Rabu, Julai 3

PROGRAM JATI DIRI (*O*)


Salam maghrib
( dah solat lom ? kalo belom p solat lu )
mula2 memang aku nak menulis panjang2
namun apabila adanya satu bau ni
terus aku hilang idea
aku pelik ar..
musykil...jiran sebelah aku ni masak
masak2 rebus2 je
tiap kali die masak pasti ada satu bau
bau kalo bau tomyam ke
sup ayam ke
penumis ke takpelah kan
( sekurang2nya aku boleh menumpang sekali )
ni bau yang hampeh
hampeh sampai aku rasa bau ladang kmbing
masih ok dari bau itu
aku rasa mungkin sebab die rebus herba-herba kot
tu lah kaum diorang ni putih2..


ok2 melalut pulak aku..
aku cuma nak kongsi mengenai program jati diri
program ni dianjurkan oleh jabatan penerangan
dan telah dilakukan di maktab aku minggu lalu
pada permulaannya ada aktiviti senam aerobik
pehh memang best betul 
kelua semua peluh dah tidak dapat banyak sangat dosa
yelah, ketua aerobiknya lelaki
jadi pakaian kumpulan senam itu tidak menjolok mata
( apatah lagi tengok ade sorang pakcik semangat )
bila aku mula semput je, aku tahan
yelah jatuhlah malu aku sebab pak cik 
kuat dan bertenaga dari aku

seterusnya, masuk pada bahagian forum
forum jati diri namanya
dekat sini bagi aku memang penting kita tahu 
tahu sejarah
lagi-lagi kita generasi Y
kene tahu sejarah malah mengamatinya...
sebab dalam dewan tu, 
ramai yang selain bangsa Melayu
buat2 tak dengar, tido, buat kerja lain
sebab mereka x mahu paham asal-usul mereka
jadi, lepas dari program itu, 
aku pon semangat untuk mendidik anak bangsa 
serta anak-anak aku nanti
agar negara Malaysia ini akan aman makmur
selamanya..aminnnn..




nota mulut : MERDEKA!


Tiada ulasan: