Khamis, Februari 26

Kerja guru mudah ?


Selamat petang geng.

Hari ni soalan cepu cemas !

BETULKE TUGAS GURU MUDAH ?

betulke?

Siapa angkat tangan?

Siapa yang mengangguk ?

Hah spe spe..meh sini aku sekeh kepala ko

( ops kan dah garang membe )

Aku bukan apa..aku salah seorang guru rendah

Walaupun aku baru bekerja

Tapi mmng dari ipg kitorang dah didedahkan serba sikit

Supaya terbiasa

Bila dekat sekolah betul, aku dah mulai rasa

Letih beb..letih..

Oklah..kat bawah ni senarai untuk tugas yang aku dah dapat sejak 3 minggu lepas :

● guru kelas tahun 2

● guru penasihat bola jaring

● guru penasihat puteri islam

● guru mata pelajaran

● guru penasihat persatuan bahasa melayu

● guru kelab doktor muda yang kena p mesyuarat peringkat daerah

● ajk persembahan untuk majlis persaraan guru besar

● ajk sijil untuk sukan tahunan

● pegawai sukan daerah zon

Hah amekaw...tu baru 3 minggu tau..

Dan kalau korang tau setiap satu tu bukan sekali kerja..

Maksud aku sebelum..semasa dan selepas

Ishhh tu aku belum cite detail setiap satu


Cuma sekarang aku haraplah sesiapa yang anggap tugas guru mudah

Baik korang piki dalam2..dan kalau boleh rasa sendiri

Barulah boleh nak kutuk..


Notamulut : doakanlah aku menjadi seorang guru yang ikhlas.



Selasa, Februari 17

Apa yang best tentang 1 murid 1 sukan ?


Assalamualaikum geng

1 murid 1 sukan.. sapa tahu apa benda tu

Hah ko ko ko ko yg tgah baca, bangun!

Apa die..jawab !

Yg lain diam..dengar kawan kamu nak cakap

( haha alamak terbawa2 mood guru pulak )

Sori geng huhuhu 

Oklah 1 murid 1 sukan ni kira macam permainan dalam koko

Kokorikulum sekolah

Benda ni saranan kerajaan untuk pastikan setiap murid di Malaysia

Tahu, kenal atau mahir sekurang2 nya 1 permainan

Tak kisah lah budak tu atlet ke atau kaki bangku

Atau robot..diorang ni ada hak untuk masuk dalam 1 murid 1 sukan

Hahhh tu dia baq hanggg !!!

( sambil tgn letak atas bahu )

Pagi ni aku baru je selesai 1 murid 1 sukan

Dan aku mmg takkan lari dari permainan bola jaring

Yearghhhh go go bola jaring

Rindu gila aku nak main..skang dah tua bangka 

Semput juga lah kan hihu

Baik..pagi ni aku nak share lah kebaikan 1 murid 1 sukan

Antara kebaikan yang aku alami dan nampak sendiri :

● kehadiran murid pasti akan datang semua.. sapa yang x sukakan main 

beb..? Lagi2 murid ni diorang sangat suka walau diorang x pandai 

main pon.

● semua orang akan berpeluh. Murid berpeluh apatah lagi cikgu yang 

dah memang tua bangka cam aku ni hehe..konfom peluh..dan tu juga 

merupakan hasrat 1 murid 1 sukan juga supaya orang bersenam.

● hubungan guru dan anak murid yang tak di ajar dalam jadual waktu 

pon dapat dieratkan.. sebab dalam permainan ni murid akan bergaul 

dengan murid lain tahun..jadi muafakat lah.

Hahaha adoi sori lah aku kongsi benda ni..

Mungkin tadi aku hepi sangat dapat main bola hehe

Okeylah jom kita meneruskan kerja masing2

Doakan aku menjadi seorang guru yang ikhlas

Jadi guru senang. TAPI UNTUK JADI GURU YG IKHLAS SUSAH

ok wsallam




Nota mulut : esok balik n9..yehuuuu


Ahad, Februari 1

Peringatan 8 bulan sebelum kawin


Selamat pagi murid

Selamat pagi cikgu

Apa khabar murid

Khabar baik cikgu

Jemput duduk murid

Terima kasih cikgu !!

( amekaw bersemangat betul aku pagi ni )

Terus kepada tajuk:

Hah ? Lagi 8 bulan nak kawin??

Wahh bestnye bestnye dah nak kawen

Ayat tu mmg sllu aku dengar bila org tau pasal ni

Orang yg selain pengantin memang seronok

Tapi orang pengantinnye berdebar dan cemas

Lagi2 aku ni yang tak stndby ape ag

Tambah2 pula kne berjauhan dengan tunang

Wuaaaa..kenpala aku tak dapat posting n9

Ok2 melalut btul la aku ni..

Baik, kat bawah ni aku bagi 8 perkara penting

Untuk menempuhi lagi 8 bulan kawin

( nikah n majlis tau bukannye nikah kat pejabat tok kadi je )

1. Tempah mak andam korang..kalau pengantin satu tempat, tempahlah mak andam yang sama. Sebabnya korang dapat berjimat kerana kalau amik sekali harga pakej lebih murah. Janganlah korang piki nak bergaya je time kawin sedangkan lepas kawin sengsara sebab bayar hutang kawen.. ( bagi aku..selalunya pengantin perempuan kene lebih toleransi ok )

2. Beritahu trikh majlis kawen korang dekat orang kampung. Macam aku duk felda memang kena bagitahu pada orang yang pegang khemah, booking dewan ker ape ke. Dan hebohkan guna mulut dekat orang sekeliling untuk mengelakkan orang lain ambil trikh tersebut. Benda ni tuk pastikan majlis korang tu ada orang datang.. kalau x rugi semua makanan dan duit..huhu

3. Kalau pakai katering, booking katering dengan bayar deposit dahulu serta bincang jenis makanan yang nak dan pakejnya. Pastikan korang order lebih berbanding jumlah tetamu yang korang jemput. Contoh kad undangan 1000..jadi korang kne oder dalam 1200 ke atas. Sebab takot makanan x cukup untuk tetamu datang.. yelah..satu kad tu satu family.. ( aku pon risau )

4. Simpan duit gaji korang berdua atau duit gaji pengantin lelaki untuk membeli emas2 masa nikah tu. Masa upacara pembatalan air sembahyang. Nak senang beli je siap2 then suh mak korang pegang. Selalunya harga kos 1500 pon dah boleh dapat satu set emas tu.. tpi yg nipis punya..kalau modal korang lagi mahal dpatlah yang tebal punya.

5. Cari tukang gambar yang untuk dua2 belah pengantin.. sebab lagi berganda murah punya pakej die. Kalau korang ada sdre ke kawan2 ke lagi elok..sebb harga lagi boleh murah. Yang aku sarankan, x perlu ambil pakej yang dapat album beriya2 tu.yang kaca lah apalah sebab tu smua trick tukang gambar tuk dapat harga mahal.. sedangkan lepas kawen, album n gambar tu bawah katil.

6. Settelkan ambil ujian apa yang patot di hospital 3 bulan sebelum tu.. ujian darah.ujian talasemia ke..ujian hiv ke..yg penting tuk dapat kelulusan nikah tu kan.. yg ni memang akan nerves kan..aku pon x boleh bayangkan.. 

7. Buat permohonan untuk bernikah..yang ni aku belum khatam habis..yang aku tau boleh guna on9 je sekrang ni.. senang sikit. Untuk permohonan ni mesti ada sebelum korang jumpa imam yang nak nikahkan korang ok.. dua2 pengantin kena.

8. Duit hantaran pada belah pempuan kenalah cukupkan ok.. mgkin kena bayar separuh dulu sebelum majlis dan masa majlis lagi separuh. Jangan datang2 umah perempuan duit x de. Hehe 

Ok..sebenarnya ada lagi yang perlu korang ingat macam barang2 hantaran..kad kawin..beg2 nak bagi tetamu.. yg penting berjimatlah..ok chaw..

Notamulut : excited cerita sampai lupa nak kne p sekolah dah!