Isnin, November 17

Kenapa mulut berbau ?


Masalah mulut berbau ni memang satu masalah yang besar

Selalunya orang yang mempunyai mulut berbau tak perasan pon

Melainkan dah ada orang sekeliling yang menegurnya

( psst...ada bau lah mulut ko )

Hah, macam kehidupan aku pon ada

Aku rasa macam ada bau time die bercakap tapu tiada kudrat nak menegur..

( aku kan pemalu orangnya kihkih )

Antara sebab kenapa mulut berbau ialah :

● tak jaga kebersihan mulut dengan baik. Macam korang tak gosok gigi satu pagi tu cukuplah..lagi2 hari tu makan petai ke atau sushi atau cochlate..

● plak atau senang kata kuman2 hasil pengunyahan korang tu akan berkumpul , bersatu dan bergabung menjadi karang gigi. Karang gigi tu yang warna kuning2 atau ada coclate dekat belakang gigi bawah atas korang.. 
( bilala aku nak p cuci gigi kat klinik ni, last form 5 kot haha )

● pastu sesiapa yang ada gigi berlubang tu, yang ada tampal guna benda hitam atau xde warna pon tapi gigi ko berlubang boleh menyebabkan bau mlut berbau tu..sebab apa2 makanan ko kunyah tersekat dalam tu.. ( pehh mana tak bau macam tenuk huhu )

● lidah pon korang kene berus setiap kali gosok gigi sebab die pon merupakan tempat bakteria berkumpul. Jadi, bila habis je gosok gi, basuh berus kemudian gosok lidah. 

● seterusnya kalau orang tu ada jangkitan saluran pernafasan die seperti ada sakit di tekak dan resdung boleh juga menjadi penyebab.

● dari segi pemakanan konfomlah kan. Bagi aku, pandai makan pandailah piki camna bau mulut ko. Macam petai ke ape ke. Ataupon roti sardin pon..cukuplah..mesti mulut bau sardin kan.hehe

● ada juga yang mengatakan bau mulut ni petanda penyakit sistemik seperti penyakit kencing manis, penyakit hati dan buah pinggang. ( yang ni nak konfom p tanya doktor kat hospital eh anak2 )

● dulu ada makcik tempat aku duduk cakap anak die tak suka minum susu tu yang mulut berbau. Jadi, bolehlah dicakapkan bahawa kurang kalsium buat mulut berbau. ( pengalaman je beb. Jangan caya sangat )



Notamulut : sentiasa cek mulut sendiri takot termalu haha


Tiada ulasan: