Khamis, Februari 26

Kerja guru mudah ?


Selamat petang geng.

Hari ni soalan cepu cemas !

BETULKE TUGAS GURU MUDAH ?

betulke?

Siapa angkat tangan?

Siapa yang mengangguk ?

Hah spe spe..meh sini aku sekeh kepala ko

( ops kan dah garang membe )

Aku bukan apa..aku salah seorang guru rendah

Walaupun aku baru bekerja

Tapi mmng dari ipg kitorang dah didedahkan serba sikit

Supaya terbiasa

Bila dekat sekolah betul, aku dah mulai rasa

Letih beb..letih..

Oklah..kat bawah ni senarai untuk tugas yang aku dah dapat sejak 3 minggu lepas :

● guru kelas tahun 2

● guru penasihat bola jaring

● guru penasihat puteri islam

● guru mata pelajaran

● guru penasihat persatuan bahasa melayu

● guru kelab doktor muda yang kena p mesyuarat peringkat daerah

● ajk persembahan untuk majlis persaraan guru besar

● ajk sijil untuk sukan tahunan

● pegawai sukan daerah zon

Hah amekaw...tu baru 3 minggu tau..

Dan kalau korang tau setiap satu tu bukan sekali kerja..

Maksud aku sebelum..semasa dan selepas

Ishhh tu aku belum cite detail setiap satu


Cuma sekarang aku haraplah sesiapa yang anggap tugas guru mudah

Baik korang piki dalam2..dan kalau boleh rasa sendiri

Barulah boleh nak kutuk..


Notamulut : doakanlah aku menjadi seorang guru yang ikhlas.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jot kuat! Lillahitaala jot

Unknown berkata...

Haha tq...insya allah..

Lain kali log in guna email eh tanpa nama :)