Isnin, April 27

6 PERATURAN MAKAN YANG BETUL SELALU DILANGGAR


Salam... morning...

fuhh lama betul blog ni bersawang dohhh..

akhirnya hari ni aku tekadkan juga diri untuk update

( adoiiii smbil lap taik burung jatuh atas tudung )

hahaha.. okeylah..aku ni sebenarnya tengah diet

tapi selalu kecundang





sebab ada 6 peraturan makan yang betul dan ringkas

tapi aku selalu langgar

( eleh...korang pon cmtu kan )


Peraturan 1 : Makan pada masa lapar dan pastikan makanan terakhir 

yang anda ambil sudah terhadam dengan sempurna.

Aku langgar : Kadang-kadang smpai tak makan dari awal pagi sampai 

ke tengahari sebab nak jimat kalori. Dan aku tak boleh nampak 

makanan tu dah terhadam pun belum. Kadang2 makan tanpa berhenti 

sampai aku erkkkkkkk... hehehe..


Peraturan 2 : Makan mengikut jadual setiap hari untuk menjaga

keseimbangan. Contoh, sarapan, tengahari, minum petang dan makan

malam. Ada waktu yang telah ditetapkan. 

Aku langgar : Tambah2 aku ni masih solo kononnya ( tangan atas bahu)

konfom aku tak masak di umah sewa. Sekolah pulak sesi petang, agak2

pagi aku buat ape ???? ( ZZZZZzzzzz ) hahaha.. walaupun aku berusaha

kadang-kadang aku buat sarapan juga. makan ikut time tapi x kuruihh.

Sobab ade ngonyeh2 hahahha..


Peraturan 3 : Jika masih nak makan, tunggu 3-4 jam lagi, beri masa

untuk badan nak hadam.

Aku langgar : yang ni susah beb.. sebab bila dah kumpul ramai-ramai

makanan pon ramai huhuhu..


Peraturan 4 : Bila lewat malam, jangan ambil makanan yang berat 

atau dalam jumlah hidangan yang besar. Contohnya ambil makanan 

seperti sekeping sandwich atau biskut gandum agar tidur nyenyak.

Aku langgar : Yang pelik tu, kalau lewat malam aku tetibe lapar, 

kena bantai makan juga apa yang adalah. lagi2 kalau dah buat kerja

lewat malam...fuhhhh memang dasyat mengganas. ni mesti salah

perut sendiri ni..biase die !!!!


Peraturan 5 : Pilih makanan yang dimasak tidak lama sebab nutrisi

masih ada.

Aku langgar : Makan kat luar, aku tak pasti la abe yang masak tu 

lama atau kejap. Pendek kata, makanan aku semua x ok..wuaaaaa


Peraturan 6 : Elakkan mengambil makanan yang sudah lebih 24 jam 

telah dimasak sebab berkemungkinan nutrisinya berkurangan dan 

mungkin tercemar.

Aku langgar : yang ni susah sikit. Orang cakap lauk yang makin

diperangat lagi sodapp..hahaha tapi betul juga ek..


hah..tu baru 6 je peraturan makan yang betul dan yang umum lah.

Kalau aku memang markah aku 0 lah,,, patot x turun2 berat

Aku rasa aku perlukan team lah..atau ada yg membaca ni berjaya

bolehlah tunjuk ajar aku wuaaaaa..



notamulut : alamak !!! nak siap p sekolah. cawww



2 ulasan:

Siti Aisya Ibrahim berkata...

ahhahahha :D kita dtg blogwalking sini yer... datang dari jauh ni, datang dari jerman tau...nnt free2 jemputlah datang 'rumah' kita plak tau :D

Unknown berkata...

oiii jauh bebenor nak p Jerman aisya hihihi... time kasih singgah, tapi sori x dapat duit raya eh!