Siapa yang tak sukekan bercuti kan, lau aku pon mesti syok oo..
Walaupun rumah aku kek N9 jo, tapi bila p bercuti dekat Melaka pun syok weh..Leh pergi mandi-manda dekat Pengkalan Balak, naik Menara Taming Sari...Cuma nak naik beca kene piki banyak kali sebab mahal bagi aku..kihkih.
Baik masuk dekat topik utama balik. Masa kita bercuti bukan masa untuk kita makan apa saja.Tapi bukan juga bercuti dengan diet.
Aku lebih sukakan penggunaan perkataan menjaga kesihatan berbanding DIET. Sebab bila sebut diet, berat betul nak buat, tapi kalau sebut menjaga kesihatan sonang sikit.
Hah, nah antara tipsnya:
- Buat aktiviti yang berfaedah, contoh berjalan di tepi pantai.
- Apabila makan, cukuplah dengan makan separuh saja. Selebihnya bagi pada orang yang tak cukup makanan di pinggan.
- Minumlah air kosong dan bawaklah botol air di mana sahaja.
- Order satu sahaja pencuci mulut dan kongsi dengan orang lain.
- Lebih elok guna pinggan yang kecil berbanding biasa.
- Kalau makanan tu dalam balang, letak atas pinggan kecil.Janganlah korang bawak balang tu dan makan.
- Banyakkan sayuran, barulah daging dan nasi.
- Janganlah minum air manis, sebab lebih baik dapat kalori daripada makanan bukan minuman.
- Bila duduk dalam restoran, duduk jauh dari tempat bufet makanan.
- Bila bercuti ni, korang pakailah baju yang ketat untuk elak bagi makan banyak. Tapi kalau orang Islam, janganlah pakai baju ketat tu macam balut nangka.
- Bawaklah tali skipping sebab boleh buat dalam bilik hotel, homestay dan dekat parking kete.
- Elak makan biskut sebagai kudapan.Lebih baik minum air putih, gula-gula getah tanpa gula.
Macam-macam lagilah, tapi macam aku, selalu dapat makan benda yang berkalori tinggi ketika snek.Sebab bila dalam kereta, mesti ada biskut, jajan, gula2 manis, air kotak atau air tin, kerepek2 dan sebagainya. Sedangkan waktu makan utama pun aku makan jugak.hehe
Biarlah percutian kita tu menjadi satu percutian indah tanpa peningkatan berat badan.
Notamulut : Rasa nak salahkan mak aku lak sebab selalu sediakan snek berat dalam kereta hehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan