Isnin, Mac 30

REFLEKSI MENJADI PENGADIL BOLA JARING


Salam...

pehh letih gua menekadkan hati untuk update blog

(kahkah...ni nasib baik line laju tetiba)

eh, line celcom di bandar uda ni memang hampeh ke?

sebab aku antara pengguna celcom

(auwwwww adohhhh selipar sape kena kat kepala aku ni!)

yolah yolah aku terus pada tajuk hehe

Baik, untuk pengetahuan pembaca aku

Hari tu, sekolah aku menghantar nama aku menjadi pengadil

Pengadil bola jaring peringkat zon 

dekat mana, korang kena lah pepandai agak aku kat mana haha

okey, dan aku cikgu baru posting.

jadi, di bawah antara aspek refleksi yang aku nak kongsi:

1. KEKUATAN :

  • meningkatkan daya keyakinan aku.
  • membuatkan aku mengingat kembali segala apa yang aku dah belajar dan yang diberitahu dalam kursus kepengadilan di ipg dulu.
  • dapatlah punca duit sikit. (bayaran dibayar ikut berapa game kita jadi pengadil)
  • boleh lihat senior2 pengadil untuk timba ilmu

2. KELEMAHAN :

  • aku perasan yang bahagian pelanggaran, body contact banyak sangat yang aku tak perasan.
  • gerak kaki yang jenis meluncur ke depan atau belakang (sebab buat dalam dewan, licin)
  • adalah cikgu2 yang bawa budak sibuk nak pertikaikan keputusan aku. aku takkan tiup wisel kalau aku tak nampak salah dengan terang. cuma kelemahannya mungkin aku salah mengkategorikan salah tersebut atau tak menengking kat budak apa salah mereka.
3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

  • wahai cikgu2 yang bawa budak bola jaring, dipersilakan bagi nama anda untuk jadi pengadil. Kalau tidak, baik ko diam! Keputusan pengadil muktamad. Namun, pemain boleh datang jumpa pengadil tanya sebarang ketidakpuashatian.
  • pemain perlu pakai kasut yang sesuai untuk bermain dalam dewan.
4. TINDAKAN SUSULAN :

  • aku teringin nak kelola budak bola jaring sekolah aku tahun  depan.
  • untuk jadi pengadil lagi, aku tak tahulah. sebab perlu tambah baik segala kelemahan dahulu.

Tu sahaja refleksi aku, yang aku pasti aku gembira dengan tugas tersebut sebab aku seronok tengok budak kecik2 main.hehe

Gua tak serik tetapi gua perlu powerkan ilmu gua balik. 

Sesungguhnya aku hormat semua pengadil dalam permainan.

Antara sebabnya :

- Dia berani jalankan tanggungjawab.

- Seorang yang peka sebab pemain main macam lipas kudung tidak kiralah main terabur atau licin.

- Seorang yang fit sebab berlari ikut bola.


Semoga semua dapat ikhtibar. Pendek kata, korang cubalah jadi 

pengadil sekali dalam hidup. Pasti korang paham.







notamulut: Bulan ni takde cuti sekolah panjang wuaaa

 

Isnin, Mac 2

PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS


Selamat malam.

Disebabkan aku baru je nak mula buat asaiment

( asaimen orang mintak tolong huhu )

dan aku pon dah beku dah nak buat

walaupun memang ada niat nak sambung master 

( puihhhhh betulke ni wehh )

baiklah, tajuk asaimen tu ada kene mengena dengan post ni

pendekatan dalam memahami karya teks

karya teks prosa atau puisi

atau bagi aku untuk semua benda lah

( kalau korang jenis memang nak menyelidik je hehe )

dekat bawah ni aku kongsi serba sedikit hasil peta i-think

yang aku kena buat masa sem bapa entah

tentang pendekatan memahami teks

hari ni aku kongsi dua benda pendekatan

dalam peta bawah ni menunjukkan persamaan dan perbandingan

antara pendekatan struktural dan mengalami menghayati :

 




Kalau korang tak paham, dekat bawah ni huraian setiap satu.








Sebab apa aku pilih dua jenis pendekatan ni :

Dua-dua ni memang akan nampak perbandingannya

dan masing-masing ada kekuatan..

Alah, macam kitalah, kalau kita nak memilih putera/ puteri

mula-mula mesti kita tengok struktural die kan?

cantik ker...ensem ker...ade gigi ker..ada mulut ker..

bergaya tak..

( hahaha sape punya perangai la ni )

tetapi, kalau kita nak pilih putera/puteri ikut pendekatan mengalami menghayati

kita tak pandang semua tu, kita terima kawan

sebab orang cantik bukan semua baik hati

dan orang hodoh bukan semua hodoh hatinye

( ehh ape benda la aku melalut ni hah !!! )


okeylah geng...harap dapat bantu siapa yang mencari tentang pendekatan pemahaman teks ni..


notamulut : asaimen orang ke asaimen aku ni ??

 

Fenomena buli!


Bro bro bro tepi sikit

Ketepi aku cakap!

Kuang ajo ko kan, baru sampai dah berlagak!!!

( kalau sebut buli mesti kita piki situasi ganas camni )

Hehe hah sampai aku lupa nak bg salam

Assalamualaikum wbt

Aku hri ni nak citee lah pasal buli

Fenomena buli ni bukan hanya terjdi pada murid2 je

Cikgu2 pon ada hah

( gua x nak lah kata apa )

Sebenarnya post kali ni cuma aku nak bg semangat pada orang kena buli

Tak kisah la sapa2 pon

Kalau cikgu baru sama cam aku ni pon boleh

Dah nama pon cikgu baru kan

( tangan letak atas bahu..kihkih )

Apa yang perlu korang buat kalau kena buli :

● report polis kalau teruk

● melalak bg hilang perasaan sedih

● teruskan hidup..keje ko buat..keje tambahan buli ko buat..tp pentingkan dan dahulukan mana yg penting

● ingat mak bapak

● belajar ikhlaskan hati

Kak, sup sayur pedas siap!!!!

Opsss alamak..menu bungkus siap dahh

Oklah...aku caw dulu..sori post entah pape..

Cuma yg aku nak korang paham

Pedulikan buli tu, teruskan kehidupan..sebab diorang cemburu !!!


Notamulut : aku kuat demi niat aku bekerja..insya aalah.