Isnin, Mei 4

HAKIKAT HIDUP BERJAUHAN (-.-)


Selamat malam geng.

Malam ni aku nak kongsi tentang pengalaman aku

Pengalaman ni memang semakin lama

Semakin kerap pula aku alami

( hakikat hidup berjauhan )



hahh tu,, tu dia pengalaman tu 

Maksud aku tak kisah lah bagi pasangan berkahwin

yang dah ada anak2 atau masih belum

dan juga pasangan bertunang atau bercinta

Betulke orang cakap cinta jarak jauh ni susah nak bertahan ?

( aku tergolong dlm hubungan ni )

tapi ni lah pengalaman aku nak kongsi...

Tadi aku lihat seorang ibu bawak anak-anak menaiki bas

Kenalan yang aku kenal, terpaksa berjauhan dengan suami

Dan lagi satu isteri dan anak-anak menghantar suami 

Menaiki bas untuk pergi berjauhan mencari rezeki

Kalau lah, nak cakap cinta jarak jauh ni x bertahan ?

Camana 2 pasang kluarga tadi aku tengok bahagia je hidup

hahahah adoiii aku pun susah nak kata lah..

Bagi aku dekat atau jauh ada pro dan kontranye kan

Pendek kata : yang di bawah untuk hubungan jarak jauh :

  • Pasangan jarang jumpa akan kurang berselisih pendapat, rasa rindu makin kuat dan sayang makin sayang.
  • Perasaan tak sabar nak jumpa berdebar2 sentiasa
  • kadang2 penuh curiga dalam hati mengenai pasangan masing-masing
  • kadang2 berasa bosan sehinggakan mungkin terbabas dengan mencari keseronokan semasa berjauhan
  • Tapi jika setia, saling percaya, saling cinta, saling jujur, jarak jauh tidak berjaya membuatkan cinta itu terputus.

Pendek kata : yang di bawah untuk hubungan jarak dekat :

  • bertekak sentiasa tentang sesuatu perkara remeh
  • malas nak pandang muke, hari2 berjumpe
  • tiada suprise yang terpikir untuk buat sebab hari2 sudah berjumpa
  • rasa gembira dapat lakukan semua benda bersama-sama
  • menjalani kehidupan masing2 dengan semangat sebab setiap malam dapat semangat ( opssssss ) 
  • Tapi, jika masih tidak setia dan tidak menghargai antara satu sama lain, boleh membuatkan hubungan renggang tanpa sedar.

Hah itulah.. tapi sebenarnya tu terpulang kepada pasangan masing2. 

apa yang penting, setia, jujur, sayang dan memohon pada Allah

supaya hubungan itu kukuh seperti mana hubungan kita denganNYA.

pehh giler mood ape aku malam ni kan hahahah

okeylah blah.. selamat bercuti pada semua. esok sambung kerja !



notamulut : Semoga semuanya berjalan dengan lancar.


2 ulasan:

Siti Aisya Ibrahim berkata...

betul jugak yer...org ynag cinta jarak jauh ni normally kurang sikit bertekak kan...sebab jarang jumpa...kehkehkeh :D mcm betul jugaklah :D

Unknown berkata...

macam sama je kiter ni ? hehe tapi sana Jerman mesti lain kan hehe