Selamat pagi murid
Selamat pagi cikgu
Apa khabar murid
Khabar baik cikgu
Jemput duduk murid
Terima kasih cikgu !!
( amekaw bersemangat betul aku pagi ni )
Terus kepada tajuk:
Hah ? Lagi 8 bulan nak kawin??
Wahh bestnye bestnye dah nak kawen
Ayat tu mmg sllu aku dengar bila org tau pasal ni
Orang yg selain pengantin memang seronok
Tapi orang pengantinnye berdebar dan cemas
Lagi2 aku ni yang tak stndby ape ag
Tambah2 pula kne berjauhan dengan tunang
Wuaaaa..kenpala aku tak dapat posting n9
Ok2 melalut btul la aku ni..
Baik, kat bawah ni aku bagi 8 perkara penting
Untuk menempuhi lagi 8 bulan kawin
( nikah n majlis tau bukannye nikah kat pejabat tok kadi je )
1. Tempah mak andam korang..kalau pengantin satu tempat, tempahlah mak andam yang sama. Sebabnya korang dapat berjimat kerana kalau amik sekali harga pakej lebih murah. Janganlah korang piki nak bergaya je time kawin sedangkan lepas kawin sengsara sebab bayar hutang kawen.. ( bagi aku..selalunya pengantin perempuan kene lebih toleransi ok )
2. Beritahu trikh majlis kawen korang dekat orang kampung. Macam aku duk felda memang kena bagitahu pada orang yang pegang khemah, booking dewan ker ape ke. Dan hebohkan guna mulut dekat orang sekeliling untuk mengelakkan orang lain ambil trikh tersebut. Benda ni tuk pastikan majlis korang tu ada orang datang.. kalau x rugi semua makanan dan duit..huhu
3. Kalau pakai katering, booking katering dengan bayar deposit dahulu serta bincang jenis makanan yang nak dan pakejnya. Pastikan korang order lebih berbanding jumlah tetamu yang korang jemput. Contoh kad undangan 1000..jadi korang kne oder dalam 1200 ke atas. Sebab takot makanan x cukup untuk tetamu datang.. yelah..satu kad tu satu family.. ( aku pon risau )
4. Simpan duit gaji korang berdua atau duit gaji pengantin lelaki untuk membeli emas2 masa nikah tu. Masa upacara pembatalan air sembahyang. Nak senang beli je siap2 then suh mak korang pegang. Selalunya harga kos 1500 pon dah boleh dapat satu set emas tu.. tpi yg nipis punya..kalau modal korang lagi mahal dpatlah yang tebal punya.
5. Cari tukang gambar yang untuk dua2 belah pengantin.. sebab lagi berganda murah punya pakej die. Kalau korang ada sdre ke kawan2 ke lagi elok..sebb harga lagi boleh murah. Yang aku sarankan, x perlu ambil pakej yang dapat album beriya2 tu.yang kaca lah apalah sebab tu smua trick tukang gambar tuk dapat harga mahal.. sedangkan lepas kawen, album n gambar tu bawah katil.
6. Settelkan ambil ujian apa yang patot di hospital 3 bulan sebelum tu.. ujian darah.ujian talasemia ke..ujian hiv ke..yg penting tuk dapat kelulusan nikah tu kan.. yg ni memang akan nerves kan..aku pon x boleh bayangkan..
7. Buat permohonan untuk bernikah..yang ni aku belum khatam habis..yang aku tau boleh guna on9 je sekrang ni.. senang sikit. Untuk permohonan ni mesti ada sebelum korang jumpa imam yang nak nikahkan korang ok.. dua2 pengantin kena.
8. Duit hantaran pada belah pempuan kenalah cukupkan ok.. mgkin kena bayar separuh dulu sebelum majlis dan masa majlis lagi separuh. Jangan datang2 umah perempuan duit x de. Hehe
Ok..sebenarnya ada lagi yang perlu korang ingat macam barang2 hantaran..kad kawin..beg2 nak bagi tetamu.. yg penting berjimatlah..ok chaw..
Notamulut : excited cerita sampai lupa nak kne p sekolah dah!
2 ulasan:
Kemaian jot list dalam blog.. Boleh guide aku nak nikah pasni.aminnn. Hahahaha -Nora-
Hahaa nora..ko baca lah...simpan..t senang..x lama jer lagi tu hahaha...ops.!
Catat Ulasan