Selasa, Julai 4

SELAMAT HARI RAYA 2017


SELAMAT HARI RAYA 2017 !

Wah wahhh giler krikk krik blog aku hahaha

Baru ada mood nak menaip petang ni

Sebab nak buat daftar Epsa

Tapi EPSA xmau aku hahah ( network error jerr)


Lama sangat aku tak menaip

Alhamdulilah ummu aqilah dah 1 tahun dah

Masih tiada gigi

Dah berjalan tapi belum stabil lagi.

Dia jadi sangat manja dan mula nampak tantrum dia

huhuhuhu menangis rasanya kalau dia mula buat perangai

Tapi, dialah kegembiraan kami suami isteri.


Bagi kawan yang masih tiada rezeki,

kami sekeluarga doakan kamu juga dapat rezeki kelak.

Sebenarnya aku pon takda idea sangat nak taip

Cuma sekarang duk pening nak buat makanan ummu

Ummu checkup 1 tahun, berat dia tibe2 maintain

Sedangkan selama ni checkup naik ja, walaupun dia budak yang kurus.

Jadi, hari ni baru hari kedua aku cuba nasi lembek.

Yup tekaan aku tepat, dia x mahu bubur dah.

Cuma baru 2 menu ni yg aku masak.


1. Nasi lembek + ikan kembung singgang + Epal

Cara-cara masak ikan ( 3 ekor ):
- tumis dengan minyak sikit bawang merah, putih, halia, kunyit. Letak 1 batang serai yang diketuk.
- tumis sampai naik bau. letak lobak potong dadu sikit.
- masukkan air secukupnya. Tunggu menggelegak. Baru masuk ikan.
- Dah masak ikan, baru masuk asam keping kecil saja, dan cili api 2 btg je belah dan garam sikit.



DAH SIAP

Sarapan dia aku buatkan roti telur cheese sahaja. Potong dadu, sebab takde gigi.



2. Nasi lembek + sup telur sayur 

Cara-cara masak sup telur sayur ( 3 biji )

- Tumis bawang putih, merah, halia sikit ja. Letak lobak potong dadu sikit.
- Tumis naik bau, kemudian masukkan air secukupnya. Tunggu menggelegak.
- Masukkan telur dan tunggu sampai telur dah cantik masak.
- Masukkan sayur sawi dan sedikit garam dan lada putih sikit. 


Setakat ni, tu jelah menu aku masak.

Aku n laki aku makan sekali untuk dinner..haha tu yg banyak masak tu.

Sesiapa yang ada resipi untuk baby 1 tahun, sharelah blog.

Sebabkan,, macam susah nak jumpa ker aku taip entah pape ! haha


OK, selamat hari raya semua

Maaf zahir batin !



mulutmembebel : raya sakan kami bertiga tahun ni, balas dendam tahun lepas berpantang !



Tiada ulasan: