Rabu, Mei 22

BAKAR KALORI DENGAN MUDAH (*.*)

Assalamualaikum
hah pagi-pagi ni aku ade mood sikit lah
mood ke arah lebih baik
memang la aku skang baik gak hehe
tapi nak lebih baik
( eh, bukanke ptg kang aku exam morfologi )

takpelah, aku dah tak tertahan nak kongsi benda ni
aku ingat nak buat masa cuti sem
tapi taktaulah jadi ko tak
entah-entah aku thuru.....
haha datang pulak jawanya

baiklah, aku cuma nak kongsi tentang 8 rutin harian
rutin-rutin ni sebenarnya dah selalu aku buat
tapi aku buat sambil saling tengok tv
tu yang x menjadi agaknya
( tapi peluh tetap keluar macam mane ek )
haha...ok-ok sebelum korang nak lepak aku melalut
nah kat bawah ni senarai 8 rutin tersebut :


  • Perbelanjaan bulanan : maksudnya, bagi kakak2 yang dah berkawin mestilah beli barang dapur kan, mesti pergi ke pasaraya, jadi perkara pertama kamu semua kene parking kereta jauh sikit untuk berjalan lebih. Kemudian, beli dan berjalanlah membeli barang, jangan duduk dalam troli tu pulak. Perkara ni boleh bakar kalori 243 kalori dalam 1 jam. 
  • Berus gigi : benda ni mula-mula aku tak percaya, (yolah xkan berus gigi je dah kurus, adoiyai ) tapi hakikatnya memang ia bantu dalam pembakaran kalori serta nafas segar dan gigi yang bersih. ( 2 minit boleh bakar 5.7 kalori)
  • Mengelap perabot di rumah : perkara ni nampak mudah, tapi bagi aku sangat tak suka sebab entahlah aku malas nak amik kain buruk kat dapur hehe... tapi, bagi kamu semua, rajinkanlah lap perabot kat umah sebab 30 minit mengelap dapat bakar 80 kalori tau.. lap je pon!
  • Menggosok baju : aku paling suka buat benda ni sebab tanpa kipas atau ada kipas pon aku tetap berpeluh.aku sendiri tak tau kenapa..tapi dengan menggosok baju memang baguslah untuk keluar peluh kalau tak sempat nak bersenam. dalam 30 minit boleh bakar 76.5 kalori.
  • Melipat pakaian : aku paling tak sangka benda ni boleh buatkan kalori terbakar. yelah, selalu kat rumah memanglah aku selalu lipat kain, siap tengok tv siap bace majalah, siap makan-makan lagi..hehe patotlah naik berat..Dengan lipat baju dalam 30 minit boleh bakar 72 kalori.
  • Mengemop lantai : aktiviti ni memang sangat memenatkan tetapi aktiviti ni memang bakar banyak kalori tau. dalam 30 minit boleh bakar 153 kalori. Jadi, lepas ni aku nak rajinkan dirilah..(chewahh...)
  • Menyapu lantai : Bagi suri rumah, mestilah setiap hari korang menyapu lantai rumah kan? jadi,x rugilah korang menyapu sebab boleh bakar kalori 28 kalori dalam masa 10 minit. Tapi, jangan sampai nak tidor, pon menyapu lagi. t laki korang tak terlayan pulak.
  • Parkir kereta : Bagi orang yang bijak, pastinya mereka parking kereta yang paling dekat dengan tempat yang dituju. Bagi orang yang nak sihat pastinya mereka parking tempat sederhana jauh yang memberi peluang mereka menambah bilangan jalan kaki mereka pada hari tu. Jadi, korang yang mana? boleh bakar 10 kalori dalam 5 minit.


Kesemua 8 rutin ni apabila dilakukan dalam sehari
bolehlah membakar kalori 
sehingga 700 kalori sehari
untung kan bagi sesiapa yang malas bersenam
(macam aku)
hehe..oklah aku nak sambung selak buku




nota mulut : kurus...kurus....bila ek?
 

Tiada ulasan: