Isnin, Mac 30

REFLEKSI MENJADI PENGADIL BOLA JARING


Salam...

pehh letih gua menekadkan hati untuk update blog

(kahkah...ni nasib baik line laju tetiba)

eh, line celcom di bandar uda ni memang hampeh ke?

sebab aku antara pengguna celcom

(auwwwww adohhhh selipar sape kena kat kepala aku ni!)

yolah yolah aku terus pada tajuk hehe

Baik, untuk pengetahuan pembaca aku

Hari tu, sekolah aku menghantar nama aku menjadi pengadil

Pengadil bola jaring peringkat zon 

dekat mana, korang kena lah pepandai agak aku kat mana haha

okey, dan aku cikgu baru posting.

jadi, di bawah antara aspek refleksi yang aku nak kongsi:

1. KEKUATAN :

  • meningkatkan daya keyakinan aku.
  • membuatkan aku mengingat kembali segala apa yang aku dah belajar dan yang diberitahu dalam kursus kepengadilan di ipg dulu.
  • dapatlah punca duit sikit. (bayaran dibayar ikut berapa game kita jadi pengadil)
  • boleh lihat senior2 pengadil untuk timba ilmu

2. KELEMAHAN :

  • aku perasan yang bahagian pelanggaran, body contact banyak sangat yang aku tak perasan.
  • gerak kaki yang jenis meluncur ke depan atau belakang (sebab buat dalam dewan, licin)
  • adalah cikgu2 yang bawa budak sibuk nak pertikaikan keputusan aku. aku takkan tiup wisel kalau aku tak nampak salah dengan terang. cuma kelemahannya mungkin aku salah mengkategorikan salah tersebut atau tak menengking kat budak apa salah mereka.
3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

  • wahai cikgu2 yang bawa budak bola jaring, dipersilakan bagi nama anda untuk jadi pengadil. Kalau tidak, baik ko diam! Keputusan pengadil muktamad. Namun, pemain boleh datang jumpa pengadil tanya sebarang ketidakpuashatian.
  • pemain perlu pakai kasut yang sesuai untuk bermain dalam dewan.
4. TINDAKAN SUSULAN :

  • aku teringin nak kelola budak bola jaring sekolah aku tahun  depan.
  • untuk jadi pengadil lagi, aku tak tahulah. sebab perlu tambah baik segala kelemahan dahulu.

Tu sahaja refleksi aku, yang aku pasti aku gembira dengan tugas tersebut sebab aku seronok tengok budak kecik2 main.hehe

Gua tak serik tetapi gua perlu powerkan ilmu gua balik. 

Sesungguhnya aku hormat semua pengadil dalam permainan.

Antara sebabnya :

- Dia berani jalankan tanggungjawab.

- Seorang yang peka sebab pemain main macam lipas kudung tidak kiralah main terabur atau licin.

- Seorang yang fit sebab berlari ikut bola.


Semoga semua dapat ikhtibar. Pendek kata, korang cubalah jadi 

pengadil sekali dalam hidup. Pasti korang paham.







notamulut: Bulan ni takde cuti sekolah panjang wuaaa

 

Tiada ulasan: