Isnin, Januari 13

TEORI REBT

Adoi, entah kenapa hari ni aku ngantuk gile duk dalam kelas..awal2 pagi dah kene kuliah pasal bimbingan dan kaunseling..

Peh, tapi nasib baik blaja pasal teori.Ada dua teori aku blaja hari ni tapi aku cuma nak cita pasal teori REBT ja.

Alkisahnya..

REBT ialah Rational emotive behavior therapy..Jangan tanya aku kenapa dalam bahasa Inggeris..Sobab eh tuan punya badan omputih hehe

Tujuan teori ini digunakan dalam kaunseling ialah untuk melihat masalah yang dihadapi klien berpunca daripada ketidaklogikan klien dalam berfikir.

Hah, amekaw! Baiklah secara ringkasnya tentang teori ini ialah penggunaan satu turutan langkah atau benda yang penting iaitu ABCDEF..

Jangan pula korang ingat nak bagi kaunseling ni dengan memberi klien ABC pastu selesai masalah.Kang ado pulak orang bunuh diri..hehe

A - Activating event ( perkara yang berlaku )

B - Belief system ( sistem kepercayaan )

C - Consequence ( akibat )

D - Dispute ( sangkal )

E - Effect ( hasil )

F - Future ( masa depan )


Mengikut kefahaman dan logikal aku ni, boleh dikatakan nilah urutan yang selalu dilakukan oleh kaunselor dekat klien jika guna teori ni.Cuma susunannya boleh berubah mengikut keadaan semasa itu.

Ok katakan : 

A - emak bapak bercerai

B - perceraian mak bapak akulah yang buat aku jadik camni

C - ponteng kelas dan tak minat blaja

D - bukan sebab tu yang buat aku ponteng blaja

E - penceraian tu masalah mak dan bapak aku.Bukan aku

F - rajin belaja


Hah, waktu nilah tibe2 aku teringat channel dekat tb astro tentang berjinak dengan kucing

Sapa yang penah tengok? Tajuk die mungkit Evil cat kot..entahlah aku lupa..Tapi cara penjinak kucing tu sebagai kaunselor, dan orang yang bermasalah dengan kucing tu klien.Aku rasa die guna teknik ni ar tuk ubah masalah tu jadi ok. 



Notamulut : kagum tengok rakan yang gemarkan teori dalam kehidupan




Tiada ulasan: