Isnin, Januari 6

ILMU BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Bila mendengar kuliah dari pensyarah baru mengenai tajuk kursus ini, aku terus terbayang sesuatu....


SITUASI DI SEKOLAH RENDAH:

Aku : Kenapa Si polan tu menangis ek? Aku tengok die menangis dalam bilik darjah tadi masa waktu rehat.

Kawan A : Eh, yeke weh? Aku tak perasan pon.. Die gaduh dengan kawan die kot.

Aku : Dengan rasa kesian tegur, eh Si polan, napa kau menangis..ada apa? Sapa buat ko menangis?

Si polan : mmmmmm mmmm sambil muka macam cuka epal. Aku lapar, duit aku hilang.

Aku : Lah, napa x cakap awal2..Ko bagitau lah kat cikgu..Bila hilang? Bapa ringgit?

Si polan : Dua ringgit..Aku takotlah...mmmm sambil nangis lagi

Aku : Nah, 50 cen..ameklah



SITUASI DI SEKOLAH MENENGAH

Guru kaunseling : Hah, ada apa ni datang ramai2 dekat bilik saya hari ni?

Aku dan geng : Hehe..nak jumpa cikgulah.. Kami datang nak wat kaunseling.. Terus masuk dan duduk... Cikgu, ada gula2 tak?

Guru kaunseling : Lah, nah gulanya..sedap ni. Saya beli dekat kedai umah saya, amiklah sorang satu. Nah, apa kata kamu semua isi soalan ni..Jawablah. Ujian tentang personaliti diri.

Aku dan geng : Bersorak dalam hati sebab berjaya cari alasan untuk tidak masuk ke kelas Matematik tambahan..



Dua situasi ni bermain dalam otak aku, tibe2..pensyarah aku tanya dekat aku ngan budak kelas, apa pandangan kamu semua tentang kaunseling?

Aku terus tergelak sebab yang aku terbayang kepala botak, perut buncit sedikit, lesung pipit, dan gula2...hehe tulah guru kaunseling aku masa sekolah menengah...tapi aku x ingat nama die dah..



Bagi aku, zaman moden ni memang penting ada guru kaunseling yang bertauliah dan melakukan kerjanya sebaik mungkin..Tapi, GURU BIASA PON MESTILAH MENJADI GURU PEMBIMBING...

Tu amanah beb, bila aku dah berjaya menjadi guru kelak pon, aku cuba mengajar dan membimbing. Walaupun aku sedar tugas membimbing tu leceh n rumit tapi sekurang-kurangnya selitkan rasa ambil berat terhadap murid, insyaallah proses bimbingan tu berjalan secara tidak langsung...amin



NOTAMULUT : Teringin pulak nak jadik tukang kaunseling !


 

 

Tiada ulasan: