Rabu, April 24

PERASAAN GURU (-.-)


Assalamualaikum
lame betul aku x update
( dalam hati ko jangan nak kutuk2 aku )

haha... aku bukan ape..
sekarang aku tengah praktikum
mase sebulan aku rase sangat lama
sekarang lagi 2 hari shj lagi aku kat sekolah ni

tu hari ini aku nak share
perasaan seorang guru
semua orang terdidik hasil lelah seorang guru
melainkan orang tu x pg sekolah
atau sekolah ngan mak bapak shj di sekolah

bagi aku ni, walau guru praktikum
hubungan guru dengan murid ni istimewa
bising mane pon dalam kelas
marah n benci budak dalam kelas
tapi bila nak berpisah tetap sedih
wuaaaaaaaaa


ape aku melalut ni...

ok ok aku ade keje ag ni..
cuma aku nak kongsi yang aku akan rindu budak2 ni :






 

Sebenarnya ade lagi anak murid aku
t ade gambar sua aku upload

ok wsalam


notamulut : berpegang kepada sabar untuk mendidik anak bangsa...

 
 

Selasa, April 2

HARI KEDUA (-o-)


Assalamualaikum..
Hari yang sangat memenatkan dan penuh kesabaran
tapi hari yang penuh dengan pembelajaran
( pueh aku tengok perangai orang skang )


Situasi masalah :
Setiap guru di sekolah mempunyai perangai masing-masing
guru yang baru n lama
mahu pun guru yang sedang berpraktikum
perangai yang baik tidak apa
perangai yang buruk aku sedang kaji


 Analisis masalah :
Biasalah bila dah bergelar guru ni, mestilah kne ada ego
bagi aku, sebagai guru yang praktikum haruslah :
tebal muke untuk bertegur sapa dan beramah
lau x memang x delah hubungan baik dengan guru sekolah
hubungan ni baik untuk emosi korang juga
tapi kat sekolah aku ni,
aku betul2 x suke dengan seorang guru lelaki
guru tersebut memang baik dari semua aspek
malah beragama
tetapi malangnya, ada satu kekurangan di mata aku
( sebab kene kat aku sendiri )
situasinye lebih kurang begini lah
cikgu tu sedang beramah mesra dengan aku di kantin
tibe-tibe tengah cite sal peljaran
die tanya, masuk USRAH eh?
aku ternganga, lalu kata saja ya
usrah setakat di maktab lah
pastu aku tanya kenapa tanya?
beliau menjawab, sy tau beza orang masuk usrah dengan x
perghhhh bernanah telinga gua ni....
ye..memg die tnya soalan aku tu nak ckp aku msk usrah
tapi yg aku x suke orang jenis memandang orang dr luaran
tengok kulit muka aje die tau
dalaman die x tau


Cadangan pelaksanaan :
buat sahaja muka senyum tapi elakkan bercakap
agar tak tambah dosa aku untuk membenci orang


Tindakan susulan :
aku sebagai guru praktikum mestilah sentiasa 
sentiasa jadi guru yang tebal muka
sebab dengan cara tu aku dapat belajar banyak benda
lagi satu, terima sahaja pemberian dr orang
termasuklah kerja tambahan dari GPK kanan atau HEM atau KOKO





Aku yakin, bile hubungan aku dengan guru 
di sekolah itu ok dan selesa
pasti tidak menjejaskan kehidupan aku sepanjang praktikum
Insyallaah...



nota mulut : best juga mengajar murid darjah satu


 

Isnin, April 1

HARI PERTAMA (^-^)


Assalamualaikum
selamat petang murid-murid...
hehe..
( terus kepada tajuk )

Hari pertama aku berada di satu sekolah di penang
hari pertama aku berpraktikum dlm hidup aku
hari pertama aku bergelar guru sambilan di sekolah
( walaupon penah PBS )


Kenangan manis :
pertama kali aku terpaksa memperkenalkan diri
di hadapan semua murid
pada perhimpunan pagi tersebut
aku yang tidak bersedia dari segi fizikal
terus mengambil mikrofon lalu....

assalamualaikum & slm sejahtera..
nama saya SA............
panggil saja cikgu SALLY
( jari aku pon serentak buat peace )
lalu murid semua tergelak setelah sekian lame mendiamkan diri

akibatnya, walaupun baru sehari di situ
semua murid hanya mengenali diri aku 
kerana nama SALLY

Masalah :
Pihak sekolah tidak berkesempatan untuk meluangkan masa
tidak beri jadual waktu dan lain-lain
ini semua membuatkan perjalanan aktiviti aku tergendala
aku simpan untuk hari esok

Pengalaman :
Sekolah ini mmg pelik bagi aku
sebab sekolah ini sekolah perempuan
dan aku perempuan
dan gurunya yang lain pun perempuan
guru lelaki hanya 3 orang
dan jaga laki seorang
pembantu kantin laki 2 orang
dan dalam kelas semua perempuan
aku memang pelik


Tindakan susulan :
Aku perlu cari kaedah, pendekatan, strategi dan teknik
yang sesuai diaplikasikan murid di sekolah itu
boleh dikatakan pandai
semua perempuan


Walaupun hubungan bersama guru di sekolah
itu tidak memberansangkan
namun aku kena cari jalan..
Insyallahh...






notamulut: diam,cikgu Sally nak mengajar!