Jumaat, Januari 30

Pengalaman bekerja sebagai guru di JOHOR BAHRU


Assalamualaikum wbt..

( air mata bergenang mengenangkan nasib )

Pengalaman menjadi seorang guru di JB

( bandar bebb bandar )



Huhu apa lah yang aku melalut ni kan..

Aku baru je dapat tempat posting di johor bahru

Salah sebuah sekolah rendah di daerah johor bahru

Kali pertama aku dapat tau ja negeri penempatan

Terus menangis macam orang gila..x tahu sebab apa

Tapi hati ni sedih sangat sebb bukan 3 pilihan negeriku

Namun aku gagahkan juga demi kerja ku

Demi rasa untuk cari pengalaman bekerja di johor bahru

Jadi buat smpai hari ni 

Aku belum ada lagi pengalaman menjadi guru sebenar

Esok baru bermulalah karier ku di sekolah

( sok cuti tpi ada majlis anugerah dan mesy. Pibg )

Cuma, post aku kali ni nak beri peringatan sikit

Peringatan kepada sesiapa yg nak posting menjadi guru

( maksud aku keluaran ipg ok )

Korang kenelah sedia mental 

Sebab aku dapat tahu penempatan negeri pd tarikh yg dah diuarkan

( tapi trikh tu selalu ja x kena tepat )

Tiba2 korang akan dapat tau daerah mana dan trikh lapor diri

Disitu bila2 masa saja korang kne terus berangkat

Macam aku..maghrib dapat tahu kputusan daerah

Pkul 10 pagi esoknye kena ada dah kat daerah

Bayangkan lah kalau korang x siapkqn dokumen yang diperlukan

Memanglah korang naya

Ahh dah dah..lepas ni kalau aku kongsi pasal kisah guru

Jangan ada yang nak termuntah pulak tau

( hehehe... tolong doakan saya di sini menjadi kuat )



Notamulut : semoga aku menjadi guru yang ikhlas dan mengajar dengan baik!





Selasa, Januari 20

Kesan pengambilan makanan pedas

Hah sapa dekat sini suka makan pedas ?



Angkat tangan, tak payah la nak malu atau hipokrit

Ehh asal tangan aku sebelah je taip?

Patotlah aku pon makan pedas kihkihh

Okey..pagi ni aku nak kongsi lah antara kesan

Kesan pengambilan makan pedas ni

Isi2 ni hanyalah dari pengalaman aku 

Kesan2 dari sudut positif dulu :

● makan akan jadi berselera

● konfom makanan tersebut akan habis licin sampai jilat pinggan

● suasana makan akan ada aura positif ja

● rasa kenyang akan segera rasa

● pembakaran metabolisme menjadi tinggi

● awet muda beb...sungguh aku ada terbaca dalam majalah

Hah..puas hati aku kongsi benda ni..bukan apa 

Aku baru ja kena kutuk sebab mintak mee goreng pedas

Tapi kan heheh aku mintak die bubuh 10 biji cili api dalam satu pinggan...

Haha...sodapppp huhu

Dekat sini juga aku knelah buh juga kesan negetif

Antara kesan negetif pengambilan makanan pedas :
( yang berlebihannya... lau x lebih pedas ok )

● boleh dapat appendix (ejaan salah aku rasa)..then kena operate

● mulut bau lada..t laki n bini takmau cium kihkih

● terkena cirit-birit sampai x boleh masuk makanan dalam perut

Hah... tu jelah sahabat2 ku..

Oklahh pesanan aku..makanlah pedas tapi jangan berlebihan

Notamulut : aku suka makan bihun sup yang kuahnya hitam pehh..




Ahad, Januari 18

Bekas pencetus ummah tiada tauliah


Assalamualaikum..

Wsalam cikgu sally ) korang cakap dalam hati

Tajuk tu memang gempak bila aku baca dekat surat khabar

Lagi aku gempak, orang tersebut dari n9

(Orang nogori den tu)

Lagi2 aku gempak, baru je minggu lepas dia bagi ceramah di masjid

Dan aku lah antara penontonnya huhu

Berita ni dikatakan bahawa beliau atau PU AZMAN masih tiada tauliah

Tapi dah bergerak ceramah 

Masalahnya, cuma beliau ni masih tidak dapat tauliah dari Mains

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan..

Jadi bagi aku, janganlah sampai ada fitnah yang kata dia wahabi

(Oiiii jauh simpang..tak baik kata org oo)

Aku bukan nak kata apa, berdasarkan pengalaman aku dengar dia ceramah..

Sangat2 best, seronok, terhibur dan penuh gurau

Teguran yang dibuatnya tu dekat dengan hati dan kehidupan kita

Maksudnya senang nak paham..bahasa mudah

Kalau aku jadi juri memang aku bagi die 4 bintang kihkih

Oke2. Balik pada tajuk

Dalam kes ni, pandangan aku satu ja

Manusia takkan lari dari melakukan kesalahan

Jadi, mungkin dia ni terlupa ke, xde masa ke atau cuai sebab

Dia tak mohon awal2 permohonan sijil tauliah dari Mains

Masa dia masuk ke dalam rancangan tb tersebut

Yang pihak lain seperti Mains sendiri terikat dengan prosedur

Yang pihak selain yg aku sebut tu

Macam bekas penonton ke atau orang tepi jalan ke

Atau makcik2 pakcik2 tu, janganlah nak cakap yg buruk2 pasal beliau

Cukuplah anda dan saya yg bercakap ni waspada

Yalah, waspada untuk mengikuti sebarang ajaran dari mana2 orang 

Pastikan mereka ada tauliah..terutamanya pihak penganjur

Kalau korang dah pon jadi bekas penonton

Tak salah amalkan yg baik dari ceramah diorang

Asalkan tak bercanggah dengan agama kita

Insya allah...aminnn


Notamulut : PU AZMAN tengah pun membuat permohonan tersebut..moga dipermudahkan..


Isnin, Januari 12

Gadis Melayu Suka Dicium oleh Artis -pop


Berita yang tengah hangat diperkatakan sekarang

Di media massa di surat khabar

Malah, di kalangan pak cik-pak cik yang duk ngeteh kat kedai

Aku baru je lepas tengok video yang tengah jadi viral sekarang ni

Mula-mula aku tak nak amik port

Yelah, takkanlah gadis melayu suka dicium, dipeluk 
dengan artis kpop

( bagi aku duk kampong ni hah, yolah..mne nak ade konsert kat klawang hehe )


Tapi, bila dalam berita kelua, ni dekat surat khabar pon kluar

Jadi, aku pon tengok sendiri video tersebut






Perasaan aku bila dikatakan gadis melayu suka dicium 
oleh artis k-pop :

  • Eii entah pape lah orang nak kata pasal melayu, ada je yang iri hati
  • Bila aku dah tengok, pehhh giler gadis2 melayu ni..hebat sangat ke artis k-pop tu
  • Ya allah, diorang ni tak sedar ni masa ni..jadinya perasaan malu dah takda

Cakap orang tua-tua yang tahu pasal ni :

  • Budak-budak sekarang tulah, minat dan gila sangat dengan artis k-pop
  • Pakai tudung pulak tu, kemain beriya
  • Kalau pakai tudung taklah Nampak sangat

Memang sungguh aku tak sangka la pasal ni
( masih aku terkejut )


Bukan sebab apa,setahu aku gadis melayu ni sememangnya 
ada rasa malu yang menebal

Sopan-santun, manis dan tambah-tambah lagi yang pakai tudung

Tudung tu kan dapat elak dari zina dan 

tudung tu ingatkan kepada pemakai supaya jangan buat 
benda tak elok.

Tambah-tambah lagi, apa kurangnya jejaka melayu dalam
dunia ni hah

Bukan tiada laki melayu yang elok, yang baik dan boleh 
dijadikan suami

Tapi, yang tu aku tak kisah sangat la kalau gadis melayu nak pilih siapa pun untuk berkahwin

Cuma, dalam kes gadis melayu suka dicium oleh artis k-pop ni

  • Aku nak kita yang sebagai pembaca atau pengulas dan lain-lain. Ambilnya jadi iktibar dan buat langkah berjaga-jaga supaya benda ni takkan berulang
  • Macam aku sendiri, aku ingatkan supaya aku ni taklah minat gile kat mana-mana artis
   ( nasib baik aku bukan peminat artis k-pop )


  • Pihak yang anjur konsert seperti itu mestilah menyediakan beberapa peraturan. Peraturan yang menjaga adab ketimuran kita lagi beb…

Contohnya tak perlu la nak buat sesi panggil peminat terpilih naik ke pentas

Buang masa beb

Sedangkan, yang lagi syok, kalau diorang mintak semua naik ke atas mintak tandatangan artis k-pop tu hah

Beratur macam budak2 sekolah tu pergi dari meja ke meja

Lagi elok hah
( muka riak nak mampus ni )



Notamulut : Sama-sama lah insafkan diri masing-masing…




Sabtu, Januari 10

Pembentangan Seni Suara


Selamat petang geng..

cuaca hari ni sungguh mendamaikan dan membuatkan 

aku teringat saat manis belajar di maktab.

dan nah, aku kongsikan sedikit pasal SENI SUARA

SENI SUARA ni aku belaja dalam subjek BM

Kesusasteraan Melayu aku rasa

( mana nak ingat, dah 2bulan gua menganggur )
































Perkara paling aku ingat, pensyarah yang mengajar subjek ni

beliau juga ketua jabatan Pengajian Melayu.

( main permainan nombor, ikut ketinggian dan lain-lain )


haha..semoga korang dapat info yang korang cari


notamulut : rindu belajar 


Jumaat, Januari 2

Tips tema bakal pengantin 2015


 Selamat malam
( ahh mne pegi idea aku ni )

Entah mengapa aku xde perasaan nak menaip
Kenapa dan mengapa

Arghhh kebodohan sungguh aku ni

Malam ni aku nak kongsi pemilihan tema pengantin
Benda ni aku dapat dari pemerhatian

Sebabnya insyallah
Jika dipermudahkan aku salah seorang bakal tersebut


 Tapi hanya nasihat aku :
Janganlah anda2 smua terlampau membazir
Terhadap mak andam atau baju pengantin
Sebab korang kene ingat korang duk atas pelamin x sampai 2 jam

( hehe tulah kan..tp mmg pmpuan mmg nak over )

Dan p survey dulu harga n pakej yang korang nak
Bandingkan hasil make up mak andam
Bandingkan juga baju2 pengantin
Bandingkan juga pelamin yg boleh dibuat

Macam kat jelebu ni..aku dapat rm 2k sahaja
Untuk make up nikah, sanding dua belah
Baju pengantin dua belah
Pelamin 2 gak..satu umah n satu dewan
Make up sanding gak ok

Ade orang kate lau murah nanti x cntik
( dlm hti aku cukupla skdr make up nipis )

Arghh melalut sungguh..sori geng

Aku harap korang pilih tema ape selain tu pon boleh
Sebab bukan org yg kawin..
Ko yg kawin!!

Tak kisah tema ikut tahun ke x..
Janji majlis selesai..akad nikah sah

Dan yg penting kwin tak berhutang huhu

Notamulut : sekejap je mse berlalu sampai x sabar nak posting.