Alhamdulilah..
Anugerah terindah dalam hidup aku
sudah mencapai umur 5 bulan.
Jadi, hari ni aku rajin sikit untuk update perkembangan beliau
Agar suatu hari nanti gua x lupa
sebab sekarang memang aku pelupa sejak mengandung sampai
sekarang hahaha (sindrom mak2 macam aku kot! )
UMMU SEMASA 3 BULAN :
- tiada perasaan untuk mengiring
- masuk sahaja 3 bulan lebih, terus mengiring
- dalam masa 2 hari, ummu dah meniarap
- dalam masa 3 hari ke 5 hari, dia dah pandai terlentang sendiri tetapi on off
UMMU SEMASA 4 BULAN :
- boleh meniarap dengan jayanya
- boleh terlentang dengan jayanya
- boleh kawal leher dan kepala
- tidur mengiring dan meniarap sendiri
- mengesot sedikit
UMMU 5 BULAN 2 HARI :
- mengesot jauh ke depan ke kiri ke kanan atau ke belakang dengan cara menggolekkan badan.
- mengangkat bontot dengan menolak lutut ke lantai.
- berdiri tegak bila didirikan, tetapi akan lembekkan kaki bila penat dan mengantuk
- selalunya sangat suka senyum bila didirikan, walau tengah menangis.
- dah boleh diagah untuk senyum
- menangis bila jumpa atau dipegang dengan orang tidak dikenali ( makcik2 pakcik dia sendiri)
- ada juga orang yang luar bila pegang akan okey.
- gatal gusi, sebab gigi dah nampak putih di gusi.
Ahad ni, checkup ummu 5 bulan
aku paling risau berat badannya sebab satu masalah utama UMMU
tak mahu puting tiruan, jadi dia kurang minum susu
sepanjang aku kerja
dan menyusu badan pun sekejap saja tapi tahan dalam tempoh lama
ALHAMDULILAH, doakan anak aku sehat membesar,
jadi anak solehah, baik hati, pandai dan lain2.
Kepada ibu belum ada rezeki, aku sekeluarga mendoakan semua wanita
akan mempunyai rezeki itu kelak. dan percayalah
Bahagianya bila ada anak, mengandung, melahirkan, menyusukan, dan membesarkan.
Nikmat Allah, Amanat Allah , kita hargailah selagi dia bersama kita.
notamulut : still bloging!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan