Alhamdulilah, kita baru sahaja menyambut hari maulidur rasul..
Waktu tu nasib baik tempat aku belajar ni cuti, lau tak memang melayu tiada di sini..hehe
Macam-macam yang terjadi sewaktu hari maulidur rasul ni pada aku. Banyak aktiviti yang aku lalui sehinggakan cuti pada hari selasa tidak seperti cuti..
Mmm tapi sekurang-kurangnya aku dapatlah juga menyambut hari bahagia ni. Aktiviti aku:
- Malam sebelum tu aku menentukan tajuk kajian tindakan aku dan buat apa yang patut untuk diletakkan dalam fail bukti.
- Keesokannya aku berjaya menghadirkan diri di surau untuk menyambut hari bahagia ini dengan mendengar ceramah.
- Pergi melihat dan memantau rumah bakal disewa sepanjang praktikum akhir ni dan dari segi zahirnya, alhamdulilah..
- Mencuba jalan dari rumah sewa ke sekolah praktikum aku agar nanti mudah untuk kami pergi.
- Makan kari korner, hah spe pernah makan kat sini..Dalam google map memang x de ag, tapi boleh dikatakan popular lah bg orang yang lalu lalang kat tepinye. Sedap..
Hehe..padat betul aktiviti aku..Dan aku juga nak kongsi pasal kekasih Allah iaitu nabi Muhammad saw :
- Orangnya sentiasa sederhana dari segi fizikalnya dan tingkah lakunya.
- Sangat kuat dan tidak dapat dibayangkan kerana pernah seorang ahli tinju atau gusti mencabar nabi untuk berlawan. Nabi hanya menolak atau menampar sedikit menggunakan sebelah tangannya, ahli gusti itu terus terjatuh dan akhirnya masuk Islam.
Banyak laginya, cuma aku nak ingatkan dan nasihat ni untuk aku juga, belajar dan kenalilah sejarah hidup nabi kita seterusnya amalkan perkara yang dilakukannya. Insyaallah kita tergolong dengan orang yang beriman.
Notamulut : Perlu tetapkan hri maulidur rasul ini dan raikannya dalam sederhana walaupun setiap hri kene raikannya dengan mempelajari mengenai Nabi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan