Sabtu, Februari 22

22 FEBRUARI

Hepi besday to u...
Hepi besday to u...
Hepi besday to u...
Hepi besday to pijot...

Hah alhamdulilah, pertama sekali saya panjatkan kesyukuran saya pada Allah kerana memberikan saya kesempatan untuk mencapai umur ke 20 an ni...chewahhh..

Malangnya tiada sambutan dilakukan..dan macam2 pula yang terjadi pada hari ini..aku berserah segalanya...


Namun benda yang manis ialah aku dapat beri hadiah pada orang bujang yang layak sebab BRIM masuk hari ni kan..hah tu berkat tarikh besday aku tu...emm tp kenapa aku x pat..aku sarankan lah baucar buku pon masuk terus dalam bank nanti tak hilang hehe

Jadi aku harap sekarang ni musim praktikum fasa 3 aku dan AR aku berjalan lancar di samping berjaya menyiapkan kerja khusus dengan elok.

Tahun ni aku teringin sangat nak tahu sapa yang sama hesday ngan aku hari ni. Cuba angkat tangan dan komen sikit..

Nah untuk korang :



Notamulut : ada akak senior dulu di lukut sama besday..

Rabu, Februari 19

5 BINTANG


Wah bravo3....tak sangka aku beb..

Aku nak bagi pengumuman :

IPG KAMPUS PULAU PINANG telah mendapat taraf 5 bintang daripada 27 buah IPG yang ada di Malaysia..Dalam semenanjung Malaysia hanya ada dua IPG iaitu IPG KAMPUS PULAU PINANG & IPG KAMPUS BAHASA MELAYU.


Alhamdulilah...aku pun berbangga sebab dalam masa 4 tahun dekat sini dapat membantu tempat belajar dapat 5 bintang. Hehe


Baik aku nak kongsi pengarah aku cakap :

Seorang guru menyelamatkan satu generasi kerana sepanjang tempoh berkhidmat ada terlampau banyak anak murid...


Baik aku kne fokus dalam sidang muhasabah interim ni...


Ahad, Februari 16

BERDIAM LEBIH BAIK


Wah..kalaulah berdiam lebih baik..memang aku buat
Tapi aku ni memang bukan jenis nak membising
Maksud aku bla ada masalah bila org buat kat aku

Chewah....baik la konon..tu aku tak tau..
Kita tak boleh nilai diri kita tapi orang lain boleh..

Hari ni aku nak kongsi la pengalaman aku..

Alkisah....

Haritu aku telah kemalangan bersama emak dan ayah aku..teruk juga kereta masa tu.tapi alhamdulilah Allah masih lindung kami bertiga..

Bila satu kampung dah tahu mengenai kami kemalangan..mula ramai berkunjung di rumah..jadi, sorang sorang datang..

Aku seperti biasa hanya berdiam dan jawab sepatah untuk balas pertanyaan orang..Bagi aku, nak bercerita pasal benda macam ni macam tak syokk gitu..



Hehe...jadi aku rasa orang yang datang umah aku tu patut diamkan diri daripada bercerita dekat orang lain pula..Antara sebab :

-orang yang ketiga akan bawa cerita lain
-salah faham timbul
-masalahnya cerita yang salah yang diuarkan2 bukan yang betul
-dapat dosa oooo

Macam tulah lebih kurang, tapi aku masih nak berterima kasih pada orang yang melawat kerana keprihatinan mereka..

Aku juga nak berterima kasih pada semua yang terlibat semasa kemalangan tu kerana kamu semua telah membantu kami..

Alhamdulilah juga pada Allah yang masih menyelamatkan kami semasa kemalangan tersebut..


Notamulut : Ada hikmah rupanya kemalangan tu..Nikah menanti ♥