Sebelum aku nak mulakan sesi menaip
Terlebih dahulu aku nak minta maaf pada senior2 blog
Yang telah lama berblog dari aku
( konfomlah depa teror dr semua segi )
Apa2 pertanyaan kamu tanyalah mereka ya.
Malam ni aku baru tersedar dari lamunan
Bahawa sebagai seorang blogerr ni perlu tau benda ni
APA YANG PERLU ADA DALAM ISI BLOG ?
Pendahuluannya, aku nak kaitkan aktiviti bloger ni dengan sastera
Perkataan sastera tu hasil dari perkataan sanskrit
( maksudnya ialah buku atau hasil tulisan/ lisan yang indah2 dan lawa yang menyampaikan mesej kepada pembaca/ pendengar )
Baik..definisi yang atas tu berdasarkan apa yang aku faham
( maksdnya sapa2 yang nak tiru definisi tu, p carik buku hehe )
Terus kepada tajuk tadi, dibawah ni aku berikan aspek yang perlu ditekankan semasa menulis isi blog :
● pastikan bahasa yang diguna boleh difahami atau pon yang indah. Pendek kata tenang hati pembaca.
( blog aku ni konfom x tenang kan, tpi aku harap ada orang yang faham )
● kemaskan dan cantikkan blog anda..sebab bila dan indah baru pembaca membaca. Hal ini samalah juga bila orang bukak blog korang tanpa loading beriya.
( sesungguhnya, yang ni aku pon sedar blog aku hampeh, tapi aku tengah berusaha tuk cantikkn, cuma kene tunggu line dan ilmu lagi. Maafkan aku ya mas2 bloger kihkih )
● pastikan setiap kali buat post atau isi blog tersebut ada satu mesej yang utama korang nak sampaikan. Apa yang korang buat tajuk, tulah mesej korang. ( aku sentiasa cuba untuk trus kepada tajuk tapi masih terbabas kdg2 )
● janganlah hanya luahkan perasaan anda tanpa selitkan apa2 nilai pengajarannya. Contoh, boleh nak bercerita pasal sedih gaduh dengan kawan tapi kene selitkan nilai murni dalam isi korang agar orang yang baca takkan buat kesalahan yang dilakukan oleh ko atau kawan ko.
● buatlah isi blog yang menjadi cerminan pembaca. ( pehh ayat sastera gua tibai ni ) . Maksudnya, ambil atau kongsi cerita dalam kalangan masyarakat yang orang lain ada pengetahuan asas. Jadi, apabila pembaca baca mungkin merupakan satu teguran buat dirinya agar menjadi insan lebih baik.
Banyak lagi kalau korang baca dalam blog2 senior.
( mintak ampun, x boleh link buat mse skrg sebb guna enset cikai )
Tapi, aku sengaja buat perkongsian ni sebagai peringatan diri sendiri agar aku cepat2 kemaskini blog dan ilmu blogger aku.
Lagi satu, niat aku tulis perkongsian ni agar tulisan yang dihasilkan boleh membentuk atau mengubah pembaca menjadi lebih baik dari sebelum die membaca.
( sebab salah satu fungsi sastera adalah untuk menyalurkan pendidikan atau pengajaran kepada si penerima )
Pendek kata, biarlah isi blog kita boleh buat seseorang dapat menyelesaikan masalahnya atau menyedarkannya bahawa tindakannya salah melalui pembacaan blog yang santai tapi mendidik.
Notamulut : aku budak baru belajar, maap kalau salah. Kongsilah apa lagi yang perlu ya ibu2 mas2..hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan