KETIKA JARIKU MENAIP..
TAP... TAP.. TAP...
BUNYI KEYBOARD SAJA YANG KEDENGARAN
SESEKALI BUNYI HINGAR-BINGAR REMAJA YANG SIBUK
SIBUK DENGAN MELAYAN LAMAN SOSIAL
YANG PENUH DENGAN PANCAROBA
HATIKU TERUS TERDETIK
ALANGKAH INDAHNYA KALAU AKU MASIH SEORANG REMAJA
YANG HIDUPNYA MASIH DITANGGUNG IBU BAPA
YANG HIDUPNYA MASIH BERSEKOLAH MENENGAH
YANG HIDUPNYA PENUH DENGAN KAWAN DI SEKELILINGNYA
ARGHHHH APAKAH AKU TIDAK BERSYUKUR ???
DENGAN SEGALA ANUGERAH YANG SEKARANG KU PEROLEHI
DENGAN KEPANJANGAN NYAWA YANG DIBERI OLEH PENCIPTA
HURMMM ITULAH MANUSIA YANG SENTIASA ALPA
HURMM...
HEMBUSAN NAFAS PANJANG YANG KU LEPASKAN
TATKALA MEMBUKA BLOGKU YANG TELAH BERSAWANG
HURMMMMM APAKAH
APAKAHHH...
APAKAHH....
TAPI AKU SEORANG PENULIS
YA... DULU SEMASA REMAJA AKU PERNAH MENGIMPIKAN UNTUK
MENJADI SEORANG PENULIS INDIE YANG SEMPOI
YANG MEMPUNYAI TULISAN TENTANG BUKU-BUKU YANG UNIK
MUNGKIN SEMASA ITU AKU DIDEDAHKAN DENGAN BACAAN
SEBEGITU..YAA......
APABILA AKU MENJEJAKKAN KAKI KE PENGAJIAN LEBIH TINGGI
PENULISAN SASTERA JUA AKU BERMINAT
TERUTAMANYA PENULISAN CERPEN YANG SEMEMANGNYA MENARIK HATI
AKU SENTIASA BERPENGARUH DENGAN SEMUA CERPEN AKU BACA DULU
SETIAP CERPEN AKU PERNAH BACA TIUPKAN SEMANGAT
YANG ENTAH DARI MANA DATANGNYA
HUHHHHHHHHHH HEMBUSAN PANJANG LAGI AKU LEPASKAN!!!!
perghhhhhhh gile matilanak !!!!!!!!
hakikatnya, aku tiada bakat, aku tidak minat baca novel
mungkin itu sebab aku kurang bahasa
kurang bunga bahasa
dan pastinya aku tak boleh berpantun malah bersajak
walhal aku guru major BM.. tapi
hanya Allah dan pensyarah sastera aku sahaja yang tahu
kekurangan aku
hahaha ape pon.. bila ada blog ni
sesekali mmg tempat aku bertulis
ya..cukuplah..aku tau pernah juga orang baca hasil tulisan aku
( aku tau korg tersalah bukak page kan ? )
huhu..tapi takpe.. apa2 pon terima kasih banyak2 pd pembaca
terima kasih pada blog
yang membantu orang yang penuh kekurangan ini
wahhuallam
notamulut : kadang2 bakat mmg penting untuk semua perkara !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan