Jumaat, Jun 28

JANGAN DISANGKA AIR YANG TENANG TIADA BUAYA...(-.-)


Assalamualaikum..
buaya-buaya sekalian
(hehe rakan-rakan sekalian)
aku tibe2 dapat idea nak membebel pagi2 ni
sebab aku tak sangka
hal yang kecik menjadi besar
yelah,korang semua bayangkanlah
aku pergi ke kelas memakai baju kurung
(x kan bogel lak)
dah lah kai ju kurung, pakai tudung
(amin..aku dalam rahmatNYA)
masalahnya sekarang, warna baju kurung 
warna aku pakai hari ni warna biru laut
tudung pon mestilah biru
(biru bunga-bunga kot tudung)
baju aku garis menegak n ada sulam
jadiknya, ade masalah ke..
maksud aku gabungan aku pakai
yelah,,alkisahnya adelah sahabat berkata
amboiiiiii...birunya!

dalam hati aku menjadi runsing
dahtu xkan nak gabung baju biru dengan ungu
atau warna merah
atau warna kuning
emmm mungkin aku x pandai memainkan warna agaknya
hahaha ada aku risau?

walaubagaimanapun,, aku nak kongsi kehebatan warna biru
biru ni selalunya dikaitkan dengan ketenangan
ketenangan yang kadangkala dikaitkan dengan laut
kalau warna biru digunakan untuk logo
mesti dikaitkan dengan perpaduan
aku pon tak tau kenapa
hehe

nah cube tengok gambar di bawah:











ape korang rase?
cantik? tenang? wow!....wah.....
( tu semua maknanya biru pada pandangan mata )
ni apatah lagi si pemakai warna biru
macam aku ni hah
 x dapat nak diungkapkan dengan kata-kata
subhanallah...



nota mulut : setiap warna ada fungsinya pada emosi kita.
 

Khamis, Jun 27

PENAT LELAH SEORANG PELAJAR MAKTAB (*O*)


Bermulalah sebuah kisah
kisah tentang seorang pelajar maktab 
pelajar yang tidak mengharap untuk memasuki maktab
akhirnya telah jatuh cinta untuk menjadi pendidik
pelajar yang kadang kala berada di atas
kadang kala menangis sendirian
kadang kala memarahi orang
pelajar itulah......





jeng......jeng.....jeng....
haha biul...
lupe nak bagi salam..
assalamualaikum...
hari ni memang aku kepenatan
kepenatan yang teramat penat sekali
sungguh....sebab aku lah pelajar itu
pelajar yang baru sahaja selesai bercucuk tanam
( bohong! baru je nak buat batas )
haha..aku baru je kene buat batas
kawasan tempat untuk kumpulan aku bercucuk tanam
demi allah..nilah pertama kali aku merasa penat
penat ni memang lain
sebab penant bercucuk tanam
baru aku sedar bapakku itu sangat kuat
nanti bila2 aku cite pasal bapak aku
oklah...aku cuma nak kongsi sikit macam mana cara
pentingnya bercucuk tanam
(drpd cakap merapu je, baik aku bagi ilmu sikit kan )

DARIPADA Anas ra. katanya : Rasulullah SAW bersabda katanya: Sekiranya berlaku kiamat, sedang di tangan kamu terdapat benih tanaman kalau sempat dan mampu menanamnya, lakukanlah 
(Riwayat Ahmad dan Bukhari pada adab mufrad).

Huraian
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW menggambarkan kelebihan bercucuk tanam yang hasilnya akan memberi manfaat kepada semua makhluk. Islam menggalakkan usaha kebajikan umum yang boleh mendatangkan faedah kepada alam seluruhnya, buahnya akan dinikmati, umbi serta akarnya dapat mempertahankan kejadian alam untuk kebaikan semua pihak. Sesungguhnya akan berlaku kerosakan alam ini dengan tindakan kerakusan manusia hari ini. Dan ini terbukti menjadi kenyataan sekarang.

Jadi, aku pon berazam untuk bercucuk tanam
lepas dah nikah lah,,sebab skang aku pelajar
(hehe..alasan!)
k salam..


nota mulut : nak ilmu lebih, tengok ini.
 

 

Selasa, Jun 25

KESAN BERGELAR PENGANTIN (^O^)


Salam...
( jangan nak balik selipar jepun kat aku )
yelah..dah lama aku tak kemas kini blog
bukan apa..ni semua salah abang kandung aku
die punya kawen, habis cuti sem aku 3 minggu
tanpa ada waktu berehat
wua......

Oleh disebabkan itu, aku nak kongsi lah sikit
pasal kawen
( ade orang lau sebut kawen, piki lain )
so aku kne sebut bernikah dalam hal ni
bagi aku, sejak dari sekolah menengah
kawan2 cakap lau nikah nanti jalan kangkang
( opss untuk pengantin pompuan )
dan kawan2 cakap lau nikah buntot bulat
( ni untuk pengantin lelaki )
sebab-sebab mengapa kawan aku cakap camtu
aku x sempat pulak nak bertanya
 yelah..masa tu aku bodoh2 lagi...
jadi, hari ni baru aku sedar..
rupenya mereka bercakap pasal kesan hubungan seks

itu piki seronoknya bernikah, 
tapi mengikut agama islam, banyak lagi yang perlu tau
cuma aku nak kongsi dan nak ingatkan
sesiapa yang membaca dan sudah BERNIKAH
jagalah hubungan seks suami isteri anda
sebab hubungan ini sangat istimewa
sangat penting bagi hubungan suami isteri
lagi-lagi sekarang ini isteri sudah banyak bekerjaya
jadi, masa bersama suami tidak banyak
untuk mengelakkan masjid kamu runtuh
salah satu caranya kenelah jaga hubungan ini

dekat bawah ni merupakan beberapa punca 
ketidakpuasan seksual wanita :
( aku kan gadis, jadi aku perlu tau pasal wanita )



  • Rasa keinginan seksual yang rendah : Kebanyakan wanita tidak berminat dengan hubungan ini sebab hal tersendiri jadi dia hanya memberi dengan rasa terpaksa dan tidak pernah merasakan keseronokan.
  • Masalah mengekalkan keinginan seksual : wanita ini pula ada berkeinginan melakukan hubungan tetapi tidak dapat mengekalkan keghairahan disebabkan sakit di mana-mana bahagian.
  • Masalah orgasme : Biasanya berlaku sebab wanita dan lelaki hanya mendapat keletihan tanpa wanita mencapai kepuasan.
  • Masalah fizikal : ni biasalah, jika wanita itu ada masalah fizikal seperti sakit kepala atau kerap kencing juga boleh membantutkan hubungan itu. Ada juga ubat seperti kemurungan, tekanan darah tinggi yang memberi kesan tidak elok untuk mendapat keseronokan itu.
  • Masalah hormon : Hal ini berlaku apabila tahap hormon estrogen menjadi rendah akan menyebabkan perubahan negatif pada anggota seks wanita.
  • Masalah psikologi : Minda wanita yang banyak sangat berfikir masalah sehingga tidak merasakan keseronokan hubungan itu.


Maklumat kat atas ni aku kongsi berdasarkan pembacaan
ingatan bagi wanita-wanita di luar
dan pengetahuan untuk gadis-gadis
( chewah...... berdebar aku )
oklah..chaw...salam



nota mulut : agaknya skandal berpunca dari masalah ni ke?