Rabu, Mei 22

SKOP SOALAN BMM 3110 (O-O)


Selamat malam..
korang pernah rasa gila x kadang-kadang tu
gila bila rasa sesuatu bende tu x patot
x pato dilaksanakan di dunia
hehe
adoiyai...ayat ape entah
ermm sok aku ade pekse BMM 3110
di mana aku hanya ada masa 24 jam untuk menyelak buku
buku yang aku mau baca
tentang sintaksis
aku rasa yang gilanya sekarang ialah 24 jam
memang gila
( hehe tapi sedar sikir, minggu study week dah lepas )


alah..biasalah aku ni suka buat kerja tergesa-gesa
jadi, malam ni aku nak kongsi dengan siapa 
yang ambil exam sama ngan aku hah

adalah la sikit, 
( ni tekaan aku aje nak mengikut skop tahun2 sebelum ni )

bahagian paling susah sekali ialah struktur :
  • bidang kajian sintaksis
  • struktur binaan ayat
  • binaan frasa adjektif
  • ayat tunggal bahasa Melayu
  • konsep penerbitan ayat bahasa Melayu


perkara yang boleh kelentong kadangkala
bahagian esei :
  • ragam ayat
  • jenis ayat
  • ayat majmuk
  • frasa kerja bahasa Melayu

disebabkan masa tinggal 24 jam
aku syorkan kat semua belaja pandai
jangan belaja banyak
nanti menyesal...kihkih...


nota mulut : aku risau juga tapi belaja kena pandai...
 

BAKAR KALORI DENGAN MUDAH (*.*)

Assalamualaikum
hah pagi-pagi ni aku ade mood sikit lah
mood ke arah lebih baik
memang la aku skang baik gak hehe
tapi nak lebih baik
( eh, bukanke ptg kang aku exam morfologi )

takpelah, aku dah tak tertahan nak kongsi benda ni
aku ingat nak buat masa cuti sem
tapi taktaulah jadi ko tak
entah-entah aku thuru.....
haha datang pulak jawanya

baiklah, aku cuma nak kongsi tentang 8 rutin harian
rutin-rutin ni sebenarnya dah selalu aku buat
tapi aku buat sambil saling tengok tv
tu yang x menjadi agaknya
( tapi peluh tetap keluar macam mane ek )
haha...ok-ok sebelum korang nak lepak aku melalut
nah kat bawah ni senarai 8 rutin tersebut :


  • Perbelanjaan bulanan : maksudnya, bagi kakak2 yang dah berkawin mestilah beli barang dapur kan, mesti pergi ke pasaraya, jadi perkara pertama kamu semua kene parking kereta jauh sikit untuk berjalan lebih. Kemudian, beli dan berjalanlah membeli barang, jangan duduk dalam troli tu pulak. Perkara ni boleh bakar kalori 243 kalori dalam 1 jam. 
  • Berus gigi : benda ni mula-mula aku tak percaya, (yolah xkan berus gigi je dah kurus, adoiyai ) tapi hakikatnya memang ia bantu dalam pembakaran kalori serta nafas segar dan gigi yang bersih. ( 2 minit boleh bakar 5.7 kalori)
  • Mengelap perabot di rumah : perkara ni nampak mudah, tapi bagi aku sangat tak suka sebab entahlah aku malas nak amik kain buruk kat dapur hehe... tapi, bagi kamu semua, rajinkanlah lap perabot kat umah sebab 30 minit mengelap dapat bakar 80 kalori tau.. lap je pon!
  • Menggosok baju : aku paling suka buat benda ni sebab tanpa kipas atau ada kipas pon aku tetap berpeluh.aku sendiri tak tau kenapa..tapi dengan menggosok baju memang baguslah untuk keluar peluh kalau tak sempat nak bersenam. dalam 30 minit boleh bakar 76.5 kalori.
  • Melipat pakaian : aku paling tak sangka benda ni boleh buatkan kalori terbakar. yelah, selalu kat rumah memanglah aku selalu lipat kain, siap tengok tv siap bace majalah, siap makan-makan lagi..hehe patotlah naik berat..Dengan lipat baju dalam 30 minit boleh bakar 72 kalori.
  • Mengemop lantai : aktiviti ni memang sangat memenatkan tetapi aktiviti ni memang bakar banyak kalori tau. dalam 30 minit boleh bakar 153 kalori. Jadi, lepas ni aku nak rajinkan dirilah..(chewahh...)
  • Menyapu lantai : Bagi suri rumah, mestilah setiap hari korang menyapu lantai rumah kan? jadi,x rugilah korang menyapu sebab boleh bakar kalori 28 kalori dalam masa 10 minit. Tapi, jangan sampai nak tidor, pon menyapu lagi. t laki korang tak terlayan pulak.
  • Parkir kereta : Bagi orang yang bijak, pastinya mereka parking kereta yang paling dekat dengan tempat yang dituju. Bagi orang yang nak sihat pastinya mereka parking tempat sederhana jauh yang memberi peluang mereka menambah bilangan jalan kaki mereka pada hari tu. Jadi, korang yang mana? boleh bakar 10 kalori dalam 5 minit.


Kesemua 8 rutin ni apabila dilakukan dalam sehari
bolehlah membakar kalori 
sehingga 700 kalori sehari
untung kan bagi sesiapa yang malas bersenam
(macam aku)
hehe..oklah aku nak sambung selak buku




nota mulut : kurus...kurus....bila ek?
 

Selasa, Mei 21

PERKONGSIAN BMM 3109 (-.-)

Assalamualaikum
Selamat petang wahai orang-orang membaca
hehe..

kadangkala dalam kehidupan kita x sangka pon
x sangka apa yang akan terjadi pada kita
tu semua rahsia Allah kan
(tup tup aku pat kawin ngan artis popular ke)
haha...

jadi, aku sendiri tak sangka yang aku dapat belajar
belajar buat kek
belajar buat spageti
belajar makan banyak
belajar dalam kehidupan
dan belajar menjadi guru BM...

dulu aku ingat aku jadi peniaga runcit aje
tapi, tak ade rezeki ke situ
( dalam hati nak blaja e-dagang, sape2 ade pertolongan ikhlas? )

baiklah, untuk dipendekkan cerita
esok aku akan mengambil peperiksaan
BMM 3109
MORFOLOGI BAHASA MELAYU

jadi, dekat bawah ni adalah dua maklumat yang ada
maklumat yang ada dalam komputer riba la
(maklumlah, aku ni suka menconteng, x suke menaip)

nah, sesiapa yang nak, amiklah..
( apa yang penting, kerjasama kan )


 
















Daripada korang layan FB je, sambil tu baca benda ni k
 kat sini gak aku nak kongsi benda keluar esei:
menurut firasat aku dan kajian pada soalan-soalan lepas
skop yang keluar dalam esei :
  • Perkataan dan bentuk perkataan bahasa Melayu
  • Penggolongan kata kerja bahasa Melayu
  • Kata tugas bahasa Melayu

oklah, semoga bermanfaat!


notamulut : tongah menyiapkan fail BMM 3109..poning!