Assalamualaikum
Peh berhabuk dah blog gua ni
Sobab eh....hurmm
Panjang citernye.. aku sangat la busy
Yo..tajuk aku hakikat kerja guru
Baik sebelum aku cerita, sebelum tu aku nak mintak ampun
Pada pihak yang terasa
Sebab ni hanya keluhan dan pendapat peribadi aku
Okey... bagi aku sekarang satu je
Cikgu ialah orang yang nak mengajar murid2
Fungsinya mengajar dalam kelas mahupun mendidik aspek JERIS murid
Dari segi rohaninya dan sebagainya
Setiap guru mmg nak kan anak murid dia menjadi seseorang
Bagi aku sendiri..aku nak anak murid aku berjaya
Dalam apa yang die masuk dan belajar
Walaula murid tu mmg lemah tapi aku pastikan dia ada arah tuju
Ada pekerjaan yang die minat dan mahir
Pendek kata dia boleh hidup!!
Tapi..masalahnya.
HAKIKATNYA. GURU TERLAMPAU BANYAK KERJA YANG BUKAN KHAS UNTUK MENGAJAR
contoh :
1. Buat minit mesyuarat dan laporan program
2. Buat kad jemputan tuk sesuatu program
3. Buat borang2 berkaitan ketidakhadiran murid
4. Buat borang2 urus buku teks
Dan sebagainya..yang atas ni semua aku dah merasa..
Ye.memang aku akui kerja guru serba boleh
Mmg semua guru serba boleh
Tapi bukan bermakna semua kerja bagi pada guru
Jadi bila masa guru nak buat persediaan mengajar dr segi ABM?
Bila masa guru nak tanda buku yang melambak
Bila masa guru nak susun masa untuk mengajar penuh semangat
Kalau..masa yang ade di sekolah sudah dipanggil buat ini
Buat itu..btulkan ini..buat sekarang
Nak jugak nak juga sekarang
Dalam hati juga ( aku ade kelas sekarang..ape aku nk buat dgn budak)
Dengan x sempat makan..minum.. allahh
Lagi2 cikgu sesi petang.. 2 waktu solat nak dikejar
Hurmmm astaffiralzimm..
Bukan aku mahu menunding jari..bukan aku mahu cari salah punca
Aku hanya luahkan perasaan dan sedikit terkilan
Sebab bila keputusan turun..siapa yang dipersalahkan ?
Guru itu sendiri insan biasa..ada suami isteri ada anak2
Bagaimana die nak urus semua.. hurmm
Aku memang pandang tinggi pada guru senior.
Tabik spring gua bagi!!
Jujurnya aku bersyukur menjadi seorang guru
Terpilih menjadi seorang guru
Namun, aku akan lagi bersyukur kalau kerja aku dapat fokus
Pada pengajaran dan pembelajaran murid
Sebab itu sebab aku menjadi guru...
Wahhualllam...
Notamulut: semoga diberi kekuatan untuk mendidik anak bangsa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan