Rabu, Januari 15

SENARAI AKTIVITI MASA CUTI MAULIDUR RASUL

Alhamdulilah, kita baru sahaja menyambut hari maulidur rasul..
Waktu tu nasib baik tempat aku belajar ni cuti, lau tak memang melayu tiada di sini..hehe

Macam-macam yang terjadi sewaktu hari maulidur rasul ni pada aku. Banyak aktiviti yang aku lalui sehinggakan cuti pada hari selasa tidak seperti cuti..

Mmm tapi sekurang-kurangnya aku dapatlah juga menyambut hari bahagia ni. Aktiviti aku:

- Malam sebelum tu aku menentukan tajuk kajian tindakan aku dan buat apa yang patut untuk diletakkan dalam fail bukti.

- Keesokannya aku berjaya menghadirkan diri di surau untuk menyambut hari bahagia ini dengan mendengar ceramah.

- Pergi melihat dan memantau rumah bakal disewa sepanjang praktikum akhir ni dan dari segi zahirnya, alhamdulilah..

- Mencuba jalan dari rumah sewa ke sekolah praktikum aku agar nanti mudah untuk kami pergi.

- Makan kari korner, hah spe pernah makan kat sini..Dalam google map memang x de ag, tapi boleh dikatakan popular lah bg orang yang lalu lalang kat tepinye. Sedap..


Hehe..padat betul aktiviti aku..Dan aku juga nak kongsi pasal kekasih Allah iaitu nabi Muhammad saw :

- Orangnya sentiasa sederhana dari segi fizikalnya dan tingkah lakunya.

- Sangat kuat dan tidak dapat dibayangkan kerana pernah seorang ahli tinju atau gusti mencabar nabi untuk berlawan. Nabi hanya menolak atau menampar sedikit menggunakan sebelah tangannya, ahli gusti itu terus terjatuh dan akhirnya masuk Islam.


Banyak laginya, cuma aku nak ingatkan dan nasihat ni untuk aku juga, belajar dan kenalilah sejarah hidup nabi kita seterusnya amalkan perkara yang dilakukannya. Insyaallah kita tergolong dengan orang yang beriman.





Notamulut : Perlu tetapkan hri maulidur rasul ini dan raikannya dalam sederhana walaupun setiap hri kene raikannya dengan mempelajari mengenai Nabi..

Isnin, Januari 13

TEORI REBT

Adoi, entah kenapa hari ni aku ngantuk gile duk dalam kelas..awal2 pagi dah kene kuliah pasal bimbingan dan kaunseling..

Peh, tapi nasib baik blaja pasal teori.Ada dua teori aku blaja hari ni tapi aku cuma nak cita pasal teori REBT ja.

Alkisahnya..

REBT ialah Rational emotive behavior therapy..Jangan tanya aku kenapa dalam bahasa Inggeris..Sobab eh tuan punya badan omputih hehe

Tujuan teori ini digunakan dalam kaunseling ialah untuk melihat masalah yang dihadapi klien berpunca daripada ketidaklogikan klien dalam berfikir.

Hah, amekaw! Baiklah secara ringkasnya tentang teori ini ialah penggunaan satu turutan langkah atau benda yang penting iaitu ABCDEF..

Jangan pula korang ingat nak bagi kaunseling ni dengan memberi klien ABC pastu selesai masalah.Kang ado pulak orang bunuh diri..hehe

A - Activating event ( perkara yang berlaku )

B - Belief system ( sistem kepercayaan )

C - Consequence ( akibat )

D - Dispute ( sangkal )

E - Effect ( hasil )

F - Future ( masa depan )


Mengikut kefahaman dan logikal aku ni, boleh dikatakan nilah urutan yang selalu dilakukan oleh kaunselor dekat klien jika guna teori ni.Cuma susunannya boleh berubah mengikut keadaan semasa itu.

Ok katakan : 

A - emak bapak bercerai

B - perceraian mak bapak akulah yang buat aku jadik camni

C - ponteng kelas dan tak minat blaja

D - bukan sebab tu yang buat aku ponteng blaja

E - penceraian tu masalah mak dan bapak aku.Bukan aku

F - rajin belaja


Hah, waktu nilah tibe2 aku teringat channel dekat tb astro tentang berjinak dengan kucing

Sapa yang penah tengok? Tajuk die mungkit Evil cat kot..entahlah aku lupa..Tapi cara penjinak kucing tu sebagai kaunselor, dan orang yang bermasalah dengan kucing tu klien.Aku rasa die guna teknik ni ar tuk ubah masalah tu jadi ok. 



Notamulut : kagum tengok rakan yang gemarkan teori dalam kehidupan




Ahad, Januari 12

KENANGAN BISKUT LUTUT (^-^)


Bila pertama kali aku dengar cite dari member aku pasal biskut lutut ni, buat aku rasa ghairah nak cari benda ni.

Macam sedap je..macam sedap je..haha kakton2..

Dah lah time tu die bercerita macam benda tu sedap gile dan benda baru dalam hidup aku.Waktu tu jugaklah aku rasa macam terliur beb. Yolah aku tengah lapar.

Bila aku tanya encik google :


Aku terus tergelak sorang2..lah rupenye aku kenal biskut lutut ni hah..Jadi bukan member aku jelah yang tau..hehe ni kalau member aku baca, habis kene selipar aku..

Oklah, kenangan aku dengan biskut ni memang banyak dan lazat weh, aku selalu makan biskut ni dengan kopi O kaw atau teh O kaw aje beb.Bila kita cecah die lame2, biskut pon dah penuh air, baru masuk dalam mulut..pehh sedapnye lah aiii..

Tapi aku nak bagitau juga yang kalau dekat tempat aku dokek n9 tu, panggil die biskut kering je oii..bukan lutut..haha tapi nilah yang best mengenai bahasa tau.Lain tempat lain panggilannya.

Jadi, aku nak sarankanlah siapa yang nak buat bajet makanan tuk tahun ni, masukkanlah biskut lutut ni dalam menu atau dalam senarai barang.Antara sebabnya:

- Kos yang murah.

- Mengenyangkan dan boleh dijadikan sebagai minum petang atau minum malam.

- Mengajar anak2 untuk berbajet.Janganlah bawak anak pergi makan kfc ke atau benda2 barat ni, bagi diorang makan ni, mesti diorang suka . Korang buatkan air milo pastu letak dalam cawan bagi sorang satu pastu bagi biskut.Biar diorang cecah sendiri.Konfom!


Notamulut : Wei, mana lah aku nak carik biskut ni?


UJIAN ALLAH ATAU BALASAN HIDUP?


Buntu aku pikikan mengenai nasib diri aku yang semakin lama semakin banyak pula bebanan dan kesusahan yang aku rasakan.. Akhirnya, hanya satu keluhan nafas mengeluh yang keluar dari mulut..





Bila aku piki balik, mungkin tu ujian Allah pada aku dan sekarang aku memang berada di bawah roda dan hampir nak terhempas dekat dunia yang kering-kontang.

Bukan aku nak buka pekung di dada, cuma aku nak kongsi supaya siapa lagi yang senasib dengan aku sekarang ni, bersabarlah. Bersabar dan terus bersabar.

Tips untuk bersabar ni :

- Ubah dulu mind set ko supaya ko boleh terima benda tersebut.

- Cuba menangis dulu supaya air mata tu boleh keluarkan segala yang tersimpan dalam hati

- Mula buat perancangan untuk mengatasi masalah tersebut.

- Solat, berdoa dan redha dengan apa yang terjadi dan apa yang terjadi selepasnya juga

- Banyak2 tarik nafas dalam dan cuba positifkan keadaan


Harap semuanya berjalan dengan baik.


Notamulut : Terasa seperti balasan hidup yang sentiasa ada...


Sabtu, Januari 11

BMM 3108 MEMANG BEST


Sebab apa aku suka sangat dengan subjek ni kerana pensyarah pembimbing yang ingat nama aku beb. Dalam kelas aku, dia ingat nama aku sebab dia cakap die pernah duduk Jelebu.

Yolah, aku pun duk Jelebu dan aku gadis Jelebu yang dikatakan cantik tu.( dalam lagu Warisss ok )

Ok, subjek ni sebenarnya dah lama aku belajar, sekarang aku dah semester 7, cuma hari ni aku teringat yang aku dah lama tak kongsi ilmu Bahasa Melayu dengan korang kan. Jadi aku kongsi lah benda ni.

Pembentangan ni aku yang buat dan aku buat rujukan di mana-mana sahaja yang berkaitan lah. Selebihnya korang semua kene lah baca rujukan yang lagi terperinci agar bila kawan tanya, korang dapat jawab.

Nah :


















Tu sahajalah, perkongsian daripada aku. Harap dapat membantu kepada sesiapa yang tengah belajar subjek ni.


Notamulut : Aku duk n9, tapi kenapa aku tak pandai cakap n9 bila di penang?

 

TIP MUDAH KEKAL LANSING SEMASA BERCUTI


Siapa yang tak sukekan bercuti kan, lau aku pon mesti syok oo..
Walaupun rumah aku kek N9 jo, tapi bila p bercuti dekat Melaka pun syok weh..Leh pergi mandi-manda dekat Pengkalan Balak, naik Menara Taming Sari...Cuma nak naik beca kene piki banyak kali sebab mahal bagi aku..kihkih.

Baik masuk dekat topik utama balik. Masa kita bercuti bukan masa untuk kita makan apa saja.Tapi bukan juga bercuti dengan diet. 



Aku lebih sukakan penggunaan perkataan menjaga kesihatan berbanding DIET. Sebab bila sebut diet, berat betul nak buat, tapi kalau sebut menjaga kesihatan sonang sikit.

Hah, nah antara tipsnya:

- Buat aktiviti yang berfaedah, contoh berjalan di tepi pantai.

- Apabila makan, cukuplah dengan makan separuh saja. Selebihnya bagi pada orang yang tak cukup makanan di pinggan.

- Minumlah air kosong dan bawaklah botol air di mana sahaja.

- Order satu sahaja pencuci mulut dan kongsi dengan orang lain.

- Lebih elok guna pinggan yang kecil berbanding biasa.

- Kalau makanan tu dalam balang, letak atas pinggan kecil.Janganlah korang bawak balang tu dan makan.

- Banyakkan sayuran, barulah daging dan nasi.

- Janganlah minum air manis, sebab lebih baik dapat kalori daripada makanan bukan minuman.

- Bila duduk dalam restoran, duduk jauh dari tempat bufet makanan.

- Bila bercuti ni, korang pakailah baju yang ketat untuk elak bagi makan banyak. Tapi kalau orang Islam, janganlah pakai baju ketat tu macam balut nangka.

- Bawaklah tali skipping sebab boleh buat dalam bilik hotel, homestay dan dekat parking kete.

- Elak makan biskut sebagai kudapan.Lebih baik minum air putih, gula-gula getah tanpa gula. 


Macam-macam lagilah, tapi macam aku, selalu dapat makan benda yang berkalori tinggi ketika snek.Sebab bila dalam kereta, mesti ada biskut, jajan, gula2 manis, air kotak atau air tin, kerepek2 dan sebagainya. Sedangkan waktu makan utama pun aku makan jugak.hehe


Biarlah percutian kita tu menjadi satu percutian indah tanpa peningkatan berat badan.


Notamulut : Rasa nak salahkan mak aku lak sebab selalu sediakan snek berat dalam kereta hehe.

 

Jumaat, Januari 10

NASIHAT PADA BAKAL GURU


Nama pun bakal guru..nanti jadi guru kak oit....



Bukan apa weh, aku ni pon bakal guru dan aku rasa bertanggungjawab mengenai hal ni.. Aku cuma nak nasihatkan banyak tapi secara ringkasnya :

-Tolong pakai singlet jika baju nipis, tak kisah untuk org bukan muslim apatah lagi guru muslim perempuan.

-Kalau pakai skirt, pastikan skirt lepas lutut sebab bila korang duduk atas kerusi mesti nampak ooo...nampak warnanya

-Bagi yang tak pakai tudung, kemaskanlah rambut korang tu.Jangan bagi terbang sangat sebab budak tengok pon malas blaja

- Kalau budak pakai tudung mcam aku ni, janganlah pakai keronsang banyak sangat dan tudung jangat belit sangat eh..Nanti budak tanya cara fesyen bukan tanya benda belajar.

-Kain dalam pun penting weh...sangat2 penting..tue boleh buat orang kemalangan sebab asyik tengok kaki orang.haha


Banyak lagi dan benda ni memang terjadi di tempat aku.Jadi, keberangkalian berlaku di tempat lain pun tinggi..

Nasihat untuk diri sendiri pula, membiasakan pakai sarung tangan sebab bila nak tulis di papan putih mesti seluruh tangan boleh nampak..Budak pun tegur cantiknye cikgu..lala


Notamulut : Jadilah guru yang berpenampilan seorang guru.



FUNGSI UCAPAN

Mungkin hanya aku sorang yang x suka bila dengar orang nak berucap. Sedangkan mungkin ucapan tu berguna pada aku..Tapi aku rasalah ni mungkin sebab didikan ibu bapa aku yang akan menyuruh aku main diam2 jika mereka tengah dengar ucapan dalam satu majlis..hehe mintak maap mak abah...

Oklah, cubalah korang bayangkan situasi ni:

Pelajar : Weh basah kot tempat duduk ni, macam mana kita nak duduk?

Pengacara majlis : Diminta semua pelajar mengambil tempat duduk untuk memastikan majlis ini berjalan dengan baik dan lancar.

Pelajar : Gile ke ape? Patot x yah buat perhimpunan lau kawasan basah beb.. Sambil mengoyakkan kertas A4 paper untuk mengalas tempat duduk.

Pengacara majlis : Dipersila Timbalan Pengarah untuk memberikan ucapan beliau.

Suasana bising tapi boleh dengar bunyi rintik hujan dan kipas..

Jadi, korang rasalah kan fungsi ucapan tu tercapai ke?

Lah, aku belum gtau lagi rupenye fungsi ucapan..Antara fungsinya :

- Menyebarkan maklumat penting

-Sebagai perkenalan sesuatu hubungan

-Tuntutan pihak pentadbir

-Sebagai memenuhi aturcara

Banyak lagi fungsi ucapan ni tapi bagi aku yang besar tulah..Persoalannya kalau persekitaran tak kondusif, ucapan tu beri hasil ke bro?
( x paham aku lah...skang ni pon aku layan blog smbil ade orang bg ucapan)


Notamulut : Pentingkan persekitaran dulu sebelum nak bagi ucapan ya!


Khamis, Januari 9

PUNCA PERASAAN CEMBURU ADA (×-×)

Pernah tak korang semua rasa cemburu..alah takyah lah nak pandang syiling duk piki penah ke x.. rasa macam nak balik selipar je kat orang camtu.

Sebab apa aku berani cakap macam tu sebab semua orang ada perasaan cemburu cuma antara menebal atau normal saja..Aku analisis benda ni senang je, macam contoh aku kat bawah :

Situasi A:

Bini : Abang, selalu kalau abg kene buat kerja dekat luar pejabat pergi dengan sape?

Laki : Pergi ngan kawan abg je yang..jumpa klien dan tengok kawasan projek.

Bini : Memanglah, tapi kawan abg tu laki ke perempuan?

Laki : Laki je. Tapi kadang2 dengan perempuan.Tengoklah kehendak bos yang.

Bini : Yeke..emmm lame ke? Dua orang je ke ? 


Situasi B:

Abu : Weh, nanti esok jomlah pergi terminal one tengok wayang..Lama x lepak same weh.

Azman: Hah, ok gak weh..Ada cite baru skang ni tau..Sok kite jumpe eh kat sana..

Tengah malamnye lak..

Azman : Alo Abu..Esok Ali ajak aku p teman die beli tiket bas lah kat KLIA..Pastu die ajak terus lepak dekat KL..

Abu : emmm lme sgt nak balas..Dan hanya jawab ok.


Bagi akula kan, sifat cemburu ni memang perlu sebab mungkin tu tanda kasih sayang kita dekat orang tu..Cuma mesti ada batas iaitu jangan cemburu buta wa cakap lu..

Yolah, sampai bini nak p sidai baju pon x kasik, tapi die x nak sidaikan lak..hehe

Jadi, antara punca yang aku dapatilah kan:

-Adanya rasa kepunyaan dan hak

-Ada rasa cinta atau sayang terhadap orang tu

-Orang ketiga yang menghasut seseorang

-Lumrah manusia yang ada rasa cemburu

-Sifat intrapersonal yang lemah sebab takut ditinggalkan

-Pengalaman yang negetif dalam kehidupan

-Mungkin ada wujud rasa cinta sejati yang tidak kita perasan..(peh..yg ni mendalam)

Yang penting, biarlah kita cemburu berpada-pada.



Notamulut : Kenapa perlu rase sedih bla lihat keadaan itu..emm


Selasa, Januari 7

SIFAT PEMIMPIN


Kepimpinan memang sangat luas untuk diungkapkan dan dijelaskan. Termasuklah pilihan pemimpin yang disukai oleh setiap individu...haha apada ayat aku ni..


Benda ni aku dapat idea masa aku berada dalam kelas Penyelidikan Tindakan oleh seorang pensyarah pembimbing aku..Kisah tu diceritakan oleh beliau lah yang sememangnya aku anggap sebagai guru terbaik dari ladang.



Kisah bermula....



Pemimpin : Hah, ada apa engkau mahu berjumpa dengan aku?

Sahabat : Saya mahu berjumpa dengan tuan malam ini untuk bertanya khabar sahaja..Bukan soal bicara mengenai negara.
Pemimpin : ohh mailah duduk di depanku sambil menutupkan pelita yang dipasang dan membuka pelita yang kedua.
Sahabat : Dengan tahap kehairanan yang tinggi terus tanya. Mengapa tuan matikan pelita pertama dan membuka pelita kedua.Sedangkan bukanke kedua2nya pelita?
Pemimpin : Pelita pertama dibeli menggunakan duit negara jadi aku perlu menggunakannya hanya untuk soal bicara tentang negara. Manakala pelita kedua dibeli hasil keringat aku sendiri, jadi aku gunakannya untuk melakukan aktiviti seharian yang tidak melibatkan negara.




Terus aku terpana memandang pensyarah aku dengan rasa hati yang sangat bersyukur sebab beliau aku membuka mata mengenai ni.



Mana ada pemimpin skang yang sama sifatnya dengan kepimpinan kekadih Allah iaitu Nabi Muhammad saw..Boleh kata sekarang, pemimpin memang melakukan kerja mereka dengan baik cuma tidak mengambil berat penggunaan hasil yang diperolehi...



Cukuplah contoh aku..Jika aku dapat buku dari maktab yang tertulis nama penuh maktab yang seharusnya aku menulis mengenai pelajaran aku di maktab..Malangnya aku ada guna untuk conteng2 ketika bosan dengan  kuliah pastu mengumpat orang dalam kertas...



Jadi, sama-samalah kita didik diri kita supaya lebih berkat..




Notamulut : Semua orang ialah khalifah atau pemimpin..




Isnin, Januari 6

ILMU BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Bila mendengar kuliah dari pensyarah baru mengenai tajuk kursus ini, aku terus terbayang sesuatu....


SITUASI DI SEKOLAH RENDAH:

Aku : Kenapa Si polan tu menangis ek? Aku tengok die menangis dalam bilik darjah tadi masa waktu rehat.

Kawan A : Eh, yeke weh? Aku tak perasan pon.. Die gaduh dengan kawan die kot.

Aku : Dengan rasa kesian tegur, eh Si polan, napa kau menangis..ada apa? Sapa buat ko menangis?

Si polan : mmmmmm mmmm sambil muka macam cuka epal. Aku lapar, duit aku hilang.

Aku : Lah, napa x cakap awal2..Ko bagitau lah kat cikgu..Bila hilang? Bapa ringgit?

Si polan : Dua ringgit..Aku takotlah...mmmm sambil nangis lagi

Aku : Nah, 50 cen..ameklah



SITUASI DI SEKOLAH MENENGAH

Guru kaunseling : Hah, ada apa ni datang ramai2 dekat bilik saya hari ni?

Aku dan geng : Hehe..nak jumpa cikgulah.. Kami datang nak wat kaunseling.. Terus masuk dan duduk... Cikgu, ada gula2 tak?

Guru kaunseling : Lah, nah gulanya..sedap ni. Saya beli dekat kedai umah saya, amiklah sorang satu. Nah, apa kata kamu semua isi soalan ni..Jawablah. Ujian tentang personaliti diri.

Aku dan geng : Bersorak dalam hati sebab berjaya cari alasan untuk tidak masuk ke kelas Matematik tambahan..



Dua situasi ni bermain dalam otak aku, tibe2..pensyarah aku tanya dekat aku ngan budak kelas, apa pandangan kamu semua tentang kaunseling?

Aku terus tergelak sebab yang aku terbayang kepala botak, perut buncit sedikit, lesung pipit, dan gula2...hehe tulah guru kaunseling aku masa sekolah menengah...tapi aku x ingat nama die dah..



Bagi aku, zaman moden ni memang penting ada guru kaunseling yang bertauliah dan melakukan kerjanya sebaik mungkin..Tapi, GURU BIASA PON MESTILAH MENJADI GURU PEMBIMBING...

Tu amanah beb, bila aku dah berjaya menjadi guru kelak pon, aku cuba mengajar dan membimbing. Walaupun aku sedar tugas membimbing tu leceh n rumit tapi sekurang-kurangnya selitkan rasa ambil berat terhadap murid, insyaallah proses bimbingan tu berjalan secara tidak langsung...amin



NOTAMULUT : Teringin pulak nak jadik tukang kaunseling !


 

 

Sabtu, Januari 4

RODA DUNIA


Situasi A :

Kawan : Yeye...aku dapat pensyarah semua ok.. Bestlah praktikum aku kali ni. Ko camne?

Aku : Aku teruklah, benda yang aku xnak berulang kembali akhirnya aku dapat lak. Untungla ko..

Situasi B :

Kawan A : Bila kita nak p jumpa pensyarah kita ni, tak sabar aku beb.. Mesti die gelak je kan..

Kawan B : Aku tak kisah. Nasib baiklah dapat pensyarah semua ok kali ni, dapatlah kita relaks sikit..

Aku : Diam membisu sambil memikirkan nasib diri.

Situasi C :

Kawan praktikum : Camne ni u..apa kita nak buat dengan pensyarah ni..

Aku : Entahlah u, i memang rasa dada sempit gile..Baca je senarai nama terus rasa dunia ni gelap.

Kawan praktikum : Sabarlah u. Banyakkan doa. Insyallah takde pape.

Aku : Secara tibe2 berkata...Takpa bagi aku masa sikit t kite cari jalan sama.




Kadang-kadang memang susah nak terima suatu benda yang ada pengalaman buruk dalam hidup kita. Tapi, bagi aku tu rezeki masing-masing. Mungkin skang zaman kejatuhan aku, cuma aku perlukan satu cara yang boleh mempositifkan aku.

Cara tu x lain x bukan dalam diri aku sendiri.Aku kne maafkan apa yang telah diberikannya kerana ini salah aku. Jadi, terimalah.. Lepas aja aku muhasabah diri, aku rasa macam nak blaja buat yoga lah, ape kata korang..kongsilah cara senaman yoga untuk orang baru bermula nak buat ni.hehehe





notamulut : eh, bolehke aku wat yoga?