Selasa, November 8

PERKEMBANGAN BAYI UMMU AQILAH 5 BULAN


Alhamdulilah.. 

Anugerah terindah dalam hidup aku 

sudah mencapai umur 5 bulan.



Jadi, hari ni aku rajin sikit untuk update perkembangan beliau

Agar suatu hari nanti gua x lupa

sebab sekarang memang aku pelupa sejak mengandung sampai 

sekarang hahaha (sindrom mak2 macam aku kot! )


UMMU SEMASA 3 BULAN :

  • tiada perasaan untuk mengiring
  • masuk sahaja 3 bulan lebih, terus mengiring
  • dalam masa 2 hari, ummu dah meniarap
  • dalam masa 3 hari ke 5 hari, dia dah pandai terlentang sendiri tetapi on off

UMMU SEMASA 4 BULAN :

  • boleh meniarap dengan jayanya
  • boleh terlentang dengan jayanya
  • boleh kawal leher dan kepala
  • tidur mengiring dan meniarap sendiri
  • mengesot sedikit

UMMU 5 BULAN 2 HARI :

  • mengesot jauh ke depan ke kiri ke kanan atau ke belakang dengan cara menggolekkan badan.
  • mengangkat bontot dengan menolak lutut ke lantai.
  • berdiri tegak bila didirikan, tetapi akan lembekkan kaki bila penat dan mengantuk
  • selalunya sangat suka senyum bila didirikan, walau tengah menangis.
  • dah boleh diagah untuk senyum
  • menangis bila jumpa atau dipegang dengan orang tidak dikenali ( makcik2 pakcik dia sendiri)
  • ada juga orang yang luar bila pegang akan okey.
  • gatal gusi, sebab gigi dah nampak putih di gusi.


Ahad ni, checkup ummu 5 bulan

aku paling risau berat badannya sebab satu masalah utama UMMU

tak mahu puting tiruan, jadi dia kurang minum susu

sepanjang aku kerja

dan menyusu badan pun sekejap saja tapi tahan dalam tempoh lama


ALHAMDULILAH, doakan anak aku sehat membesar,

jadi anak solehah, baik hati, pandai dan lain2.


Kepada ibu belum ada rezeki, aku sekeluarga mendoakan semua wanita 

akan mempunyai rezeki itu kelak. dan percayalah

Bahagianya bila ada anak, mengandung, melahirkan, menyusukan, dan membesarkan.

Nikmat Allah, Amanat Allah , kita hargailah selagi dia bersama kita.





notamulut : still bloging!


PERKEMBANGAN BAYI UMMU AQILAH 5 BULAN


Alhamdulilah.. 

Anugerah terindah dalam hidup aku 

sudah mencapai umur 5 bulan.



Jadi, hari ni aku rajin sikit untuk update perkembangan beliau

Agar suatu hari nanti gua x lupa

sebab sekarang memang aku pelupa sejak mengandung sampai 

sekarang hahaha (sindrom mak2 macam aku kot! )


UMMU SEMASA 3 BULAN :

  • tiada perasaan untuk mengiring
  • masuk sahaja 3 bulan lebih, terus mengiring
  • dalam masa 2 hari, ummu dah meniarap
  • dalam masa 3 hari ke 5 hari, dia dah pandai terlentang sendiri tetapi on off

UMMU SEMASA 4 BULAN :

  • boleh meniarap dengan jayanya
  • boleh terlentang dengan jayanya
  • boleh kawal leher dan kepala
  • tidur mengiring dan meniarap sendiri
  • mengesot sedikit

UMMU 5 BULAN 2 HARI :

  • mengesot jauh ke depan ke kiri ke kanan atau ke belakang dengan cara menggolekkan badan.
  • mengangkat bontot dengan menolak lutut ke lantai.
  • berdiri tegak bila didirikan, tetapi akan lembekkan kaki bila penat dan mengantuk
  • selalunya sangat suka senyum bila didirikan, walau tengah menangis.
  • dah boleh diagah untuk senyum
  • menangis bila jumpa atau dipegang dengan orang tidak dikenali ( makcik2 pakcik dia sendiri)
  • ada juga orang yang luar bila pegang akan okey.
  • gatal gusi, sebab gigi dah nampak putih di gusi.


