Selasa, Januari 7

SIFAT PEMIMPIN


Kepimpinan memang sangat luas untuk diungkapkan dan dijelaskan. Termasuklah pilihan pemimpin yang disukai oleh setiap individu...haha apada ayat aku ni..


Benda ni aku dapat idea masa aku berada dalam kelas Penyelidikan Tindakan oleh seorang pensyarah pembimbing aku..Kisah tu diceritakan oleh beliau lah yang sememangnya aku anggap sebagai guru terbaik dari ladang.



Kisah bermula....



Pemimpin : Hah, ada apa engkau mahu berjumpa dengan aku?

Sahabat : Saya mahu berjumpa dengan tuan malam ini untuk bertanya khabar sahaja..Bukan soal bicara mengenai negara.
Pemimpin : ohh mailah duduk di depanku sambil menutupkan pelita yang dipasang dan membuka pelita yang kedua.
Sahabat : Dengan tahap kehairanan yang tinggi terus tanya. Mengapa tuan matikan pelita pertama dan membuka pelita kedua.Sedangkan bukanke kedua2nya pelita?
Pemimpin : Pelita pertama dibeli menggunakan duit negara jadi aku perlu menggunakannya hanya untuk soal bicara tentang negara. Manakala pelita kedua dibeli hasil keringat aku sendiri, jadi aku gunakannya untuk melakukan aktiviti seharian yang tidak melibatkan negara.




Terus aku terpana memandang pensyarah aku dengan rasa hati yang sangat bersyukur sebab beliau aku membuka mata mengenai ni.



Mana ada pemimpin skang yang sama sifatnya dengan kepimpinan kekadih Allah iaitu Nabi Muhammad saw..Boleh kata sekarang, pemimpin memang melakukan kerja mereka dengan baik cuma tidak mengambil berat penggunaan hasil yang diperolehi...



Cukuplah contoh aku..Jika aku dapat buku dari maktab yang tertulis nama penuh maktab yang seharusnya aku menulis mengenai pelajaran aku di maktab..Malangnya aku ada guna untuk conteng2 ketika bosan dengan  kuliah pastu mengumpat orang dalam kertas...



Jadi, sama-samalah kita didik diri kita supaya lebih berkat..




Notamulut : Semua orang ialah khalifah atau pemimpin..




Tiada ulasan: