Rabu, November 26

Menu labu masak lemak


Selamat tengahari..

Kepada ibu2 yang tengah masak tu, teruskan usaha !

Haha, lauk labu masak lemak ni merupakan kli pertama aku masak

Berbekalkan resipi daripada encik google

Berbekalkan buah labu yang akk aku beli dari pasar 

Labu tu labu manis kot...sedap giler

Dan masa kupik memang aku lemah sebab keras

Tak tahulah cara betulnye kan

Sebab tangan aku pasti melecet sikit lepas selesai kupik

Rempah2 yang nak diguna pula biase je dan mudah bagi aku

( sobab eh, semua ada dah dalam peti ais hehe )

Cuti2 habis belajar ni memang aku cuba untuk kerapkan masak

( yolah den kan pempuan )

Nak buat camne, nak jadik isteri orang sekrang kenalah pandai masak kan...

Cantik luar dalam, cantik budi pekerti dan semuanya lahh

( adoii spe bling kasut kat aku ni, yolah2.. terus pada tajuk )


Nah, hasilnyaa :




Dalam gambar ada 3 lauk, tapi aku nak fokus pada labu masak lemak

Bahan-bahannya :

● separuh labu dari sebiji

● satu ulas bawang besar

● satu biji lada besar merah

● satu batang serai ditumbuk hujungnya

● ikan bilis agak2 2 atau 3 sudu yang ditumbuk kasar

● 2 cawan santan, satu pekat satu cair

● perasa : garam


Cara membuatnya sangat senang :

1. Masukkan labu yang telah dipotong segi empat, rempah2 yang dah ditumbuk, batang srai ke dalam periuk. Masukkan air sehingga tenggelam labu. Rebus sampai korang cucuk labu tu dah jdik agak2 lembut.

2. Kemudian, labu dah hampir2 lembut, masukkan santan tersebut dan buh perasa mengikut rasa lidah korang. ( kelemahan aku x pandai merasa kahkahh jadi rasa ikut nasib )

3. Biarkan mendidih, dan siap2..


Untuk orang dewasa, bolehlah buh cili api sikit ke atau lada lebih sikit untuk ada rasa pedas, lau untuk anak2 punya kuah, elakkan la eh..



Notamulut : tak sabar pula nak dapur sendiri huhu



Sabtu, November 22

WAJAR KER GAJI ORANG GAJI MAHAL?


Apa?
Mahalnye 700 ringgit satu bulan?
Kemain mintak gaji mahal2, bukan buat apa pon
Kemas umah jer bukan suh masakker jaga anak ker

Jadi, wajarke bayar gaji mahal pada orang gaji?

Gaji mahal tu maksdnye lebih tinggi gaji dari biase
( puihh definisi apalah aku bagi ni )

Orang gaji tu pula pelbagai
Ada orang indonesia, melayu, filphine, apa2 jalah
Setakat yang aku nampak macam tu jelah ade

Sebab aku takdelah pengalaman menggaji orang gaji ni

Ni pon baru tunggu nak posting hehe

Baik, bagi aku memang WAJAR kalau orang gji tersebut buat dengan betul.

Betul dari segi skop kerja, kekemasan kerja, kesanggupan bekerja, keihklasan hati bekerja..

Hah, tudiaaaa kemain banyak aku habaq
( aikk asal pening lak ni, rindu kawan2 )

Aku akan jelaskan satu2 mengapa dari aspek betul aku tu



1.Skop kerja :
  Orang gaji tersebut kenalah tau bahawa kerjanya adalah mengemas rumah. Contohnya seperti menyapu, membasuh baju, membasuh pinggan dan sebagainya janji yang mengemas rumah. Janganlah buat kerja mengurat suami tuan, bergosip dengan jiran atau menggoda anak2 tuan rumah. ( kalau orang gaji korang camtu, baik pecat tanpa bayaran dan baik korang sendiri kemas umah )

2.Kekemasan kerja :
  Baik, duit gaji yang diminta tu kenalah berbaloi dari segi hasilnya ye tak? Maksudnya, bila orang gaji korang mengemas tengoklah hasilnya. Kalau die main nyorok je brg bersepah dalam almari ke, bawah sofa ke..puihhh kan ajo..mintak mahal tapi buat kerja nak taknak.. ( lau camtu kemas..baik korang gajikan aku hehe )

3.Kesanggupan bekerja :
  Selalunya tuan yang menggaji selalunya sibuk bekerja dan sebab tu perlukan orang untuk mengemas rumah. Tetapi ada juga tuan yang terlebih duit dan layak untuk menggaji. Jadi, orang gaji di rumah tersebut juga dianggap sebagai orang yang diperlukan sekiranya kecemasan. Contoh, bila tiba2 tuan rumah tengah masak dan tiba2 gas habis. Jadi die minta tolong orang gaji untuk angkat tong kosong ke hdpan rumah untuk die bawak pergi ke kedai. Sekiranya orang gaji tersebut menjawab ini bukan kerja saya, tu petanda x dapat gaji mahal. 

4. Keihlasan hati :
   Bapak aku sellu risau kalau akak aku mula dapat orang gaji baru sebab dia tak percaya. Orang tua memang camtu sukar percaya sebab die x kenal orang tersebut dan orang tu juga baru mula kerja. Bagi aku, siapa tuan rumah yang berjaya mendapatkan orang gaji yang baik, korang sangat beruntung dan hargailah juga diorg dengan belikan baju ke kdang2..ikut kemampuan. Orang gaji tersebut mestilah jaga aib keluarga tempat bekerja dan tidak cakap belakang.

Haraplah nanti aku dapat mengemaskan sendiri rumah aku dengan baik dan menyenangkan hati bakal suamiku haha

Notamulut : bru siap kemas umah akk aku yg mlas sebab sibuk dan anak tengah membuas..aku dikira bibik ker ?

Isnin, November 17

Kenapa mulut berbau ?


Masalah mulut berbau ni memang satu masalah yang besar

Selalunya orang yang mempunyai mulut berbau tak perasan pon

Melainkan dah ada orang sekeliling yang menegurnya

( psst...ada bau lah mulut ko )

Hah, macam kehidupan aku pon ada

Aku rasa macam ada bau time die bercakap tapu tiada kudrat nak menegur..

( aku kan pemalu orangnya kihkih )

Antara sebab kenapa mulut berbau ialah :

● tak jaga kebersihan mulut dengan baik. Macam korang tak gosok gigi satu pagi tu cukuplah..lagi2 hari tu makan petai ke atau sushi atau cochlate..

● plak atau senang kata kuman2 hasil pengunyahan korang tu akan berkumpul , bersatu dan bergabung menjadi karang gigi. Karang gigi tu yang warna kuning2 atau ada coclate dekat belakang gigi bawah atas korang.. 
( bilala aku nak p cuci gigi kat klinik ni, last form 5 kot haha )

● pastu sesiapa yang ada gigi berlubang tu, yang ada tampal guna benda hitam atau xde warna pon tapi gigi ko berlubang boleh menyebabkan bau mlut berbau tu..sebab apa2 makanan ko kunyah tersekat dalam tu.. ( pehh mana tak bau macam tenuk huhu )

● lidah pon korang kene berus setiap kali gosok gigi sebab die pon merupakan tempat bakteria berkumpul. Jadi, bila habis je gosok gi, basuh berus kemudian gosok lidah. 

● seterusnya kalau orang tu ada jangkitan saluran pernafasan die seperti ada sakit di tekak dan resdung boleh juga menjadi penyebab.

● dari segi pemakanan konfomlah kan. Bagi aku, pandai makan pandailah piki camna bau mulut ko. Macam petai ke ape ke. Ataupon roti sardin pon..cukuplah..mesti mulut bau sardin kan.hehe

● ada juga yang mengatakan bau mulut ni petanda penyakit sistemik seperti penyakit kencing manis, penyakit hati dan buah pinggang. ( yang ni nak konfom p tanya doktor kat hospital eh anak2 )

● dulu ada makcik tempat aku duduk cakap anak die tak suka minum susu tu yang mulut berbau. Jadi, bolehlah dicakapkan bahawa kurang kalsium buat mulut berbau. ( pengalaman je beb. Jangan caya sangat )



Notamulut : sentiasa cek mulut sendiri takot termalu haha


Apa yang perlu ada dalam isi blog ?


Sebelum aku nak mulakan sesi menaip
Terlebih dahulu aku nak minta maaf pada senior2 blog
Yang telah lama berblog dari aku 
( konfomlah depa teror dr semua segi )

Apa2 pertanyaan kamu tanyalah mereka ya.

Malam ni aku baru tersedar dari lamunan
Bahawa sebagai seorang blogerr ni perlu tau benda ni

APA YANG PERLU ADA DALAM ISI BLOG ?



Pendahuluannya, aku nak kaitkan aktiviti bloger ni dengan sastera

Perkataan sastera tu hasil dari perkataan sanskrit
( maksudnya ialah buku atau hasil tulisan/ lisan yang indah2 dan lawa yang menyampaikan mesej kepada pembaca/ pendengar )

Baik..definisi yang atas tu berdasarkan apa yang aku faham

( maksdnya sapa2 yang nak tiru definisi tu, p carik buku hehe )

Terus kepada tajuk tadi, dibawah ni aku berikan aspek yang perlu ditekankan semasa menulis isi blog :

● pastikan bahasa yang diguna boleh difahami atau pon yang indah.  Pendek kata tenang hati pembaca.
( blog aku ni konfom x tenang kan, tpi aku harap ada orang yang faham )

● kemaskan dan cantikkan blog anda..sebab bila dan indah baru pembaca membaca. Hal ini samalah juga bila orang bukak blog korang tanpa loading beriya.
( sesungguhnya, yang ni aku pon sedar blog aku hampeh, tapi aku tengah berusaha tuk cantikkn, cuma kene tunggu line dan ilmu lagi. Maafkan aku ya mas2 bloger kihkih )

● pastikan setiap kali buat post atau isi blog tersebut ada satu mesej yang utama korang nak sampaikan. Apa yang korang buat tajuk, tulah mesej korang. ( aku sentiasa cuba untuk trus kepada tajuk tapi    masih terbabas kdg2 )

● janganlah hanya luahkan perasaan anda tanpa selitkan apa2 nilai pengajarannya. Contoh, boleh nak bercerita pasal sedih gaduh dengan kawan tapi kene selitkan nilai murni dalam isi korang agar orang yang baca takkan buat kesalahan yang dilakukan oleh ko atau kawan ko.

● buatlah isi blog yang menjadi cerminan pembaca. ( pehh ayat sastera gua tibai ni ) . Maksudnya, ambil atau kongsi cerita dalam kalangan masyarakat yang orang lain ada pengetahuan asas. Jadi, apabila pembaca baca mungkin merupakan satu teguran buat dirinya agar menjadi insan lebih baik.


Banyak lagi kalau korang baca dalam blog2 senior. 
( mintak ampun, x boleh link buat mse skrg sebb guna enset cikai )

Tapi, aku sengaja buat perkongsian ni sebagai peringatan diri sendiri agar aku cepat2 kemaskini blog dan ilmu blogger aku.

Lagi satu, niat aku tulis perkongsian ni agar tulisan yang dihasilkan boleh membentuk atau mengubah pembaca menjadi lebih baik dari sebelum die membaca.

( sebab salah satu fungsi sastera adalah untuk menyalurkan pendidikan atau pengajaran kepada si penerima )

Pendek kata, biarlah isi blog kita boleh buat seseorang dapat menyelesaikan masalahnya atau menyedarkannya bahawa tindakannya salah melalui pembacaan blog yang santai tapi mendidik.

Notamulut : aku budak baru belajar, maap kalau salah. Kongsilah apa lagi yang perlu ya ibu2 mas2..hehe


Ahad, November 16

MENGAPA KITA MENDAPAT MIMPI BURUK


Aku adalah seorang mangsa yang mengalami mimpi buruk malam tadi

Terjaga pukul 4.50 terus takleh tido
( poyo jer sedangkan gua leh tido tadi kihkih )

Apa mimpi menakutkan ?

- saat kita tidur, kita mengalami situasi yang sangat menakutkan kita sama ada buat kita menangis, menggigil, terbingung2 dan terbayang-bayang selepas tersedar 
( definisi aku hehe )

Jadi, setelah aku berfikir dan berfikir..mengapa benda ini terjadi

Orang mengatakan bahawa mimpi itu permainan syaitan

Lagi2 kalau mimpi tu bercakap

( masa dulu kanak2 bila cita pasal mimpi, mesti kawan tanya bercakap ke tak )

Ada kaitan ke ek mimpi bercakap ke tak dengan permainan syaitan 

Baik bagi aku, selagi mimpi tu menyedarkan kita tentang kebaikan

Jadi mimpi tu baik untuk kita

Maksudnyo, korang amiklah pengajaran dari mimpi tu

Janganlah dok buek bondo yang jahat ikut dalam mimpi

Hmmm macam aku malam tadi mimpi yg dasyat dan menyedarjan aku satu perkara
( biar aku pegang sendiri cara tu )

Antara sebab mengapa mendapat mimpi buruk :

● tidak ingat allah s.w.t

● tido tak baca doa dan tak basuh kaki

● semakin lupa akan allah.

● terlampau memikirkan orang tersebut sehingga masuk mimpi

● berangan sebelum tido

● mimpi yang diberi khas tuk korang tanpa sebab 

Kesimpulannya, aku nak sambung tido..blah

Notamulut : ngeri bila pikir balik tapi terus ke hadapan.



Sabtu, November 15

SATU-SATUNYA WARISAN ORANG MELAYU


Tuai padi antara masak...
Esok jangan rindu-rinduan...
( hem hem sedap tak suara aku ? )

Malam ni aku nak beritahu dekat seluruh dunia ini
Bahawa satu- satunya warisan orang Melayu

PANTUN !!!!

Pantun ni merupakan puisi tertua dan memang asal dari orang Melayu.
Sejak orang melayu belum pandai menulis lagi..
Tapi dah gunakan pantun dalam kehidupan seharian.

Jadi, malam ni aku nak kongsi sedikit maklumat berkaitan pantun..

Fungsi pantun :

● Sebagai alat komunikasi  : pantun ni digunakan masa untuk berkomunikasi dengan pihak lain.Contoh dalam suasana yg berkasih syang menggunakan pantun bertema kasih syang.. ( peh cair awek korang..konfom ! )

Contoh :

Ayam sabung jangan dipaut,
   Kalau dipaut kalah laganya;
Asam di gunung ikan di laut ,
   Dalam belanga bertemu juga.

● Sebagai media pendidikan : Yang ni dah pastilah sebab dalam pantun mempunyai nasihat2 padat dan bernas. Malah cara nasihat tu disalurkan pon dengan cara yang halus penuh kesopanan beb. ( Sesiapa yanh ada anak susah nak dengar kata boleh guna pantun lak! )

Contoh :

Pokok kemumu daunnya lebar ,
   Batangnya lembut sedap digulai;
Menuntut ilmu perlulah sabar,
   Ajaran guru janganlah lalai.

● Sebagai salah satu aspek dalam adat istiadat : orang Melayu ni memang penuh dengan adat dalam setiap aspek kehidupan. Memang best kalau anda antara anda pernah ada pengalaman mendengar orang lama berpantun dalam adat istiadat semsa meminang, merisik dan akad nikah. ( kok dapek bapak mentua kuat pantun, naya ja aihh )

Contoh :

Buah berangan di rumpun pinang,
   Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,
   Tanda diri beradat berbudaya.

● Sebagai media hiburan : pantun yang diselitkan dalam lagu2.

● Sebagai sebahagian upacara : berfungsi dalam mengubat penyakit malah nyanyian akan mengiringi upacara tersebut.

● Sebagai pemanis kata dalam pengacaraan majlis : siapa yang pernah jadi pengerusi majlis tentu percaya tentang fungsi pantun ini. ( aku terbayang pengalaman sendiri..pantun tunjukkan bahawa pengerusi majlis bagus bro.. haha yeke aku ? )

Contoh :

Kalau ada sumur di ladang,
   Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
   Boleh kita berjumpa lagi.


Jadi, sesungguhnya memang aku akan bersama2 dengan pihak yang akan menjaga warisan orang melayu ini agar terus kekal malah lebih dipertahankan dari semua aspek.

Notamulut : dlu x amik PMR lagi dah tau dah berpantun dalam surat:
            Pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas.


Jumaat, November 14

SIKAP GENERASI 'JUNIOR' SEKARANG

Assalamualaikum..
Di pagi hari yang mulia ini, saya dengan penuh takzim
Ingin mengucapkan selamat hari raya aidil...(selipar di muka)

Siapalah gerangan yang melalut di atas hehe

Saat ini dan ketika ini aku nak kongsi sikit
Pengalaman menjadi budak junior
Aku kenal perkataan junior masa aku sekolah berasrama di PD
(Jauh dari rumah aku dan banyak pengalaman aku dpt )

Masa tu beb..aku kena pakai name tag guna manilakad besar
Siap gantung dekat leher pakai tali rapia
Habis sahaja waktu sekolah kena gantung
Kalau rosak dan koyak kena denda dan ada hukuman
Alhamdulilah waktu tu aku menjaga dengan baik 

Pastu..lalu je sebelah senior tunduk je
Tunduk macam cium lantai bak ang
Bagi salam perlahan je..haha
Kalau lalu sebelah senior lelaki..tunduk jalan sampai nak langgar tiang ( bongok btul gua )

Selepas tu..aku kena gak mintak tandatangan setiap senior
Siap nama penuh diorang..nak dapat benda tu
Kena buat segala apa yang disuruhnya
Menyanyi ke..cium dinding ker..ape jelah

Haha..macam2 pengalaman aku..

Malangnya tu dulu..waktu aku sekolah menengah..
Sekarang ni aku belajar tinggi..dapat junior
Melambak2 junior bawahan aku
Tapi semua...hmmmm dipendekkan cerita:

Sifat2 junior sekarang :

● berjalan sebelah x tegur..apatah lg senyum

● lebih layan gadget masing2

● kalau ade dengan geng..boleh die pandang kte cam taiko dan kutuk2 pulak

● kalau ade benda nak mintak tolong..merayu..bila dah hbis x kenal

● x sdr diri tu junior..hidup macam die yang tua..x hormat

Adakah sebab terjadi benda ni kerana :

● dunia makin maju dengan teknologi

● tiada lagi sifat kesantunan dan nak bertegur

● tak perlu hormat orang tua sebab mak bapa layan macam member baik

Aku pon x tahu lah skang ni..zaman sekarang
Sebab dan musabab aku tak tahu kenapa..tetapi 

Aku risaukan apa yang akan terjadi pada anak2 dan cucuku nanti
( pehhhh..dasyat pemikiran aku skang ni)

Tapi bukan semua junior macam tu..segelintir sahaja..
Dari segelintir kita kena bendung..

( layak tak aku jdik wakil pelajar? Kahkah )


Notamulut : menghabiskan sisa2 akhir sebagai pelajar tahun akhir!

Khamis, November 13

INTEGRITI DALAM DIRI GURU

Aku baru hbis yang exam kedua..
Tibe2 idea integriti ni muncul masa pensyarah dalam dewan periksa tadi menjalankan tugas

Serius gua tabik springg kat dekat beliau ( pensyarah lelaki india )

Baik sebelum aku cita lanjut biar aku cerita beza integriti dengan tanggungjawab..

Tanggungjawab :
● sikap tanggungjawab sesebuah pihak untuk menjaga benda yang diberi
● contoh ibu bapa mempunyai tangungjawab terhadap anak2nya

Integriti :
● kesempurnaan 
● tindakan atau sikap yang penuh amanah menjalankan perkara yang diamanahkan dengan penuh kesempurnaan
● contoh : guru penuh berintegriti menjaga anak muridnya


Baik..konfom ada yang keliru lagi..aku bagi contoh guru integriti dengan tidak ehh..

Guru ada tanggubgjwab..bezanya ada integriti atau tidak..

Guru berintegriti akan menjalankan amanah die dalam mendidik murid..membimbimbing murid dan memastikan murid dibangunkan sepenuhnya dari semua aspek..

Dan sekiranya murid tidak berjaya memahami pelajaran..guru kena memberikan justifikasi atau penjelasan terhadap perkara tersebut..


Hah..tu maksdnye...pehh entah paham tak korang..

Cite balik sal pensyarah tersebut..
Aku doakan anak2 die akan dapat guru yang penuh integriti sebab dia penuh integriti dalam menguruskan bilik peperiksaan tadi..

Notamulut : penuhkah aku dengan ilmu keguruan?


Peta minda nota edu 3093


Kroih kroih...kroihhh bila mau lelap mata gua ni

Malam ni bru habis study group tentang edu 3093

Esok aku exam...malam ru baca 6 bab

Terror tak gua..haha

Aku ni seorang yang bolehlah buat peta minda

Cuma problemnya tulisan aku buruk beb..haha

Tapi malam ni aku belanja sikit

Ni nota untuk bab 6 dan bab 5

Aku pasti masuk dalam esei

( aminnn )


Seterusnya bab 6 aku x dpt nak muat turun lagi..entah nape entah..

Sesiapa yang boleh baca..korang bacalah..sapa takleh baca..aku mintak ampun shre ilmu yg x nampak hehe

Okey gudluck semua

Notamulut : lg semalam try..x dpt2..kecewa






Panduan menghantar barang menggunakan perkhidmatan bas

Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku menggunakan perkhidmatan bas
Aku ade search dekat tenet panduan nak hantar barang sebelum ni
Tapi kurang menjawab pertanyaan aku
( yelar aku ni org bodoh tak penah lagi buat hehe )

Baik..jadi sesiapa dalam situasi aku boleh lah ikut panduan aku ni.

Situasi :

● Pelajar merantau dan habis belajar tapi barang x tau nak bwak balik camne.

● tiada pengangkutn sendiri

● jauh dari stesen ktm

● dekat dengan bus stand hehe

Memula sekali :

● Dapatkan waktu bas ke destinasi yang anda mahukan pukul berapa agar anda datang ke stesen bas pada waktu tersebut

● dapatkan no seorang pekerja di stesen bas yang boleh dealkan dengan driver bas

● sampai awal dari bas

● sampai2 je...trus buh barang dalam tempat disediakan dengan bantuan driver

● tukang dealkan akan deal harga yang sebelum ni korang dah bincang bersama agar driver bus setuju

● dah setuju..bayar..bagi kad telefon yang boleh driver bus kol bila sampai destinasi..maksdnye sapa yang ambil barang tu

● konfomkan tempat destinasi..mintak no driver bus..salin no plat bus.. tangkap gmbar bas sebagai persediaan

● kemudian doa2 lah sampai barang tersebut

Alhamdulilah barang aku selamat sampai..

Bawah ni pulak harga bayaran aku kene : RM 120

- 3 beg plastik besar balik kampung yg penuh dengan buku2 dan baju

- 1 beg sederhana penuh buku

- 1 beg kecil buku

- 1 kotak printer

Kiraan die tak timbang..tp die tgok besar mana lah..dan memenuhi ruangan sampai mana...semua ikut budi bicara driver bus..

Tapi bagi aku tu memudahkan aku sebab aku jauh dr stesen ktm..dan aku jimat sebab banyak brg die kira camtu..

Sebab sebelum tu..ade org anta ikan dalam botol hundred plus satu tu die kira 30 ringgit ooo..

Dan kepada yang tanya kenapa aku tak beli tiket bas trus..pastu bwaklah barang kan..lagi murah..

Jawapan senang..aku takot nnti bas tu bertukar tangan dan aku terhegeh-hegeh angkut semua barang pindah bas..dn kene kejar tempat kosong lagi dan sebagainya..
(5 thun lbh naik trun bas aku tau akan ada bas yang minta penumpang tukar bas bagi memudahkan perjalanan sesama rakan bas )

Harap2 dapatlah membantu bagi sesiapa yang tengah bingung..kalau ada pertanyaan..insyallah..aku jawab

Notamulut : pehh lega...tinggal nak habiskan exam


Selasa, November 11

CARA NAK JADI LELAKI ROMANTIK ?

Selamat malam... malam yang indah

(Tangan sebelah di atas dahi sebelah lagi di enset )

Sambil menyanyikan lagu...doo....re...mi..kahkah

Lagu apa ek..sedap juga aku dengar kat radio..ade masa aku kongsi

Baik..malam ni aku nak kongsi la kan..

Disebabkan aku ni seorang wanita berhati sensitif..

(Konfomlah bernafsu dengan lelaki)

Sebab aku wanita tegar ok hehe

Malam ni aku nak umumkan lah..dalam dunia semua wanita sukakan 

Seorang lelaki yang romantik kalau takde pon 

Adelah secoet romantik..sebab memang lumrah

Wanita perlukan keromantikan seorang lelaki...


Cara die :

● lelaki kena ingat selalu yang perempuan dahagakan prihatian korang.

● lelaki bolehlah tanya wanita beliau mahukan ape

● lelaki perlu turunkan ego untuk melayan wanita

*cara ni khas untuk lelaki yang tak romantik lah..sebab klu dah romantik x perlu baca dah



Contoh benda yang boleh buat wanita rasa korang romantik :

● bila nak kelua bersama berilah bunga / kad / cokolat

● bila berjalan bersama tolong jalan seiring jangan tinggalkan wanita di belakang

● masa oder makanan..lelaki oderlah

● buatlah suprise hadiah yang mampu..


Kalau ikutkan banyak lagi cara dan contoh perilaku yang lelaki boleh buat.. 

Pehhh..asal rini aku jiwang ni ekk..pasal ape ekk..

Mood jiwang skang..tapi ni berdasarkan pengalaman aku

Konfom korang banyak pengalaman...kongsilah...sweet ape


Notamulut : romantik time kaple je x guna kalau dah beranak pinak ko x layan bini dengan romantik..


PENGALAMAN TEMU DUGA SPP 2014

Alhamdulilah...akhirnya aku mula sedar pihak nuffnang masih memerhatikan aku
Pehh pasan nak mampus aku kan haha
( bukan apa..walau blog aku camni..tapi duit berjalan)

Thanks pada pengunjung yg baca.dan yg terbuka
Atau yg tak sengaja bukak hehehe
( naik sen2 je pon tapi masih rezeki )

Okey..dulu aku ada citer pasal pengalaman isi e-posting
Skang aku dah selesai pon temuduga panggilan fasa 1
Perasaan aku tau dapat fasa 1 iaitu sebelum minggu exam

Yahoooo...yahooo yess yess alhamdulilah



Cuma kan aku pelik ade member yang x mau posting awal
Alasan sebab nak keje lain dulu
Pehhhh aku rase diorang ni ade pikir luar kotak kot
Sebab lebih risau dapat posting awal tapi suka posting lambat

( terpulanglah pada individu ye tak? )


Ni pengalaman aku : 
- temuduga berkumpulan dalam 5 orang. Setiap satu sesi 1 jam
- bila dah pakai blazer terus berdebar..lagi2 bila dah nampak muka orang penemuduga
- tukar kasut ngan orang sebab takde tumit yang cukup
- bestt ooo hahah x tau nak ungkap

Takpe...aku rase tak lewat lagi nak shre soalan yang ditanya kan ?
Harap dapatlah bantu kawan2 yang fasa ketiga dan keempat..

Soalan yang ditanya pada kumpulan aku :
● ceritakan serba sedikit berkaitan dengan diri anda?
● negara asal yang terlibat dalam PBB?
● slogan /tema maal hijrah tahun ni dan aplikasikan dalam pDp?
● apa pengalaman yang paling anda ingat semsa praktikum ?
● bagaimana cara nak mengajar sejarah dengan lebih seronok ?
● yg lain aku tak ingat...tapi korang kena baca juga berkaitan major korang..

Banyak lagi aspek soalan yang boleh ditanya..yang paling penting yakin diri, cerita kelebihan diri tapi jangan over.. 

Semoga semua berjaya posting..aminn

Notamulut : ni bukan soalan spot tp perkongsian maklumat sebab setiap satu bilik temuduga soalan berbeza..gud luck semua!