Ahad ni, checkup ummu 5 bulan

aku paling risau berat badannya sebab satu masalah utama UMMU

tak mahu puting tiruan, jadi dia kurang minum susu

sepanjang aku kerja

dan menyusu badan pun sekejap saja tapi tahan dalam tempoh lama


ALHAMDULILAH, doakan anak aku sehat membesar,

jadi anak solehah, baik hati, pandai dan lain2.


Kepada ibu belum ada rezeki, aku sekeluarga mendoakan semua wanita 

akan mempunyai rezeki itu kelak. dan percayalah

Bahagianya bila ada anak, mengandung, melahirkan, menyusukan, dan membesarkan.

Nikmat Allah, Amanat Allah , kita hargailah selagi dia bersama kita.





notamulut : still bloging!


Ahad, Ogos 14

PENGALAMAN BERSALIN UMMU AQILAH





Dup dap dup dabb..

Bagi kebanyakan orang, nak bersalin pasti rasa gemuruh

camna baby nak keluar?

camna rasa sakit nak bersalin ?

apa tanda yang nak bersalin ?

dan macam2 lagi..

tapi yang aku pulak lain

berdebar aku ialah aku xnak bersalin di JB

AKU BERDEBAR2 DOA SELALU JGN BERSALIN DI JB

aku nak bersalin bila aku dah sampai kampung

N9 tercinta di jelebu kampung mak bapa

Ya lah,, masa tu aku PJJ dekat laki aku

susah nak uruskan nnti bila bersalin di JB

DAN alhamdulilah, allah makbulkan doa. 


PENGALAMAN BERSALIN :

RINGKAS DAN PENDEK : Kena tahan wad 2 hari 1 malam tp x bersalin

haha adoi ( spe baling selipar ni )

okey2.. masa tu aku keluar tanda lendir coklat biasa

melekat kat spende sikit je

pastu dia keluar lendir putih jernih pulak

dan sampai 1 hari tu, aku muntah2 truk

masuk apa pon, tmsuk air pon, mesti muntah balik

tambah dgn sakit mcm nak dtg bulan tu, tapi biasa2 je lg

cuma muntah tu dr pagi smpai ke 10 mlam

dan akhirnya aku tewas, pg ke hospital

masa tu cek dah bukak 2 cm, dan pinggang aku kecut 

sebab muntahh yg teruk hinggakan tekanan darah aku 180, baby 160

kenelah tahan wad terus,, doc kate tunggu sakit kuat

atau pon tanda pecah ketumban


TUNGUUU... TUNGGUUU.. GOYANG KAKI

esok malamnye keluar lendir coklat yang pekat dan berlendir

ok yg ni babak kelakar 

aku pg kencing, bila basuh, aku rse ade benda dkt tut

(lubang lah )

rasa cm lendir, igt biasa,, aku pon basuh dan bilas

bilas pnye bilas,, bnde tu x tanggal2 x tangaal, lama la

dalam toilet tu,, smbil menahan kdg2 sakit kontraksi tu dtg

tibe2 nurse panggil, sbb tme die nak cek biasa

die kata dah 2 x die dtg, aku msih dlm toilet,

aku pon katalah ade bnde lah kak, tak xtanggal

haha..pnyelah gabra nurse tu jerit,, jangan tarik 

jangan teran,, dah bngun p bilik bersalin

die nak tgok

hahahahahaha adoii, sekali lendir coklat lah

aduihh malu je,, tp mmg nurse tu yg terpakse 

tarik dan korek skit bg keluar

lendir coklat bercampur darah yg pekat dan berlendir

hahaha..sabo jelah

diorg cakap tu tandalah, nnti klu keluar lagi xpe,

pakai je balik pad sekali spenda,,nanti die ttgal sendiri

hahaha malu siutttt



sampailah esoknye, doc cek pagi, sakit kontraksi main2 lg

dan aku x de plak sakit kuat

die offer aku balik rumah dulu

apa lagi aku pn stuju yahoooooo

lepak2 dkt rumah, pkul 5 ptg tu, nak tidor.

masa tulah aku perasan sakit kontrksi tu kerap dan lama

kira basah bantal gaklahh

mula 7 minit kemudian dh nak maghrib selang 5 minit

orang nak berbuka, mak aku suh p mandi dulu

( yg lain smua ckp lama lg tu, biasa la skit)

aku pn ajak laki aku mandikan, aku duduk je

sebab bla skit tu dtg, mmg mggigil than smbil pgang ape yg terdekat

pastu aku cakap aku nak terberak rse,, 

aku pn duduk kat mgkuk duduk, smbil layan2

dh agak lme, masih x keluar ( x teran ), aku pon siap

buka sekali dgn klga tp mnahan sakit

bihun sup mak aku selalu aku gila, hanya kuah je aku hirup

last2 akak aku bancuh madu ngan air suam dan minum

malam pkul 9. 30 pg hospital, sekali cek 


kangkang je, hah tu kepala baby..( dah 9 cm )

alhamdulilah, kelam kabut nurse atau bidan bersiap

dn tepat 10.30 mlam aku bersalin

taraaaaa.... selesai!

proses meneran biarlah hanya aku yg ingat dan rasa

( laki aku pon merasa )

kemain panjang lebar, kenangan terindah bg aku. 

aku doakan semua yg membaca post ni selamat 

selamat melahirkan anak dengan senang,

selamat menerima rezeki anak

selamat mengandung bg siapa yang belum.



ok assalamualaikum



notamulut : gmbar anak di fb ye, ni pakai PC lain. gracias



Isnin, Julai 18

UMMU AQILAH ♥


Tong ting tong !!!!!

Siapa di dalam ?

Aku di luar !!!

Adoiiiii... ok2 lah oklah aku mengaku

Blog dah penuh dengan sawang labah-labah

Huhu.. bukan ku sengaja melarikan diri

Bukan ku sengaja mendiamkan diri tetapi

Tetapi aku tidak cukup tangan untuk menaip

Tambah pula laptop yang rosak dan belum sempat dibaiki

Hehe.. okeylah pendek kata

Aku cuma dah selamat bersalin pada 7 hb 6 yang lalu

Dan sekarang masih berpantang 44 hari

Di mana hari rabu ni habis pantang yeeee

Anak aku girl dan alhamdulilah.. 



Namanya ummu aqilah bt azlanshah ♥

Selamat datang syg ke dunia

Di kesempatan ni..aku nak ucapkan selamat hr raya

Maaf zahir batin 2016 ! 

Haha punyala dah lapuk ucapan

Dahla xde idea lagi nak kongsi

Okey jumpa di lain catatan





Nota mulut : perasaan jadi mama memang teruja. Alhamdulilah



Selasa, April 26

PERANGAI MANUSIA


Pelik...pelikk... pelikk

Betul orang kata rambut sama hitam

Hati lain-lain

PERANGAI MANUSIA

Baik..aku ceritakan kejadiannya

Hari ni sekolah aku Koko pagi 

1 murid 1 sukan dari 7.30 ke 8.30 pg

aku ni guru sesi petang, tapi 

Aku tak pernah pon ponteng lagi

Melainkan aku MC pada hari selasa tulah

Baik, ikutkan pagi ni memang aku x datang 

sebab kawan aku yang pergi sekali harini cuti

dan aku yang sarat mengandung tak larat untuk bawa kereta

2x pergi balik untuk hari ni

maksudnya datang pagi balik,, tengahari datang, petang balik

Then, aku pon telah menyerahkan tugas kepada sorang akak

tugas tu ialah kertas mahjong murid buat

Yup, kalau ikutkan dan 3 mnggu aku kelola aktiviti tu

Perbincangan, bentang dan kuiz

sebab sekarang kan kena buat dalam kelas

cuaca EL-NINO

Mereka tinggal nak mintak 3 kumpulan lagi yang bentang

ITU SAHAJA


Tiba-tiba.... aku datang sekolah tengahari

akak tu carik aku, dan tanya, ko x datang pagi tadi sebab ape

aikkk..pelik aku, sedangkan dan beritahu die

Rupa-rupanya akak2 yang senior dr die,, semua soal siasat dia

HAHAHAHAHA Astaffiralzimmm

Pelik..pelikkk



Sebab apa yang aku pelik :

  • Semua akak2 tu tahu je aku memang ada masalah spoting n bleeding masa mengandung
  • bila aku datang, semua manis muka kata, takyah datang.. kejap je 1 jam, nanti nak dtg lagi.
  • dan rumah sewa yang skang 15 minit perjalanan pergi 15 minit balik 
  • kereta manual
  • Kerja budak aku dah beri, tinggal nak kelola
  • pelik sebab kenapa orang sibuk nak pentingkan taraf senior... guru baharu.. budak baru
  • sibuk bercerita pasal orang, sedangkan ko sama je

Pendek kata la kan, perangai manusia

takpe, insya allah..Allah tahu sebab apa aku tidak dapat dtg

dan Allah tahu hati kita bekerja camana

mulut orang takleh nak jaga

so.... mulut membebel dalam hati ja


kihkihhhhh


notamulut : ingatan pada diri sendiri supaya tak buat dekat adik2 guru yang lain.



Selasa, April 19

CARA MENJAGA KENAIKAN BERAT BADAN SEMASA HAMIL


Pehhh berkurun la tak menjenguk blog gua ni

huhu bukan apa, aku tiada masa dan......

laptop buat hal.... terus aku kena buat kerja dekat sekolah

( adoiiiiiii! sapa baling kasut ni ! )

opssss.. lupa bagi salam..ye lahhh yelahhh..

ASSALAMUALAIKUMM................

Tajuk aku : Cara menjaga kenaikan berat badan semasa hamil

yup... pastinya aku sentiasa alert dengan berat

before kawin. akulah orang yang sibuk pasal berat

nak kawin pon sama, sibuk jaga, walau berat turun 2 kilo 

walau body tak nampak pon kurus

stil nampak chubby, tapi aku bahagia

lantaklah aku kan, sebab aku yang rasa badan aku ringan 

hahahaha

DAH, OKEY, MASA MENGANDUNG NI AKU DAH 2X MINUM AIR GULA

HAHH???? SO KO NAK SHARE APE?????? 

dah minum air gula, ko ingat ko slim ?????

huhu sabo2 sabor,, okey before aku hamil berat 65 kg

dengan ketinggian 161 cm.. so kiralah BMI AKU?

Bila BMI aku dah macam tu, so ofkos la masa hamil, aku memang obes?

Yerlah...bawak sorang lagi manusia dalam perut

Tapi alhamdulilah, aku baru sahaja naik 6 kilo

Dalam masa kandungan masuk 8 bulan

Sebab 1 minum air gula : BMI aku mmg obes masa awal hamil

Sebab 2 minum air gula : Satu bulan aku naik 5 kg

hahaha... terkejut ko... bila kenaikan kita mendadak, 

memaNG AKAN DAPAT DATE AIR GULA NEXT bulannyer!

sedangkan bulan2 seterusnya, berat aku menurun menurun

okey... jadi ni berdasarkan pengalaman aku

aku kongsi apa yang aku buat untuk jaga berat tak naik

banyak sepanjang hamil :

  • Makan 2 x nasi, tengahari dan malam dalam kuantiti sikit
  • minum air masak yang banyak, dpt 1.5 liter pon ok
  • selitkan buah dalam diet seharian
  • kerapkan makan tetapi sikit, macam aku tambah minum petang
  • jaga nafsu makan benda manis, choclate dan lain2
  • bila larat buat zumba ringan, naik tangga ringan

PALING PENTING, KAU JANGAN INGAT KO MAKAN UNTUK 2 ORANG!!!!

KO HANYA PERLU TAMBAH ATAU TUKAR CARA MAKAN.

CONTOH PENGAMBILAN BUAH, MINUM SUSU 2X SEHARI, SELITKAN SAYUR

AMALKAN MAKAN KURMA DAN YANG ELOK2 YANG LAIN2

dan alhamdulilah,, mungkin aku takde teringin teringin..

mungkin sebab aku LONE RANGER MUMMY!!!!!


klah, chaw!!!!







notamulut : pejam celik pejam celik, i'm waiting 4 u baby!




Jumaat, Mac 18

SPOTING & BLEEDING SEPANJANG HAMIL


Alhamdulilah...

Dah bersawang gua punya blog oiii

Ni semua salah kerja yg melambak2

Plus aku yang pemalas! Kihkih

Macam2 yang berlaku dlm masa aku tak update ni

Nak crita pon tak tahu nak mula dari mana

Tapi tajuk aku pasal SPOTING & BLEEDING

yup..aku akan citer pasal 2 bnde ni dulu

Ni berdasarkan pengalaman gua sendiri

Hah ape ????? Aku mengandung???




Iyoooo... alhamdulilah rezeki yg tak dijangka

Tiba2 jer.. dan terkejut i u alll

Menangis juga la bulan prtma atas alasan trtentu

Tapi aku percaya,ALLAH takkan beri rezeki anak

Melainkan ALLAH tahu memang inilah masanya

So... baby.. welcome to our life mmuaxxxx

Hahaha..dah melalut gua

Okey, ini baby 1..dan aku takde pengalaman

Bagi masa mula2 awal2 hamil,

Bulan 1, 2, 3 , 5 dan 6... memang aku msih kena spoting

Maksdnye coklat yang ade secalit je atau 

Hampir spruh atau penuh pantyliner yang dipakai

Masa keluar bnde tu, dh bpe kali pgi klinik

Bila di scan, alhamdulilah baby kuat

Kandungan semua ok..bukan sebab uri di bawah

Bukan sebab kandungan lemah

Itulah yg dikata doc...dan mcm biase kene rehat

Maksdnye diberi mc lah kan huhu

Dan sepanjang 6 bulan dh mengandung

Dan 3 kali aku bleeding maksdnye keluar fresh blood

Hah yang ni siyes menakutkan..dan menyeramkan

Masa pertama kali klua fresh blood, 

Terus pergi kecemasan, dan hurmm ohh tidakk

Iyer...aku dh ada pengalaman diseluk guna mulut itik tu

Pehh waktu tu..aku tawakal jerlah

Dalam hati aku..mmg ar ade darah dah doc seluk

Dan alhamdulilah lagi...masa tu ble scan mmg kandungan semua ok

Tapi, doc tahan aku wad 3 hri 2 malam 

Bagi pastikan darah tu aktif ke tak

Dan hasilnye tak aktif...

Jadi ble bleeding ke dua dan ketiga...

Aku amik tindakan yg plg sabar aku rasa

Menangis..relas... sabar.. berehat

Dan sememangnye satu pantyliner je yg darah fresh 

Sama ada skit atau spruh

Esoknye tggl warna coklat htam secalit 

Dan akhirnye hilang bgitu sahaja huhu

Gitulahh pengalaman aku tentang SPOTTING & BLEEDING

dan harini alhamdulilah dh masuk trimister ketiga

Dan harini juga ade kelua spotingg huhu

Jadi, aku amik peluang ni shre dgn pembaca 

Sebagai panduan sbg alat baca yg dpt merelaxkan

Ibu2 yg hamil yg mengalami masalah sme macam aku

Tapi, bg yg belom pregnant lagi.. jgn putus asa

Ingat, ALLAH akan beri bla tiba masanye

Dan dekat bawah ni, aku bg panduan skit untuk u all

PANDUAN SEKIRANYA KELUAR SPOTTING :

• pastikan berwarna coklat biase atau coklat gelap shja

• sekiranya takde rasa sakit yg lain, contohnye krem perut
  Sakit pinggang ke, sakit dkt ari2 ke.. korang just take a rest

• jangan buat kerja berat, angkat kain bakul ke..JANGAN

• kalau boleh berehat je di rumah..bukn di shopping mall ye

PANDUAN SEKIRANYA KELUAR BLEEDING :

● warna fresh blood

● kalau itu pertama kali keluar spnjg hamil, pergi trus kecemasan!

● dan sama juga berehat berehat berehat jika diberi mc

● klu xnak pg kecemasan...rehat di rumah dlu..tgok n ukur drah yg keluar
  Kalau dh nak masuk 2 atau 3 pantyliners..pgi jgk hosptal ok.


PANDUAN UMUM : 

- Jangan gabra..jangan pki negatif

- dlm msa yg sama.. tgok n pastikan baby msih ade bergerak

- mnum air putih bnyak skit..yer aku tau ssh nk mnum mse hamil ni.
  Dpt 1.5 lter shri pon jdiklah..sebb kdg2 perut aku mengeras..
  Bla mnum air putih..die akan kurg keras..mgkin bdn kt terhidrasi


Oklah.. caw dulu.. take care smua! Doakan baby sy kuat sama mcm yg sllu sy scan, bby x penh duduk diam..tapak kaki smpai berlipat ke muke huhu


Notamulut : ini hanya pengalaman sy, TLONG RUJUK DOCTOR yer semua!






Sabtu, Januari 23

RUMAH SEWA DI BANDAR BARU UDA, JB


Assalamualaikum..

Kerja di JB, sekolah ahad hingga khamis

Naik tangga 4 tingkat setiap kali nak balik ke rumah

Rumah sewa sekarang dengan bujang

Yup, bujang.. hakikatnya dah berkahwin

Tapi aku PJJ dengan laki aku

Laki aku kerja di Senawang

Tolong, sesiapa ada rumah sewa

flat / apartmen / teres

yang pasti aras bawah atau tingkat 1 sahaja

tolonglah tinggalkan fon di sini

( dlm mse sama aku mencri jugak )

huhu... senang nnti untuk aku berhubung 

berbincang pasal harga pulak

susahnya nak hidup bersama keluarga

tapi aku masih tabah di sini

kerana percya rezekiku di sini

dan percaya allah pasti memudahkan urusan

umatnya yang sabar..



notamulut : hepi thaipusam!


Selasa, Januari 5

PERINGATAN KEPADA PENGGUNA CELCOM


Berkurun aku cuba untuk meredakan hati yang panas

Panas… panas….
( x panas di neraka lagi maaaa )


Baik. Pagi ni aku nak kongsi untuk semua.

Ceritanya begini :( Bulan 5 )

Setelah 2 hari aku tidak boleh menggunakan no internet celcom postpaid aku,

Aku pon pergi ke Kedai Celcom dekat area Bandar Uda ni

Alasannya untuk menanyakan status no internet aku tu,

Rupanya pembayaran aku pada bulan lepas tidak masuk lagi dalam kiraan bil mereka

Jadi, x pasal2 aku dikira 2 bulan berhutang, ( sedangkan dah bayar  lagi 1 bulan )

Hal ni mungkin disebabkan aku dah terlewat bayar dari tarikh kiraan mereka

Hurm x pelah kan..

Pastu masa tu ade pula promotion sim kad internet baru yang lebih murah

Murah rm 10 dari postpaid aku sebelum ni, dan gb yang lebih besar sikit

Ejen yang melayan aku pon, sibuk promote, dan berjanji, aktif saja boleh terus guna

Paling lewat 24 jam kak ……!

Yup, memang aku ingat muka ejen tu, nama dia dan no die pon aku masih simpan.

Lalu, dia kata, apa kata kita teminated yg lama, kita daftar no baru ni

Aku Tanya, boleh ke buat macam tu di sini ? teminated n daftar sekali

Ejen tu membalas penuh keyakinan, boleh kak. Saya boleh buat, kalau akak nak.

Dan, aku dengan penuh nafsu n percaya pada kaum aku sendiri, mengatakan OK!

3 hari berlalu, tenet x boleh guna langsung. Cuma kol dan mesej sahaja yg boleh

Dan.. yg paling penting ada pula orang lain kol no baru aku mengatakan tu no dia !

Walhal xde sapa tahu lagi no tersebut.

Hari ke-4, aku pergi ke ejen tu balik, mintak die teminated jer, sebab dah pening kepala

Pening kepala sebb tiada internet dan diganggu orang lain.

Dan dia kata okey, nanti dia buatkan. Dan sim tu pon dah diserahkan kembali pada dia

Berlalu la kisah sedih ku.. dan aku cek no tu minggu berikutnya, dan ada empunya tuan

Yang baru….

Tup. Tup…. Khamis lalu, bapak aku kol, adik, ade surat untuk adik

Celcom bagi, dari peguam bela kata ada baki tertunggak

RM 254.00  +/- ????????




INI KISAH AKU SENDIRI, PENGALAMAN AKU SENDIRI

AKU NI TAKLAH TUA DAN TAKLAH MUDA

AKU RASA BERTANGGUNGJAWAB NAK KONGSI

SEBAGAI PERINGATAN KEPADA PENGGUNA YANG LAIN

BUKAN UNTUK MENGUTUK, TETAPI SEBAGAI PENGGUNA BIJAK

SEMUA PENGGUNA KENA ALERT!!!


BAWAH NI, RINGKASAN YANG AKU NAK INGATKAN :


Kebaikan menggunakan celcom :

1. Bagi aku, line dia memang ok di tempat aku berada dan juga di kampung.

2. Layanan dekat Celcom Centre tak kiralah di mana-mana, memang tip top.

3. Pekerja dekat Celcom Centre memang terbaik dan lawa, dan sabar melayan.

4. Layanan ejen di branch2x Celcom atau di kedai2 celcom yang kecil2, pon ok baik dalam menjual barang-barang.

5. Tawaran2 baru Celcom memang lebih baik, dan eloklah sentiasa alert dengan perubahan tersebut yang semakin lama dia jual semakin murah dan gb lagi besar.


Peringatan untuk pengguna Celcom :



1. Sentiasa bayar, tanya atau uruskan apa2 perkara yang berkaitan di Celcom Centre sahaja.

2. Jangan cepat terpedaya dengan jualan sebarang ejen kerana tu kerja mereka untuk menjual. ( termasuklah ejen baju, pampers, ejen no bertuah dll )

3. Kalau berurusan dengan mana2 branch pastikan ada hitam putih dan anda kena simpan. SIMPAN! Kalau x, hidup ko asyik kene bayar hutang yang ko x guna pon ! Dunia ni, takde hitam putih, semua salah kita.

4. Tolong pakcik dan makcik yang lebih tua dari aku, janganlah nak teminated sebarang no di kedai2 kecil. jangan cepat percaya ejen2 tersebut.. ( sedih oohh.. aku bayangkan kalau bapak aku kene macam aku )



Memang, pekerja di Celcom Centre tu sendiri kata, aku takde hitam putih

Jadi, dia tak boleh bantu aku untuk bebas dari hutang yang bukan salah aku

hurm,, tu memang salah aku agaknya, ( tak byar zakat ke, x cukup sedekah ke, x cukup ilmu tentang ni ke)

Tapi, satulah, catatan kali ni aku buat atas niat membantu orang lain sedar, jangan terkena

Dan, harap2 ni satu sumbangan aku yang sikit

Dan, sememangnya semua orang bekerja ada tugas dia masing2, perlu jual barang ke, mengajar ke 

Tapi, jangan duk naya orang cukuplah.. kesian orang.. 

wahhualamm....



notamulut : SEBARANG MASALAH BERKAITAN NO CELCOM (POSTPAID), CEPAT2 PERGI KE CELCOM CENTRE !!!!