Jumaat, Disember 4

AKU SEORANG PENULIS....


KETIKA JARIKU MENAIP..

TAP... TAP.. TAP...

BUNYI KEYBOARD SAJA YANG KEDENGARAN

SESEKALI BUNYI HINGAR-BINGAR REMAJA YANG SIBUK

SIBUK DENGAN MELAYAN LAMAN SOSIAL

YANG PENUH DENGAN PANCAROBA

HATIKU TERUS TERDETIK

ALANGKAH INDAHNYA KALAU AKU MASIH SEORANG REMAJA

YANG HIDUPNYA MASIH DITANGGUNG IBU BAPA

YANG HIDUPNYA MASIH BERSEKOLAH MENENGAH

YANG HIDUPNYA PENUH DENGAN KAWAN DI SEKELILINGNYA

ARGHHHH APAKAH AKU TIDAK BERSYUKUR ???

DENGAN SEGALA ANUGERAH YANG SEKARANG KU PEROLEHI

DENGAN KEPANJANGAN NYAWA YANG DIBERI OLEH PENCIPTA

HURMMM ITULAH MANUSIA YANG SENTIASA ALPA

HURMM...

HEMBUSAN NAFAS PANJANG YANG KU LEPASKAN

TATKALA MEMBUKA BLOGKU YANG TELAH BERSAWANG

HURMMMMM APAKAH

APAKAHHH...

APAKAHH....

TAPI AKU SEORANG PENULIS

YA... DULU SEMASA REMAJA AKU PERNAH MENGIMPIKAN UNTUK

MENJADI SEORANG PENULIS INDIE YANG SEMPOI

YANG MEMPUNYAI TULISAN TENTANG BUKU-BUKU YANG UNIK

MUNGKIN SEMASA ITU AKU DIDEDAHKAN DENGAN BACAAN

SEBEGITU..YAA......

APABILA AKU MENJEJAKKAN KAKI KE PENGAJIAN LEBIH TINGGI

PENULISAN SASTERA JUA AKU BERMINAT

TERUTAMANYA PENULISAN CERPEN YANG SEMEMANGNYA MENARIK HATI

AKU SENTIASA BERPENGARUH DENGAN SEMUA CERPEN AKU BACA DULU

SETIAP CERPEN AKU PERNAH BACA TIUPKAN SEMANGAT

YANG ENTAH DARI MANA DATANGNYA

HUHHHHHHHHHH HEMBUSAN PANJANG LAGI AKU LEPASKAN!!!!






perghhhhhhh gile matilanak !!!!!!!!

hakikatnya, aku tiada bakat, aku tidak minat baca novel

mungkin itu sebab aku kurang bahasa

kurang bunga bahasa

dan pastinya aku tak boleh berpantun malah bersajak

walhal aku guru major BM.. tapi

hanya Allah dan pensyarah sastera aku sahaja yang tahu

kekurangan aku

hahaha ape pon.. bila ada blog ni

sesekali mmg tempat aku bertulis

ya..cukuplah..aku tau pernah juga orang baca hasil tulisan aku

( aku tau korg tersalah bukak page kan ? )

huhu..tapi takpe.. apa2 pon terima kasih banyak2 pd pembaca

terima kasih pada blog

yang membantu orang yang penuh kekurangan ini

wahhuallam




notamulut : kadang2 bakat mmg penting untuk semua perkara !


 

Khamis, November 26

CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN 2015 BERMULA !!!


Fuh...fuh fuhhhhhhh

cabut cabut

blah blahh

cepatlah woiiii!!!







murid 1 : ko tengok, kemain cikgu sally !


murid 2 : comel je die lari ...


murid 1 : dia lari dari sape nyer ?


murid 2 : cuti sekolah oit!!!! ofkos lah ( tangan atas bahu ! )







notamulut :27 hb 11 barulah mula cuti, dan 27 hb 12 juga mula kerja!










Khamis, Oktober 29

HAKIKAT KERJA GURU SEKARANG

Assalamualaikum

Peh berhabuk dah blog gua ni

Sobab eh....hurmm

Panjang citernye.. aku sangat la busy

Yo..tajuk aku hakikat kerja guru

Baik sebelum aku cerita, sebelum tu aku nak mintak ampun

Pada pihak yang terasa

Sebab ni hanya keluhan dan pendapat peribadi aku

Okey... bagi aku sekarang satu je

Cikgu ialah orang yang nak mengajar murid2

Fungsinya mengajar dalam kelas mahupun mendidik aspek JERIS murid

Dari segi rohaninya dan sebagainya

Setiap guru mmg nak kan anak murid dia menjadi seseorang

Bagi aku sendiri..aku nak anak murid aku berjaya

Dalam apa yang die masuk dan belajar

Walaula murid tu mmg lemah tapi aku pastikan dia ada arah tuju

Ada pekerjaan yang die minat dan mahir

Pendek kata dia boleh hidup!!

Tapi..masalahnya.

HAKIKATNYA. GURU TERLAMPAU BANYAK KERJA YANG BUKAN KHAS UNTUK MENGAJAR

contoh : 

1. Buat minit mesyuarat dan laporan program

2. Buat kad jemputan tuk sesuatu program

3. Buat borang2 berkaitan ketidakhadiran murid

4. Buat borang2 urus buku teks

Dan sebagainya..yang atas ni semua aku dah merasa..

Ye.memang aku akui kerja guru serba boleh

Mmg semua guru serba boleh

Tapi bukan bermakna semua kerja bagi pada guru

Jadi bila masa guru nak buat persediaan mengajar dr segi ABM?

Bila masa guru nak tanda buku yang melambak

Bila masa guru nak susun masa untuk mengajar penuh semangat

Kalau..masa yang ade di sekolah sudah dipanggil buat ini

Buat itu..btulkan ini..buat sekarang

Nak jugak nak juga sekarang

Dalam hati juga ( aku ade kelas sekarang..ape aku nk buat dgn budak)

Dengan x sempat makan..minum.. allahh

Lagi2 cikgu sesi petang.. 2 waktu solat nak dikejar

Hurmmm astaffiralzimm.. 

Bukan aku mahu menunding jari..bukan aku mahu cari salah punca

Aku hanya luahkan perasaan dan sedikit terkilan

Sebab bila keputusan turun..siapa yang dipersalahkan ?

Guru itu sendiri insan biasa..ada suami isteri ada anak2

Bagaimana die nak urus semua.. hurmm 

Aku memang pandang tinggi pada guru senior.

Tabik spring gua bagi!!


Jujurnya aku bersyukur menjadi seorang guru

Terpilih menjadi seorang guru

Namun, aku akan lagi bersyukur kalau kerja aku dapat fokus 

Pada pengajaran dan pembelajaran murid

Sebab itu sebab aku menjadi guru...

Wahhualllam...



Notamulut: semoga diberi kekuatan untuk mendidik anak bangsa..



Selasa, September 29

Tarikh keramat sepasang suami isteri


Assalamualaikum shabat2 semua..

Fuh fuh fuh berkurun lama

Ku rasakan, cintaku padamu

( adoiii kuang ajo cicak ! )

Busuk betul taek cicak...

Dah lama sebenarnye aku tak update blog kesayangan aku ni

Sangat busy yg aku sendiri tak tahu apa yang busy

Hurmmmm mungkin sebab aku dah bertukar status

Yup..aku terus pada tajuk aku

TARIKH KERAMAT BAGI SEPASANG SUAMI ISTERI

Alhamdulilah aku telah diijabkabulkan dengan suamiku

Walinya abah aku sendiri

Hua sedih je masa akad nikah tu

Hua hua hua  nantila aku cte pasal tu

Tu malam ni ringkas saja

Tarikh keramat tu bukan maksdnye malam pertama

Bukan maksdnye trikh pertama kapel

Dan sebagainye

Tapi bagi aku..tarikh tersebut ialah tarikh nikah

Saat lafaz akad nikah tersebut sah

SAHHHHHHHHHHHH..mse tulah trikh keramat sepasang suami isteri

Dan aku sudah pada 18 september yang lalu..amiinnn

Doakan hubungan kami berkekalan dan bahagia selama2nya

Dan juga dimurahkan rezeki

Bagi sesiapa yang sama tarikh dengan kami..

Tahniah !!! Selamat pengantin baru !!



Notamulut : kehidupan suami isteri menjalani kehidupan PJJ plak ! 


Isnin, Ogos 24

Hebat murid sekarang !


Hebat murid sekarang

Tanpa disuruh..hebat betul

Tanpa perlu diajar

Hebat betul

Tak sangka betul aku...

Hurm agaknya salah siapa nye

Ibu bapa ke...kawan2 ke atau persekitaran ?

Atau mungkin tu kehebatan budak tu sendiri

Ish ishh ishhh





Ceritanya di bawah :

Cikgu : minggu ni kita akan belajar gimnastik asas

Tajuknye ialah guling sisi..

(Guling sisi je pon )

Murid : alahh cikgu... senang je tu.

Jom kita turun padang cikgu

Cikgu : tak payah, kita buat dulu dalam kelas

Pandai guling baru hari rabu kita main permainan

Murid : alahh alahh alah why whyy ( dalam hati ) muka monyok

Cikgu : demostrasi dijalankan..

Murid : ohhh sya tau cikgu sya tau.



Sesi pDp berjalan dengan lancar yang dimulai dengan regangan 


Yang dasyatnye tu kan , budak sekarang hebat

Hebat sebab tahu dan pakar buat guling2 

Kihkihh ( adoii sakit ar..spe la baling selipar ni )

Yelah..sebab aku dulu jakun kalau cikgu ajar

Lepas tu selit selit tak nak buat

Tapi budak sekarang x..beratur siap

Excited hari ni..hehe alhamdulilah..

Cuma aku harap pengetahuan budak sekarang

Jangan yang bukan2..



Notakaki : moga2 dapatla jawab ujian PJ yer anak2...


Ahad, Ogos 23

Fakta tentang WANITA ?


Selamat petang geng..

Fuhh berkurun seyyh aku tak update blog

Siyes busy ko.. ( sambil tangan letak atas bahu )

Tapi yang pelik tu aku tak tau apa yang busy

Ohh ye x ye, laptop aku dah rosak 2 minggu

Tu antara alasan aku tak update gak

(Auwwww siut burung ni..berak terabur )

Okey..pada suatu hari 

Aku mendengar radio tentang cermah agama

Tajuk aku tak ingat.. yelah style masuk telinga kiri  dan keluar balik

Orang tu terangkan pada bapa2 yg ada sekarang

Jangan memilih calon menantu ko sangat

Jangan hanya biarkan anak ko kawin dengan orang kaya saja

Bila ada seorang lelaki muda datang kata nak berkawin dengan anak 

Jangan terus persoalkan duit die ade

Kalau kaya, ilmu agama ada dll..bertuah anak ko

Kalau tibe2 orang tu miskin.. keje basic 1000..tp solat..ko terus reject

Dan menyimpan anak ko trus agar berharap satu hari nnti ade lah yang kaya

Hahhhh masa nila aku dengar fakta tentang wanita tu

Korang mesti dah scroll laju nak terus baca kan kihkih

Okey fakta yang diberi :

WANITA BERADA PD ZAMAN KEMUNCAKNYA AWAL 20 AN SEHINGGA UMUR 25 TAHUN..

TETAPI LEPAS SAJA 25 TAHUN..ZAMAN KEMUNCAKNYE MENURUN ... 

TETAPI PADA UMUR 35 TAHUN KE ATAS ZAMAN KEMUNCAKNYA NAIK KEMBALI..

hah..waktu ni trus aku piki apa yang terjdi di sekeliling aku..

Yup. Memang ramai yang berkahwin sekarang.. smpai 1 pon aku tak p kenduri

Dan yup..patutlah wnita yang dah kawin ade yg curang dengan suami kalau x cukup belaian dan seks.. sebab umur nya kebanyakannya 35 tahun ke atas..

Ermm.. aku mmg ingatla orang tu bg fakta tu..malangnya aku x ingat nama die

(Style dgr tak dengar sje huhu )

Tapi bagi aku tu terpulang la pendapat masing2 kan..jangan percaya sangat...

Cuma..ya..jangan piki duit pada menantu..tu je..

Bila jodoh datang..semuanya dipermudahkan..aminn


Blah lu..ade perhimpunan lak!

Notamulut : laptop laptop...


Ahad, Julai 5

KATA-KATA LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG


Selamat malam..

tumpang lalu... ( sambil tunduk pala dan badan )

oit oit oit anak spe tu ??

kemain sopan.. baiknyeee berkenan aku !!

hahaha hah, itulah orang Melayu

penuh sopan santun

( arghh adoi...siut sapew baling batu kat gua ni )

okey okey... tajuk aku


KATA-KATA LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG

Maksudnya, sebelum berkata2 tolonglah fikir

fikir beb fikir, jangan main lepas ikut mulut

sakit die boleh bunuh orang oooo!

benda ni memang aku akui,

aku pun selalu terlepas cakap.. dan mungkin ada terguris

tapi,benda ni jadi dekat aku...

cito ehhhhh ???????


pada suatu petang yang hening ( bulan pose )

aku, dan dua orang lagi geng berbual

bual punya syok cite pasal kuih raya

kemudian, aku pon bangun nak amik buku tulis untuk ditanda

kawan aku ni pun, tanyalah

ehhh ko pakai saiz baju ko ni ape ?

aku : entahlah kak, baju ni akak sy punya

( ok, tulah aku, baju kurung bukan aku minat.. aku memang pakai,

tapi kan aku guru PJ, jdik kurang pakai, dan kelemahan aku,

kalau beli baju kurung semua lebihan dr akak aku, sebab die 

tak muat, tersalah beli atau sengaja beli!! hehe sebab bila aku

cari sendiri bju kurung dekat kedai, aku pening pala, last2 

tak beli )

haritu pulak, baju kurung aku pakai tu agak singkat

tapi corak dengan kain sama jadi, tak ketara lah

so, depa gelakkkan aku, dan nasihat aku suh belajar jadi perempuan



allloooooo????? aku ni pmpuanlah ok.. ayu..lemah lembut

( arghhhhh kuang asam,, sapa yg baling ni ! )



tiba-tiba

TIBA-TIBA.....

ehhh, akak tengok kan, ko punye semua baju kurung 

SEMUA CAM BAJU ORANG 40 AN.. AKK TENGOK PUN TAK BERMINAT!!

( plus muke yang sgt jelik dan sinis pandang aku )

apa lagi, aku terus pandang sapa yang berkata-kata tu

termasuklah geng berbual aku tu

seraya tu, si cengkerik pun masuk bilik guru


KRING KRINKKK KRIKKKKK


aku hanya tersenyum dan kata biasa lah kak, 

memang nafsu sy camni ....

salahke aku pakai camni sampai die sakit hati..

ya, aku rasa takdelah aku berbogel..

cuma kain baju aku je corak2 lama.. aku bukan kaya

dan aku masih kemas..bukannye aku pakai baju tarzan



damn !!!!!!!!!!






notamulut : jaga mulut, hati orang susah nak maaf oooo.. 




Selasa, Jun 16

KONVOKESYEN DI IPG KAMPUS BAHASA MELAYU


Fuhhhhh alhamdulilahh ("o)

Majlis konvokesyen aku berjalan dengan lancarnya

Konvokesyen ni bagi para graduan ipg pismp ambilan 2011

Dan aku kena pd sidang ke2..

(5 thun setgah belajar..baru skang dpat konvo hihi)

Walaupun aku tak pandai buat pantun

Tapi alhamdulilah msih berada kelas 1..

Terima kasih pada kedua ibu bapa..

Kepada pensyarah di ipg kampus pulau pinang

( banyak ajar aku dengan pelbagai cara )

Keluarga..tunang.. n kawan2 seperjuangan

Mmuaxxxx muaxxxxx hahahaha (ops over lak aku)

Okeylah..aku nak citer la skit pengalaman

Tapi susah kalau aku mula citer..nanti smpai lubang cacing aku cte

Ok pendek kata apa yang boleh aku simpulkan :

● ingat atau tahu jalan untuk ke tempat konvo masa korang pergi ke taklimat supaya nanti tak sesat.

● masa taklimat, tolong ingat jalan ke tempat ambil dan pulang jubah. Sebab nanti lepas konvo, susah nak jmpe kawan2 tuk hntar jubah sekali..

● awal pagi sebelum smpai, bekfes dulu eh..bukan selfie dulu..kalau x nanti korang gastrik atau sakit perut..sebab upacara mla dr awal pagi pukul 7 smpai pkul 1 tengahari

● rancang awal2 nak jumpa di port mana sekiranya korang satu kelas nak bergambar masa habis konvo tu.. ermm aku x dapat join kelas aku sebab emak dah mula bengkak kaki.

● sekiranya ada masa lepas taklimat, gosok jubah siap2 p lah bergambar dekat kedai gambar terus dengan keluarga sebab dekat sana sangat ramai..mcam dekat tempat shopping yang ada sale.

● aku sarankan tak perlu bawa ahli keluarga yang sakit..tak boleh jalan jauh..atau naik kerusi roda..sebab keadaan sangat x sesuai..tempat untuk tetamu yang tiada pas pon tidak cukup.. kalau ada budak2 baby smua..x payah lah.. sian..

● baik..pakai tali yang pegang enset bagi perempuan sebab nanti naik pentas tak boleh bawak handbeg.. enset kene ada sebab lepas tu korang nak cari keluarga korang..kalau x.. gunela penglihatan saja.. yg aku pasti dlam 30 mnt baru jumpa hehe

● pakai jubah..topi n sebagainya sebelum masuk carik geng untuk neratur..sebab keadaan sangat penuh..nanti kalau x sempat..korang alan selekeh..opsss

● lagi satu kasut yang mesti dipakai warna hitam sahaja dan mesti ada tumit.. bukan kasut rata..lelaki pon sama..kalau x nanti ada urusetia minta korang tukar dengan graduan lain sebelum naik pentas.. nanti lagi nerves korg kihkih ( termasuk aku )

Hah kemain lebar aku bebel kan.. 

1 pengalaman berharga dalam hidup aku

Kepada yang sama konvo dengan aku, TAHNIAH!

okey..bye assalamualaikum..


Belanje skit gmbar : emak n abah..tq.. tq gak pd tkg amik gmbr hihi



Notamulut : alhamdulilah dpat semalam dengan geng..rindu dah aihh





Isnin, Mei 4

HAKIKAT HIDUP BERJAUHAN (-.-)


Selamat malam geng.

Malam ni aku nak kongsi tentang pengalaman aku

Pengalaman ni memang semakin lama

Semakin kerap pula aku alami

( hakikat hidup berjauhan )



hahh tu,, tu dia pengalaman tu 

Maksud aku tak kisah lah bagi pasangan berkahwin

yang dah ada anak2 atau masih belum

dan juga pasangan bertunang atau bercinta

Betulke orang cakap cinta jarak jauh ni susah nak bertahan ?

( aku tergolong dlm hubungan ni )

tapi ni lah pengalaman aku nak kongsi...

Tadi aku lihat seorang ibu bawak anak-anak menaiki bas

Kenalan yang aku kenal, terpaksa berjauhan dengan suami

Dan lagi satu isteri dan anak-anak menghantar suami 

Menaiki bas untuk pergi berjauhan mencari rezeki

Kalau lah, nak cakap cinta jarak jauh ni x bertahan ?

Camana 2 pasang kluarga tadi aku tengok bahagia je hidup

hahahah adoiii aku pun susah nak kata lah..

Bagi aku dekat atau jauh ada pro dan kontranye kan

Pendek kata : yang di bawah untuk hubungan jarak jauh :

  • Pasangan jarang jumpa akan kurang berselisih pendapat, rasa rindu makin kuat dan sayang makin sayang.
  • Perasaan tak sabar nak jumpa berdebar2 sentiasa
  • kadang2 penuh curiga dalam hati mengenai pasangan masing-masing
  • kadang2 berasa bosan sehinggakan mungkin terbabas dengan mencari keseronokan semasa berjauhan
  • Tapi jika setia, saling percaya, saling cinta, saling jujur, jarak jauh tidak berjaya membuatkan cinta itu terputus.

Pendek kata : yang di bawah untuk hubungan jarak dekat :

  • bertekak sentiasa tentang sesuatu perkara remeh
  • malas nak pandang muke, hari2 berjumpe
  • tiada suprise yang terpikir untuk buat sebab hari2 sudah berjumpa
  • rasa gembira dapat lakukan semua benda bersama-sama
  • menjalani kehidupan masing2 dengan semangat sebab setiap malam dapat semangat ( opssssss ) 
  • Tapi, jika masih tidak setia dan tidak menghargai antara satu sama lain, boleh membuatkan hubungan renggang tanpa sedar.

Hah itulah.. tapi sebenarnya tu terpulang kepada pasangan masing2. 

apa yang penting, setia, jujur, sayang dan memohon pada Allah

supaya hubungan itu kukuh seperti mana hubungan kita denganNYA.

pehh giler mood ape aku malam ni kan hahahah

okeylah blah.. selamat bercuti pada semua. esok sambung kerja !



notamulut : Semoga semuanya berjalan dengan lancar.


Selasa, April 28

Nota EDU 3093 : Guru dan Cabaran Semasa


Assalamualaikum..

redup sungguh pagi ni,

mengingatkan aku suasana belajar dahulu kala

( kalau takde kelas, mesti tengah terbongkang lg hehe )

Dah lama aku rasa tak kongsi nota belajar dulu

Nah hari ni aku nak kongsi pembentangan aku dulu

Guru dan cabaran semasa ni memang best

Sebab kita akan mengetahui semua yang akan berlaku di sekolah

( tapi x sebesttt masa korang dah jadi guru betul kihkih )

nah amik...












notamulut : Bergembiralah msa study.. sebab tu kenangan indah (^-^)