Ahad, Januari 18

Bekas pencetus ummah tiada tauliah


Assalamualaikum..

Wsalam cikgu sally ) korang cakap dalam hati

Tajuk tu memang gempak bila aku baca dekat surat khabar

Lagi aku gempak, orang tersebut dari n9

(Orang nogori den tu)

Lagi2 aku gempak, baru je minggu lepas dia bagi ceramah di masjid

Dan aku lah antara penontonnya huhu

Berita ni dikatakan bahawa beliau atau PU AZMAN masih tiada tauliah

Tapi dah bergerak ceramah 

Masalahnya, cuma beliau ni masih tidak dapat tauliah dari Mains

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan..

Jadi bagi aku, janganlah sampai ada fitnah yang kata dia wahabi

(Oiiii jauh simpang..tak baik kata org oo)

Aku bukan nak kata apa, berdasarkan pengalaman aku dengar dia ceramah..

Sangat2 best, seronok, terhibur dan penuh gurau

Teguran yang dibuatnya tu dekat dengan hati dan kehidupan kita

Maksudnya senang nak paham..bahasa mudah

Kalau aku jadi juri memang aku bagi die 4 bintang kihkih

Oke2. Balik pada tajuk

Dalam kes ni, pandangan aku satu ja

Manusia takkan lari dari melakukan kesalahan

Jadi, mungkin dia ni terlupa ke, xde masa ke atau cuai sebab

Dia tak mohon awal2 permohonan sijil tauliah dari Mains

Masa dia masuk ke dalam rancangan tb tersebut

Yang pihak lain seperti Mains sendiri terikat dengan prosedur

Yang pihak selain yg aku sebut tu

Macam bekas penonton ke atau orang tepi jalan ke

Atau makcik2 pakcik2 tu, janganlah nak cakap yg buruk2 pasal beliau

Cukuplah anda dan saya yg bercakap ni waspada

Yalah, waspada untuk mengikuti sebarang ajaran dari mana2 orang 

Pastikan mereka ada tauliah..terutamanya pihak penganjur

Kalau korang dah pon jadi bekas penonton

Tak salah amalkan yg baik dari ceramah diorang

Asalkan tak bercanggah dengan agama kita

Insya allah...aminnn


Notamulut : PU AZMAN tengah pun membuat permohonan tersebut..moga dipermudahkan..


Tiada ulasan: