Selasa, September 5

JAMU PUTERI


SALIAPIZAH BT KADRI
( MINI EGEN SAH JP ajp023/05 )

Apa itu jamu puteri ???

Jamu khas untuk kesihatan luaran dan dalaman.

Apa kebaikannya ?

Banyak sangat sampai aku malas nak tulis ni haha
( tunggu rajin aku update kemudian )

Apa kandungan jamu ni ?

Beras, limau nipis, daun pandan, kunyit / kecur, asam jawa, gula jawa, temu kunci, temulawak, garam gunung & halia.

Ni jamu kunyit ker?

BUKAN. Ni jamu superr speciall !!

Berapa sebotol ?

RM 20 sebotol.
Beli lebih sebotol, pengurangan harga ada.

Berapa lama tahan ?

1 botol tahan 2 bulan.
TAPI, kalau dah dibuka hanya tahan 1 minggu.

Rasanya camna ?

Masam2 manis macam jus saja. Lgi2 kalau baru keluar peti ais!

Boleh COD kat mana ?

Bandar baru uda, perling, skudai.

Kalau aku bg kg ( Jelebu, kuala klawang, seremban)

Kalau aku berjalan pon boleh sambil COD tempat berjalan. Senang cite add aku jadi friend fb.

Bawah ni, aku tepek gambar apa yg patot !








Apa2 nak tanya, nak oder meh

wasap 0111-4809522 



mulutmembebel : i love Jp!



Ahad, Julai 30

DUGAAN 2017


Ya ALLAH, 

ku bermohon padamu 

Cukupkanlah rezekiku sekeluarga

Cukuplah makan, minum, pakaian kami

Gembirakanlah hati kami dengan kasih sayang

Permudahkanlah hidup kami sekeluarga.

Amin rabbal allamin....





hah, jangan sebab ko dapat dugaan

Baru kau mencari mana ALLAHMU!!

( DUSH,,, TERKENA DAHI SENDIRI )

Hahah...sebenarnya aku memang tengah tempuh dugaan 

bak kata tajuk akulah dugaan 2017


tapi, aku tak nak cite dugaan tu

Cuma aku harap pembaca doakan lah semoga semuanya dipermudahkan.

Cuma, aku nak kaitkan sikit tajuk aku dengan isu hangat

yup apa isu hangatnya geng ????

APA APA APA??

Eleh,,,,takyah buat tak tahu

Sebab murid kelas aku pon tahu cite ni hahaha

Amekaw...dunia hujung jari !

( ISU ARTIS YANG MENGASARI ISTERI DLAM PANTANG )

Ya, kita orang luar tak tahu apa2 pon

kita kena bersangka baik. dan aku pon bukan ajak mengumpat

tak nak aku tambah dosa oiiiiiit !



haha, ok cuma elok kalau kita amik ni pengajaran :

1) jaga suami / isteri elok2. jaga makan minum, pakaian, waktu 
rehat, waktu bersama dan lain2 lah. Lagi2 dalam pantang atau sakit.

2) jangan kacau isteri / suami orang. Gedik2 pon tak boleh dik oi. Apatah lagi, minta no fon atau cerita masalah. Lama2 terjunam !

3) jangan bawa balik kerja ke rumah ye. Macam aku, alhamdulilah setiap hari aku cuba buat rilex kat rumah walau kerja di sekolah menggunung! Lama2 kalau asyik kerja je, hubungan keluarga pun slow.

4) setiap hari, sayang dn didik hati kita untuk sayang, cinta, taat dengan suami atau isteri kita. Ye, menipu kalau ada bende kita tak puas hati, tapi cuba istighfar setiap kali nak tido. dan minta maaf sebelum tido.

5) Cepat2lah kawin kalau dah ada pasangan nye. Jangan cakap duit takde, yang penting niat ikhlas nak nikah. Insyaallah dipermudahkan.

6 ) Dalam sebarang situasi, jangan cepat melatah. 


oklah, kalau ikutkan banyak lagi. tapi korang pikirlah sendiri ye.

Ambil pengajaran setiap isu hangat yang terjadi.

Jangan kondem je, jangan mulut celupar je. 

Sebab takut jadi kat diri sendiri

Nauzubillah.


dah, gua nak sambung kursus epsa hurmmm dugaan !


#anakdaragatal,jangankacaulakiku

mulutmembebel : bilalah nak habis epsa




Selasa, Julai 4

SELAMAT HARI RAYA 2017


SELAMAT HARI RAYA 2017 !

Wah wahhh giler krikk krik blog aku hahaha

Baru ada mood nak menaip petang ni

Sebab nak buat daftar Epsa

Tapi EPSA xmau aku hahah ( network error jerr)


Lama sangat aku tak menaip

Alhamdulilah ummu aqilah dah 1 tahun dah

Masih tiada gigi

Dah berjalan tapi belum stabil lagi.

Dia jadi sangat manja dan mula nampak tantrum dia

huhuhuhu menangis rasanya kalau dia mula buat perangai

Tapi, dialah kegembiraan kami suami isteri.


Bagi kawan yang masih tiada rezeki,

kami sekeluarga doakan kamu juga dapat rezeki kelak.

Sebenarnya aku pon takda idea sangat nak taip

Cuma sekarang duk pening nak buat makanan ummu

Ummu checkup 1 tahun, berat dia tibe2 maintain

Sedangkan selama ni checkup naik ja, walaupun dia budak yang kurus.

Jadi, hari ni baru hari kedua aku cuba nasi lembek.

Yup tekaan aku tepat, dia x mahu bubur dah.

Cuma baru 2 menu ni yg aku masak.


1. Nasi lembek + ikan kembung singgang + Epal

Cara-cara masak ikan ( 3 ekor ):
- tumis dengan minyak sikit bawang merah, putih, halia, kunyit. Letak 1 batang serai yang diketuk.
- tumis sampai naik bau. letak lobak potong dadu sikit.
- masukkan air secukupnya. Tunggu menggelegak. Baru masuk ikan.
- Dah masak ikan, baru masuk asam keping kecil saja, dan cili api 2 btg je belah dan garam sikit.



DAH SIAP

Sarapan dia aku buatkan roti telur cheese sahaja. Potong dadu, sebab takde gigi.



2. Nasi lembek + sup telur sayur 

Cara-cara masak sup telur sayur ( 3 biji )

- Tumis bawang putih, merah, halia sikit ja. Letak lobak potong dadu sikit.
- Tumis naik bau, kemudian masukkan air secukupnya. Tunggu menggelegak.
- Masukkan telur dan tunggu sampai telur dah cantik masak.
- Masukkan sayur sawi dan sedikit garam dan lada putih sikit. 


Setakat ni, tu jelah menu aku masak.

Aku n laki aku makan sekali untuk dinner..haha tu yg banyak masak tu.

Sesiapa yang ada resipi untuk baby 1 tahun, sharelah blog.

Sebabkan,, macam susah nak jumpa ker aku taip entah pape ! haha


OK, selamat hari raya semua

Maaf zahir batin !



mulutmembebel : raya sakan kami bertiga tahun ni, balas dendam tahun lepas berpantang !