Khamis, November 13

Panduan menghantar barang menggunakan perkhidmatan bas

Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku menggunakan perkhidmatan bas
Aku ade search dekat tenet panduan nak hantar barang sebelum ni
Tapi kurang menjawab pertanyaan aku
( yelar aku ni org bodoh tak penah lagi buat hehe )

Baik..jadi sesiapa dalam situasi aku boleh lah ikut panduan aku ni.

Situasi :

● Pelajar merantau dan habis belajar tapi barang x tau nak bwak balik camne.

● tiada pengangkutn sendiri

● jauh dari stesen ktm

● dekat dengan bus stand hehe

Memula sekali :

● Dapatkan waktu bas ke destinasi yang anda mahukan pukul berapa agar anda datang ke stesen bas pada waktu tersebut

● dapatkan no seorang pekerja di stesen bas yang boleh dealkan dengan driver bas

● sampai awal dari bas

● sampai2 je...trus buh barang dalam tempat disediakan dengan bantuan driver

● tukang dealkan akan deal harga yang sebelum ni korang dah bincang bersama agar driver bus setuju

● dah setuju..bayar..bagi kad telefon yang boleh driver bus kol bila sampai destinasi..maksdnye sapa yang ambil barang tu

● konfomkan tempat destinasi..mintak no driver bus..salin no plat bus.. tangkap gmbar bas sebagai persediaan

● kemudian doa2 lah sampai barang tersebut

Alhamdulilah barang aku selamat sampai..

Bawah ni pulak harga bayaran aku kene : RM 120

- 3 beg plastik besar balik kampung yg penuh dengan buku2 dan baju

- 1 beg sederhana penuh buku

- 1 beg kecil buku

- 1 kotak printer

Kiraan die tak timbang..tp die tgok besar mana lah..dan memenuhi ruangan sampai mana...semua ikut budi bicara driver bus..

Tapi bagi aku tu memudahkan aku sebab aku jauh dr stesen ktm..dan aku jimat sebab banyak brg die kira camtu..

Sebab sebelum tu..ade org anta ikan dalam botol hundred plus satu tu die kira 30 ringgit ooo..

Dan kepada yang tanya kenapa aku tak beli tiket bas trus..pastu bwaklah barang kan..lagi murah..

Jawapan senang..aku takot nnti bas tu bertukar tangan dan aku terhegeh-hegeh angkut semua barang pindah bas..dn kene kejar tempat kosong lagi dan sebagainya..
(5 thun lbh naik trun bas aku tau akan ada bas yang minta penumpang tukar bas bagi memudahkan perjalanan sesama rakan bas )

Harap2 dapatlah membantu bagi sesiapa yang tengah bingung..kalau ada pertanyaan..insyallah..aku jawab

Notamulut : pehh lega...tinggal nak habiskan exam


Tiada ulasan: