Sabtu, November 15

SATU-SATUNYA WARISAN ORANG MELAYU


Tuai padi antara masak...
Esok jangan rindu-rinduan...
( hem hem sedap tak suara aku ? )

Malam ni aku nak beritahu dekat seluruh dunia ini
Bahawa satu- satunya warisan orang Melayu

PANTUN !!!!

Pantun ni merupakan puisi tertua dan memang asal dari orang Melayu.
Sejak orang melayu belum pandai menulis lagi..
Tapi dah gunakan pantun dalam kehidupan seharian.

Jadi, malam ni aku nak kongsi sedikit maklumat berkaitan pantun..

Fungsi pantun :

● Sebagai alat komunikasi  : pantun ni digunakan masa untuk berkomunikasi dengan pihak lain.Contoh dalam suasana yg berkasih syang menggunakan pantun bertema kasih syang.. ( peh cair awek korang..konfom ! )

Contoh :

Ayam sabung jangan dipaut,
   Kalau dipaut kalah laganya;
Asam di gunung ikan di laut ,
   Dalam belanga bertemu juga.

● Sebagai media pendidikan : Yang ni dah pastilah sebab dalam pantun mempunyai nasihat2 padat dan bernas. Malah cara nasihat tu disalurkan pon dengan cara yang halus penuh kesopanan beb. ( Sesiapa yanh ada anak susah nak dengar kata boleh guna pantun lak! )

Contoh :

Pokok kemumu daunnya lebar ,
   Batangnya lembut sedap digulai;
Menuntut ilmu perlulah sabar,
   Ajaran guru janganlah lalai.

● Sebagai salah satu aspek dalam adat istiadat : orang Melayu ni memang penuh dengan adat dalam setiap aspek kehidupan. Memang best kalau anda antara anda pernah ada pengalaman mendengar orang lama berpantun dalam adat istiadat semsa meminang, merisik dan akad nikah. ( kok dapek bapak mentua kuat pantun, naya ja aihh )

Contoh :

Buah berangan di rumpun pinang,
   Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,
   Tanda diri beradat berbudaya.

● Sebagai media hiburan : pantun yang diselitkan dalam lagu2.

● Sebagai sebahagian upacara : berfungsi dalam mengubat penyakit malah nyanyian akan mengiringi upacara tersebut.

● Sebagai pemanis kata dalam pengacaraan majlis : siapa yang pernah jadi pengerusi majlis tentu percaya tentang fungsi pantun ini. ( aku terbayang pengalaman sendiri..pantun tunjukkan bahawa pengerusi majlis bagus bro.. haha yeke aku ? )

Contoh :

Kalau ada sumur di ladang,
   Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
   Boleh kita berjumpa lagi.


Jadi, sesungguhnya memang aku akan bersama2 dengan pihak yang akan menjaga warisan orang melayu ini agar terus kekal malah lebih dipertahankan dari semua aspek.

Notamulut : dlu x amik PMR lagi dah tau dah berpantun dalam surat:
            Pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas.


Tiada ulasan: