Amanat Allah , kita hargailah selagi dia bersama kita.





notamulut : still bloging!